Tuesday, November 22, 2011

Olympic Qualifier: Malaysia vs Syria & Bahrain....

Mungkin tak terlewat kalau KM nak ucapkan tahniah pd skuad Harimau Muda yg mengekalkan pingat emas yg dimenangi mereka 2 tahun lalu di Laos. Perlawanan semalam menyaksikan skuad kebangsaan berjaya mengatasi arch-rival, Indonesia dan sekaligus akan terus menghangatkan permusuhan 2 seteru ini pada perlawanan2 akan datang.

Namun bila fikir, KM katakan penyokong2 bolasepak Indonesia terlebih sudu dari kuah. Sporting spirit langsung takde...yg ada sentimen sahaja yg lebih2....akhirnya bukan saja dimalukan tapi juga menagih korban di pihak sendiri.....Orang lain tengok bola juga...ranking dunia dahsyat tapi takdela sampai lagu kebangsaan lawan pun takleh nak respect...

Kisah SEA Games kira tutup bukula....Fokus terarah pada saingan kelayakan Olimpik 2012. Malaysia bakal bertemu Syria malam esok di Bukit Jalil. Syria mungkin negara bergolak politiknya sekarang tapi jgn lupa Iraq penah champ Asia Cup waktu negaranya masih kucar-kacir pas diserang US.

Mungkin byk alasan yg boleh digunakan kalau kalah nanti. Namun kita harap Malaysia boleh memberi sesuatu yg luarbiasa pada game malam esok sebab kita main di tempat sendiri. Next game, Ahad kita akan main plak ngan Bahrain juga di Kuala Lumpur...so peminat2 pasti mahukan semangat semangat terus ditunjukkan oleh pemain Malaysia....

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin