Wednesday, November 16, 2011

Portugal, Croatia, Ireland & Czech Rep mara ke final EURO 2012

Portugal berjaya mara ke pusingan akhir EURO 2012 setelah membelasah Bosnia 6-2 pada perlawanan play-off pagi tadi. Perlawanan nampak berat sebelah apabila Bosnia terpaksa beraksi 10 pemain pada babak kedua. Kemaraan Portugal mungkin melegakan tuan rumah & pihak yg mahu mencatat keuntungan daripada kejohanan besar ini. Sebab semua tahu Portugal antara pasukan yg mempunyai peminat yang ramai di seluruh dunia....

Turut mengiringi Portugal ialah Ireland yang membuat penampilan selepas kali terakhir beraksi pada 1988. Czech Republic dan Croatia juga mengesahkan kemaraan masing-masing. Undian akhir akan dilakukan pada 2 Disember depan di Kiev, Ukraine.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin