Tuesday, May 19, 2009

BN Tak Menyertai Pilihanraya, Apa Pandangan Anda?

Berkatalah Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Perdana Menteri 'rakyat Malaysia', Mohd Najib Abdul Razak bahawa BN tidak akan menyertai pilihanraya kecil Penanti dengan alasan pilihanraya itu hanya permainan pembangkang. Mungkin rakyat melihat ini pelik bin ajaib bagi sebuah parti pemerintah yg sudah lebih 50 tahun menguasai tanah air ini.

Ada seorang sahabat bertanya, wajarkah BN tidak menyertai pilihanraya kecil ini dengan alasan ianya membazirkan wang rakyat?? Jawapnya KM, mungkin dunia dah nak kiamat apabila pemimpin BN/UMNO sudah pandai bercakap pasai pembaziran dan berjimat cermat. Balas sahabat di zaman universiti dulu, mungkin BN/UMNO dah sedar bahawa kiamat dan ajal mereka sudah hampir hehehe.....

Di ketika era Pak Lah, dia memimpin BN/UMNO memasuki medan pilihanraya umum pertama kalinya pada 2004, mereka menang besar. Tapi di era Mohd Najib yang terpalit dengan pelbagai tuduhan yang tidak penah dibersihkan, nampak hayat BN/UMNO makin hari makin uzur. Sejak dia memimpin BN memasuki pilihanraya, mereka tidak menang kecuali di Batang Ai, Sarawak. Pergolakan kuasa di Perak yang dimulakan oleh melalui rampasan kuasa yg tidak mengikut Perlembagaan juga nampak sukar dari penyelesaian. Walaupun ramai pihak melihat pilihanraya mungkin jalan terbaik tp seperti kata Chek Det, kalau BN bertanding pilihanraya Perak, sure kalah!!

Kepada pemimpin yang nyawa2 ikan, mungkin masanya belum terlewat untuk anda bertaubat dan menyedari tugas/tanggungjawab sebenar anda sebagai pemimpin yg dipilih rakyat. Menjadi pemimpin bukan tiket utk anda mencipta kekayaan/kemewahan di kalangan anda......

* Bayangkan pilihanraya2 akan datang takde calon BN/UMNO. Bayangkan juga PRU ke-13 takde parti BN/ UMNO lagi bertanding. Apa pandangan anda?

3 comments:

Dee said...

xpelah...dia xmoh bertanding..menanglah org lain tanpa bertanding..dua2 jimat duit..kuikuikui..jgn tetiba ada calon bebas terpacul lak?...emmm..sapa sponsor ek?..??

prebetsabu said...

paling tak bole blah, alasan BN la..

"pilihanraya ini merupakan permainan politik PR.. dan tidak menepati perlembagaan..."


waahhhhh... baeekk punya alasan utk mengaburi mata..

tp rasanya masih ad lagi makcik² pakcik² yg masih percaya... ye la.. apa saje yg datang dari mulut BN adalah benarrrrrr belaka.. haha

Anonymous said...

Bayangkan pilihanraya2 akan datang takde calon BN/UMNO. Bayangkan juga PRU ke-13 takde parti BN/ UMNO lagi bertanding. Apa pandangan anda?

pandangan saya tetap sama juga kerana yang merosakkan umno tu bukan parti itu tetapi budaya orang2 yg join umno utk kepentingan masing2..asik2 projek.asik2 komisen.yang kaya dikayakan lagi.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin