Monday, July 12, 2010

Spain.....World Champion 2010

Selepas mengharungi permainan hingga masa tambahan, Sepanyol akhirnya muncul juara Piala Dunia edisi 2010 di Afrika Selatan. Jaringan tunggal Andres Iniesta pada minit ke-116 cukup untuk menabalkan juara Eropah 2008 ini sebagai juara baru kejohanan.

Kemenangan Sepanyol ini juga memecah badi pasukan Eropah yg sebelum ini tidak pernah memenangi piala ini di luar kontinen mereka. Kekalahan Belanda plak juga terus menjadi detik hitam buat skuad oranje yang turun buat kali ke-3 dalam perlawanan akhir selepas 1974 & 1978. Mereka gagal juga untuk percubaan ke-3 ini.

Perlawanan tampak seimbang walaupun Sepanyol lebih banyak menguasai bola melalui midfield2 Barca mereka. Menuju ke penghujung perlawanan, perlawanan tampak selepas pengadil bertugas dr England, Howard Webb melayangkan kad merah kepada pertahanan Belanda, John Heitinga. Keseluruhan permainan, 14 kad kuning & 1 kad merah dilayangkan.
Tahniah kepada semua penyokong & peminat Sepanyol atas kejayaan ini. Panjang umur, berjumpa lagi kita di edisi akan datang 2014 Brazil..........viva Espana.....

2 comments:

Dee said...

tahniah pd sang juara..aku tidoq..lg syiok!!

Mak Su said...

tahniah buat yg menang

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin