Monday, January 9, 2012

PAS fired Hassan Ali!!!

KM menjangkakan kes kritikan Dato' Dr. Hassan Mohamad Ali, mantan Naib Presiden Pas & EXCO Kerajaan Selangor terhadap parti & rakan dlm PR akan tutup buku selepas beliau bertemu dengan pimpinan parti di Kota Bharu & meminta maaf atas kesilapan beliau.

Namun, ku sangka panas hingga ke petang tapi rupanya hujan di tghari. Dr. Hassan sekali lagi membuka mulutnya beberapa hari lepas mengkritik penyertaan PAS dalam himpunan Bebaskan ANwar 901 & menegaskan cadangan beliau terhadap siapa yg perlu menjadi PM jika menawan Putrajaya nanti.

KM memang xsetujula bila bersuara kembali sedangkan parti telah buat keputusan utk benarkan ahli turun pada hari ni & siapa PM bukan priority sbb matlamat utama tawan Putrajaya dulu!! Selepas beliau bersuara, Tok Guru Presiden sendiri beri kenyataan yg KM rasa signal jelas kepada beliau!!

Akhir kelmarin pimpinan parti buat keputusan untuk pecat beliau kerana jika disimpan lama akan menjadi barah pada PAS. Time muktamar tahunan, kalau xpuashati cakapla!!

* KM panas dan xleh terima bila beliau suka melayan soalan daripada media2 pro kerajaaan yg sedia siaga nak peralatkan kenyataan beliau!! KM dok dalam parti dah lama & penah lihat pimpinan datang dan pergi dalam PAS....antaranya Dato Nakhaie Hj Ahmad...bekas Naib Presiden yg pergi berjuang bersama UMNO...

Anwar Ibrahim tak bersalah!!!!

Hakim Mohamad Zabidin Md Diah baru je membacakan keputusan yg membebaskan Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan......So let focus to PRU ke-13!!!!

Yang menariknya Auntie Bersih pun hadir utk support Anwar!!! korang kenal Auntie Bersih dak? ala nyonya tua yg cool je masa Perhimpunan Bersih aritu!!!

901: Bersalah atau tidak Anwar Ibrahim?

Hari tumpuan majoriti rakyat Malaysia & mungkin juga dunia ialah keputusan penghakiman kes liwat Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beberapa persoalan bermain di fikiran rakyat sebelum ini;

* bersalah atau tidak beliau hari ni dengan pelbagai perkara berlaku semasa perbicaraan beliau?

* apakah kesannya nanti jika beliau bersalah?

* apakah kesannya jika beliau didapati tidak bersalah?

* apakah implikasi kepada politik terutama PRU ke-13 nanti?

dan macam2 lagi yg akan berlaku saya pasti..............

Wednesday, January 4, 2012

Target 2012: Mahu tambah rumah atau orang rumah??

Tahun Masihi 2012 dah melepasi hari ke-4. Pantas sekali masa berlalu. Ramai yg selalu meletakkan azam atau sasaran di awal tahun baru ni. Tetapi akhirnya dilupakan begitu sahaja.


Macam biasa, KM tak mahu meletakkan sebarang sasaran untuk tahun baru. Perancangan untuk membeli hartanah landed di hujung tahun 2011 yang lalu tidak kesampaian setelah mengambil kira & menilai semua faktor.


Tahun 2012 belum ada perancangan tentang hal property. Cakap2 hal ni pun belum kedengaran. So, KM pun belum bersemangat nak merancang hal-hal hartanah seterusnya. Kalau ada rezeki nanti kita sapu ja hehehe....


Papapun kita kena tunggu kalau2 ada durian runtuh di tahun 2012 ni...masa tu barulah seronok kalau bercerita atau nak beli rumah baru!!!


* Satu pengalaman daripada org lain yg dapat KM kutip tahun ni ialah kalau nak beli rumah untuk duduk kekal, pastikan environment & lokasi sesuai ngan kehendak jiwa anda. Jangan beli semata2 kerana harganya atau design/binaan yg menarik sahaja!! Nanti takut2 anda xsesuai nak menetap di situ!!!





Tuesday, January 3, 2012

Harun & Afdlin dah masuk UMno...korang bila plak??

Heehehe...artis duo yg bergabung sebagai Boboi dalam Maharaja Lawak Mega (MLM), sedara Afdlin & Pak Harun hari ni mengumumkan kemasukan mereka ke dlm UMno untuk memperkukuhkan perjuangan parti tu, mungkin...

Yang hairannya di Malaysia kalau artis terang2 sokong parti kerajaan, korang akan diberi publisiti yg baik. Tapi cuba artis terang2 sokong parti lain cam PAS ke...sure susah dah ko nak cari makan. Silap2 kena kata macam2.

Apapun selamat berjuang dengan ideologi & fikrah yg ko rasa itu betul atau sekurang2 yg terbaik untuk anda!!!

* Cuti tahun baru lepas tak sempat nak bertemu ngan anggota XPDC macam Zua yg terbabit ngan aktiviti anjuran Penyelaras DUN Penaga.....Orang Muda Geng Kita hehehe.........

Monday, January 2, 2012

Pihak berkuasa sentiasa berlemah lembut...diorg yg cederakan diri sendiri....yelah tu!!!

Seperti biasa, pihak berkuasa menafikan tindakan kasar atau salahlaku mereka bila berhadapan budak2 di hadapan UPSI pagi tahun baru yg laku. Macam2 alasan yg sudah muak aku dengar. Terjatuhla...berasak sesama rakan2 la....tumbuk muka sendiri ada tak? hehehe....semua alasan bodoh ja yg aku kira ada antara kita yg percaya sungguh bila berita tv mengulasnya.

Sejak aku kenal dunia ni....polis Malaysia sejak zaman Ustaz Ibrahim Libya, memang akan bagi alasan yang mereka sentiasa di pihak innocent....org awamla yg selalu mengetuk kepala mereka sendiri hingga berdarah....sial!!

Kepada mahasiswa atau rakyat yg masih ada otak...teruskan perjuangan. Meruntuhkan tribulasi bukan kerja mudah. Boazizi terpaksa mengorbankan dirinya untuk menghancurkan kerajaan zalim Tunisia. Kita mungkin tak sampai tahap tu tapi peluang di peti undi PRU 13 nanti gunakan dengan terbaik!! Undi kita..masa depan kita!! ADIOS....

Sunday, January 1, 2012

2012: Harapan gembira & duka pasti ada.......

Ini bukan insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim yg mulanya dia dituduh menumbuk muka sendiri tetapi kemudian disahkan yg KPN ketika itu, Rahim Noor yg menumbuknya. Ini mata lebam Muhammad Adam Irfan yg jatuh terkena kerusi kerana aktif sangat bermain.

Hari pertama 2012 juga ada berita gembira buat pasangan kawan seofis KM yang menyambut kelahiran cahayamata pertama mereka, baby girl awal pagi tadi. Semoga kehadiran itu satu rahmat & kegembiraan buat mereka mengharungi hidup berkeluarga.

Dalam kegembiraan menyambut tahun baru, tahun baru 2012 juga bermula buruk di hadapan UPSI awal pagi tadi. Bermula dengan perhimpuanan aman akhirnya bertukar menjadi keganasan polis yang setiap diperkudakan oleh pemerintah untuk mendiamkan suara & ketidakpuasan hati rakyat.

Beberapa belas pelajar ditahan & beberapa juga yg tercedera bila kekerasan digunakan. Semoga perjuangan mahasiswa & rakyat tidak akan padam begitu sahaja menghadapi mehnah & tribulasi pemerintah yg makin hari makin tersepit dgn slah laku & penyelewengan mereka.

2012 juga bakal menyaksikan PRU ke-13 akan dijalankan. Ramai meramalkan hanya beberapa minggu lagi Parlimen akan dibubarkan tapi berdasarkan situasi & kelebihan belum nampak bila PM Najib akan membubarkannya.....Apapun, gendang telah lama dipalu!!!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin