Friday, July 22, 2011

Mahu beli rumah Subsale??

Lama KM tak bercerita tentang rumah setelah rumah kedua kami sudah pun disewakan 2 bulan yg lepas. Walaupun diam tapi still juga survey sana-sini kalau ada ada rumah landed yg mampu dibeli di lokasi yg sesuai utk KM sekeluarga menetap. Sebab hasrat hati tu masih nak cari sebuah landed property walaupun xmampu nak beli bungalow hehehe...

Sehari dua ni, KM terpandang iklan seorg pemilik yang nak juai sebuah apartment berkeluasan lebih kurang 700 s.q di Permatang Pauh berhampiran juga dgn Politeknik & UiTM Permatang Pauh. Baru tadi KM bersms dengan dia bertanya hal rumah tu.

Dia berhasrat nak juai pada harga 98K (belum tawar lagi). Average org lain offer nak juai sekitar 115-140k. Last year, dia tnya bank tok refinance, bank value around 110k (90% dari nilai ni kira dah cover harga umah tu). Sekarang dia sewa pada student poli pada RM550 (rates sewa situ around 500-700).

Bila kira-kira, kalau beli umah ni & dengan nilai sewa kira consider boleh lepasla kalau nak bayar bulan2 kat bank. So, kalau tanya hati memang mau ja KM pergi tengok rumah ni. Kata tuannya, siap ngan furniture sekali.

Persoalannya, mahu ke bank nak luluskan loan kt kami lagi hehehe......??? Paling penting sekali skrg ialah kena cari maklumat sebyk mungkin sbb KM takde pengalaman beli umah subsale!! Ni kena tanya or baca buku Abang Ensem kita !!!

1 comment:

shafarina said...

ape maksud subsale?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin