Thursday, December 8, 2011

Merintih Nasib Orang Melayu Penang???



Bekas Perdana Menteri, Che Det melalui tulisan terkini beliau dalam blog cuba merintih mengenang nasib orang Melayu Pulau Pinang waktu ini. Org Melayu termasuk segala macam bangsa yg diiktiraf Melayu di bahagian pulau kini tinggal mungkin around 20-30%. Di bahagian tanah besar or Seberang Perai mungkin besar sikit peratusannya.


Orang Melayu ramai yg berhijrah kuar dari Penang selepas menjual tanah mereka atau memilih untuk membeli hartanah yg lebih murah di pinggiran Penang seperti Kulim, Sungai Petani, Padang Serai dsbnya. Org Melayu ini majoritinya tidak mampu untuk memiliki atau membeli hartanah di Penang yg nilainya terlalu tinggi malah di sesetgh lokasi lebih mahai dari KL mungkin.


Ada juga yg kuar daripada Penang kerana dengan kemampuan mereka, mereka tidak mampu untuk memiliki hartanah landed. So pilih kawasan lain yg lebih mampu utk mereka beli hartanah landed. Tapi mereka masih berulang-alik untuk bekerja di Penang.


Senario ini bukan baru tapi telah lama berlaku. Sejak KM budak2 lagi KM dah dapat rasakan perubahan ini. Orang Melayu kita juga cenderung menjual hartanah mereka bila mendapat tawaran yg lumayan dari kapitalis. Mereka tidak hairan apa yg bakal terjadi nanti...yg penting fulusnya masyuk.


Persoalan hari ni Che Det cuba merintih keadaan yg berlaku tetapi apakah yg dia dan kerajaan BN (Persekutuan & Negeri) buat selama memerintah lebih 50 tahun? Adalah dengan menuduh kerajaan Pakatan Rakyat anti-Melayu dapat menutup segala kepincangan UMNO/BN dalam membela org Melayu Pulau Pinang selama ini??

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin