Tuesday, November 29, 2011

Harimau lemas dalam asakan BAHrain.....

Mendahului 2-0 dengan lawan bermain 10 orang, Harimau Muda gagal mengadaptasi tempo perlawanan & menyerap tekanan. Lebih kurang 6 minit saja, kita bolos 3 gol sekaligus tumpas 2-3 terhadap saingan Bahrain.

Mungkin skuad kita terlalu keletihan kerana bermain beberapa perlawanan dalam tempoh 2 minggu serta beberapa pemain kelihatan tidak betul2 cergas untuk mengharungi perlawanan tersebut.

Dengan kekalahan itu, secara amnya bolehlah dikatakan peluang Harimau Muda melayakkan diri ke Olimpik 2012 seakan tertutup. Pasukan pilihan, Jepun kini mendahului dengan 9 mata penuh daripada 3 perlawanan.

Malaysia perlu mengharungi 2 perlawanan di tempat lawan menentang Syria & Bahrain. Dan perlawanan terakhirnya menentang Jepun di Kuala Lumpur.

Malaysia mungkin gah mempertahankan pingat emas Sukan SEA namun banyak lagi yang perlu ditingkatkan untuk menyaingi pasukan2 kelas satu & dua Asia.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin