Wednesday, July 1, 2009

Michael Jackson: Antara Hakikat & Kenyataan

Jika penduduk dunia sekarang tengah kalut dengan penularan wabak Selsema Babi, Khamis lalu mereka lebih kalut dengan berita kematian Raja Pop dunia, Michael Jackson @ Jacko. Pelbagai perasaan timbul ngan kematian icon pop dunia ini. Ramai yg sedih, rata-rata tempat org bercerita tentang lagenda & hebatnya Micheal Jackson termasukla pembaca2 blog ini. KM taula hehehehe...


Lelaki yg dilahirkan sebagai Negro-America ini telah mentransform dirinya menjadi seorang berkulit putih (bukan jd Transformer ya). Dia telah membuat pelbagai ubahsuai pada dirinya utk kelangsungan, kehebatan diri di atas muka bumi Allah ini. Namun, di usia 51 tahun dia mati jua (tak sempat dia nk merasa duit simpanan EPF).


Berita kematian Jacko ini bukan saja panas di Amerika tp di Malaysia juga heboh. Ada juga memperingatinya seakan-akan org Barat memperingati idola-idola mereka. Ada rangkaian stesen radio yg berulang kali memainkan lagu Jacko. Pendek kata, mereka memperingati Jacko mengalahkan pemergian ulama yg berjasa memimpin umat. Sebagai contoh, amat sikit sekali org memperingati pemergian ulama tersohor Lubnan, Al-marhum Ustaz Fathi Yakan yg meninggal dunia 13 Jun lepas yg byk menulis kupasan ilmu yg bermanfaat pada ummah. Antara tulisan beliau yang terkenal ialah, Apa Ertinya Saya Menganut Islam.

* Moralnya pada manusia yg masih hidup, kematian itu pasti. Takdir kematian itu tidak akan tercepat atau terlambat walaupun sesaat. Kuasa manusia sesungguhnya tidak mampu menahan kematian.

* Michael Jackson mengingatkan KM pada kehebatan tarian break dancenya di era 80-an. Ketika itu aku masih kanak2 lagi......

7 comments:

kakpiah said...

kalo ko kekanak.. aku lak masih bebi lagi KM..
hehehehe

risanur said...

manusia mmg mudah lupa pada mereka yg berjasa ttg menegakkan keislaman, namun mudah mengingati mereka yg sering meleka kan kita...

Dee said...

aku tau ko terer moonwalk..demo ar sket..

tipahvogue said...

adat maknosia la KM, time idop, tanak hargai, tapi bila dah mati, baru la nak meratap pilu! lagik satu trend umat Islam masa kini, lebih memuja ke arah hiburan, berbanding keagamaan. kita terdidik melalui media masa yang mengagung2kan penghibur2 sebegini, dan amat sikit skali media masa nak buat liputan mengenai para ulama yang memperjuangkan agama. sangat sadis di situ!! apa nak jadi dengan anak2 pada masa depan?? tepuk dada, tanya hati! donia! donia!

Masy said...

takkan laaa kita sebaya kottt KM ahahahahahhahah

KM said...

kakpiah- dulu aku kanak2, ko bebi, sekarang aku org dewasa, ko kanak2 ekk? cit...ko ingat ko muda sgt? porahhhhh.hehehehe...

risanur-manusia mungkin lupa atau lebih tepat lg sering dilalaikan.....lama xupdate blog? lupa ekkk? hehehe...

Dee- aku jgn kata moonwalk, catwalk, dogwalk, sunwalk, roadwalk semua aku terrer...kalau bleh masuk tv, sure aku bleh buat demo hahahaha...

tipahvogue- donia..donia..ye Tipah...adoila...

masy- kot umo brapa Mas? KM baru 19 suku......

Ayuraza said...

xpe la...da ajal kn..

bio je la..bulih gitu??????

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin