Sunday, January 1, 2012

2012: Harapan gembira & duka pasti ada.......

Ini bukan insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim yg mulanya dia dituduh menumbuk muka sendiri tetapi kemudian disahkan yg KPN ketika itu, Rahim Noor yg menumbuknya. Ini mata lebam Muhammad Adam Irfan yg jatuh terkena kerusi kerana aktif sangat bermain.

Hari pertama 2012 juga ada berita gembira buat pasangan kawan seofis KM yang menyambut kelahiran cahayamata pertama mereka, baby girl awal pagi tadi. Semoga kehadiran itu satu rahmat & kegembiraan buat mereka mengharungi hidup berkeluarga.

Dalam kegembiraan menyambut tahun baru, tahun baru 2012 juga bermula buruk di hadapan UPSI awal pagi tadi. Bermula dengan perhimpuanan aman akhirnya bertukar menjadi keganasan polis yang setiap diperkudakan oleh pemerintah untuk mendiamkan suara & ketidakpuasan hati rakyat.

Beberapa belas pelajar ditahan & beberapa juga yg tercedera bila kekerasan digunakan. Semoga perjuangan mahasiswa & rakyat tidak akan padam begitu sahaja menghadapi mehnah & tribulasi pemerintah yg makin hari makin tersepit dgn slah laku & penyelewengan mereka.

2012 juga bakal menyaksikan PRU ke-13 akan dijalankan. Ramai meramalkan hanya beberapa minggu lagi Parlimen akan dibubarkan tapi berdasarkan situasi & kelebihan belum nampak bila PM Najib akan membubarkannya.....Apapun, gendang telah lama dipalu!!!!

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin