Wednesday, June 17, 2009

Tak Tau Nak Taruh Tajuk Pe....

Cuti sekolah sudah habis. Budak-budak dah naik sekolah balik sebelum bercuti semester bulan Ogos nanti. Ramai yg berjaya menjayakan kerja kawen sepanjang cuti sekolah 2 minggu yang lalu. Kepada pengantin baru, KM doakan Allah memberkati perkahwinan anda. Kepada yg masih mencari, teruskan pencarian anda. Moga Allah memberi pasangan yg sesuai dengan anda. Menyendiri lelama bikin manusia jadi sunyi walaupun hepi. Maka berpasang-pasanganlah demi menjadi ketenangan di hati.

Kepada adik2 yg ingin menyambung pengajian, bulan Mei/Jun selalu kritikal kerana keputusan berjaya atau tidak utk ke IPT tempatan akan diketahui. Sapa yg tak berhajat utk ke universiti kan? Sebab bukan semua orang layak atau berpeluang ke sana. Rasanya sesiapa pun yg dapat tawaran ke IPT khususnya universiti pasti hatinya berbunga2. Kepada yg menanti utk mengikuti program Diploma Pendidikan serta program2 utk lepasan STPM/Diploma, insyaallah keputusan akan boleh disemak mulai esok & lusa melalui laman UPU, Kementerian Pengajian Tinggi.



Masa yang terus berlalu, anakanda KM pun semakin membesar dalam kandungan Mem tercinta. Rasanya dah masuk 6 bulan. Umi mu pun sibuklah sekarang membeli pakaian/peralatan utk meyambut kelahiran anakanda permata hati kedua selepas anakanda Nur Batrisya. Umi kegembiraannya tergambar & terpancar. Abah ni nampak tenang tp gembiranya hanya Allah yg tahu. Kakak mu juga turut gembira utk menyambut adik tercinta walaupun kadang2 nampak dia seakan2 cemburu sedikit.


Lain-lain, byk lagi yang boleh kita ceritakan. Tapi KM nak reserve kan juga sebb cerita panjang2 nanti sapa nak baca. Kepada penyokong Man U yg kehilangan Christiano Ronaldo ke Madrid, jgn susah hati. Yang pergi akan berganti. Begitu juga ngan peminat Milan yang kehilangan Kaka.

* Ahad ni, 21 Jun ada sambutan Hari Bapa....& kalau sesapa nak semak keputusan tawaran mengikuti Kursus KPLI Ambilan Jun 2009, bolehla menyemak di sini .

7 comments:

Yuyun said...

pas ni da xsokong madrid..hehe

Dee said...

hahaha..ujung2 bola gak..boh ah gambar mem berbdn dua..mesti sweet je..

miss ahjumma said...

wah..meriah la pasni..

KM said...

yuyu- pasni sokong Liverpool ye...hehehe...

Dee-aku berbadan 2 ko xnak tgk? hahahaha....

atie- nak meriah lagi, tahun depan ngandung sorg lagi hehehe.....

Unknown said...

wahhh km dah nk dpt baby rupa2nye..harusla hepi kan km?

Ayuraza said...

tomeii nyer baby...monyet tu kne H!N! kew???hehehehe

Masy said...

sonoklah si kakak pasni ada kawan nk ajak main :)

tahniah utk KM n Mem...~

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin