Wednesday, January 20, 2010

Happy Birthday for My Mem...........


Today, 20 January adalah hari kelahiran my Mem. Semoga Allah terus merahmati & memberkati anda serta dilimpahi ketenangan dalam hidup. Hadiah? Hadiah dah pun dibelikan semlm. Harapan KM, hadiah tu telah memenuhi citarasa anda hehehe...........Kek besday? Takyahla kan sebab last month dah makan kan. Nanti lebih2, diabetes plak kan............itu tandanya sayang hehe.....
* Kek kat atas tu kek tok besday Batrisya ke-5, bulan lepas sekali combined celebrated birthday Adam Irfan ke-3 bulan.....aci dak gitu hehehe...........Next month ada ulangtahun keputeraan KM & anniversary pernikahan KM hehehe.....


Monday, January 11, 2010

Panas bila ada yg terbakar..............

Dah lama xupdate calculatorbuta. Rasa boring, xde idea serta sibuk ngan market buat KM kekurangan motivasi utk menulis. Takde pe yg menarik seminggu dua ni kecuali market mula menunjukkan rally sejak awal tahun baru. Apakah rally akan berterusan sehingga Tahun Baru Cina?

Apa yg masih pasas sehingga arini ialah isu penggunaan kalimah ALLAH oleh pihak penerbitan Kristian Katolik serta siri serangan/vandalisme ke atas beberapa gereja. KM taknak ulas sebab isu ni panjang & perlu hujahan ilmiah. Cuma KM simpulkan, tanpa ilmu, mudahnya rakyat diperkotak-katik & ramai antara kita yg melompat2. Kenapa ketika syariat Allah dipermain, ditolak, diperlekeh, kita diam seribu bahasa? KM bimbang isu ini dipanaskan utk sesetgh pihak mencari political milage mereka yg semakin suram......so berhati2lah sebab api yg menyala susah nak dipadamkan........

Apa yg KM nampak jugak isu tersebut telah berjaya mengalih sedikit sebyk tumpuan/kemarahan rakyat terhadap isu2 seperti kehilangan enjin pesawat tempur E-5,
kenaikan harga gula, harga barangan makanan, harga rokok, harga barang keperluan lain. Dan arini juga, pesawah2 kita diutamakan akan mendapat hadiah tahun baru, harga padi diturunkan kepada RM750 setan @ 75sen sekg. Tapi bagaimana ngan harga beras? ada turun jugak kah? atau sekadar mengkayakan golongan taukeh2?

So dalam dunia ni, org yg berkuasa ada strategi utk mengekalkan kuasanya. Kita sebagai org yg di bwh perlu juga ada perkiraan sendiri agar kita tak jadi spt bola yg boleh ditendang2 atau diperdaya. Hidup pasti indah jika kita tahu menilai harga diri & kehidupan kita. Wsalam..........





Monday, January 4, 2010

ManU tersungkur di Old Trafford..........

Minggu pertama, tahun 2010. Rasa cam biasa ja. Cuma pas 3 bulan KM dok relax pagi2 (sebab Mem cuti bersalin + cuti sekolah), arini kena start awal balik. Kol 6 pagi dah kuar umah...adoii. Antar Adam Irfan ke umah pengasuh. Antar Nur Batrisya ke umah mak aku. Seterusnya, antar Mem ke sekolah. Tak suka? Tapi wajib buat.

2010 ada azam baru? Jawapannya takda. Cuma nak setelkan apa yg tertangguh. Ada planning2 baru? Umah baru? keta baru? bini baru? hahaha.......semua takde. Biar takdir menentukan.

Tahun berganti tahun. Tahun ni, KM dah mencecah 34. Dah tua beb. Umah kata pergi, kubur kata mari.

Arini ramai gak yg masih cuti. Mungkin bawak anak mendaftar persekolahan baru....KM tahun depan baru bawak Batrisya pi darjah 1. Arini dia stay lagi kt pra-sekolah tok tahun ke-2.

Berita sedih buat penyokong ManU................semlm mereka tersingkir dari saingan Piala FA selepas tersungkur di tangan kelab divisyen 3, Leed Utd. Sabo..sabo...hehehe...........

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin