Wednesday, November 30, 2011

Pembayaran bantuan one off RM500 bulan Januari

Kerajaan memaklumkan bahawa pembayaran bantuan one off RM500 kepada isurumah yg berpendapatan RM3,000 sebulan akan dibuat mulai Januari 2012. Borang permohonannya akan dikeluarkan tak silap bulan disember (esok dah Disember hehehe).

Kepada yg isurumah income more than 3k...takyah bermimpila nak dapat. So kepada yg layak cepat dapatkan habuan habuan anda....bukan senang kerajaan nak bagi ni. Tapi sendiri mau ingat after election nanti kalau BN menang besar...siapla kita hehehe....

Tuesday, November 29, 2011

Harimau lemas dalam asakan BAHrain.....

Mendahului 2-0 dengan lawan bermain 10 orang, Harimau Muda gagal mengadaptasi tempo perlawanan & menyerap tekanan. Lebih kurang 6 minit saja, kita bolos 3 gol sekaligus tumpas 2-3 terhadap saingan Bahrain.

Mungkin skuad kita terlalu keletihan kerana bermain beberapa perlawanan dalam tempoh 2 minggu serta beberapa pemain kelihatan tidak betul2 cergas untuk mengharungi perlawanan tersebut.

Dengan kekalahan itu, secara amnya bolehlah dikatakan peluang Harimau Muda melayakkan diri ke Olimpik 2012 seakan tertutup. Pasukan pilihan, Jepun kini mendahului dengan 9 mata penuh daripada 3 perlawanan.

Malaysia perlu mengharungi 2 perlawanan di tempat lawan menentang Syria & Bahrain. Dan perlawanan terakhirnya menentang Jepun di Kuala Lumpur.

Malaysia mungkin gah mempertahankan pingat emas Sukan SEA namun banyak lagi yang perlu ditingkatkan untuk menyaingi pasukan2 kelas satu & dua Asia.

Sunday, November 27, 2011

Bertemu Bob Lokman........

Kata perpatah...sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan. Moga2 sesat itu tidak berakhir dengan kematian. Semalam KM berkesempatan kali pertama bertemu Abg Bob Lokman yg terkenal dgn lirik2 lagu yg hebat seperti Isabella, Taman Rashidah Utama & seumpamanya.

Berdasarkan tazkirah pendek & ilmu yg dikongsikan, KM tak nampak kenapa org spt ini perlu dihalang untuk menyampaikan kisah keinsafan & mengajak org lain bersama2 kembali menilai buat laku kita selama ini. Kecuali kita tidak senang org2 seperti Abg Bob ini cuba mengajak org lain khususnya anak muda untuk kembali mencari keredhaan Allah.

Buat Abg Bob, semoga org lain dapat mengikuti jejak perubahan kebaikan ini. Bukan senang nak meninggalkan keseronokan dunia ni....

Tuesday, November 22, 2011

Olympic Qualifier: Malaysia vs Syria & Bahrain....

Mungkin tak terlewat kalau KM nak ucapkan tahniah pd skuad Harimau Muda yg mengekalkan pingat emas yg dimenangi mereka 2 tahun lalu di Laos. Perlawanan semalam menyaksikan skuad kebangsaan berjaya mengatasi arch-rival, Indonesia dan sekaligus akan terus menghangatkan permusuhan 2 seteru ini pada perlawanan2 akan datang.

Namun bila fikir, KM katakan penyokong2 bolasepak Indonesia terlebih sudu dari kuah. Sporting spirit langsung takde...yg ada sentimen sahaja yg lebih2....akhirnya bukan saja dimalukan tapi juga menagih korban di pihak sendiri.....Orang lain tengok bola juga...ranking dunia dahsyat tapi takdela sampai lagu kebangsaan lawan pun takleh nak respect...

Kisah SEA Games kira tutup bukula....Fokus terarah pada saingan kelayakan Olimpik 2012. Malaysia bakal bertemu Syria malam esok di Bukit Jalil. Syria mungkin negara bergolak politiknya sekarang tapi jgn lupa Iraq penah champ Asia Cup waktu negaranya masih kucar-kacir pas diserang US.

Mungkin byk alasan yg boleh digunakan kalau kalah nanti. Namun kita harap Malaysia boleh memberi sesuatu yg luarbiasa pada game malam esok sebab kita main di tempat sendiri. Next game, Ahad kita akan main plak ngan Bahrain juga di Kuala Lumpur...so peminat2 pasti mahukan semangat semangat terus ditunjukkan oleh pemain Malaysia....

Friday, November 18, 2011

Fenomena 30 Tahun Search: Stadium Batu Kawan 19 Nov

Sepasang tiket sudah di tangan. So apa lagi, ayuh petang esok ke Batu Kawan layan otai rock, Search menyambut ulangtahun ke-30 mereka. Konsert di Batu Kawan esok merupakan pembuka tirai siri Fenomena 30 Tahun mereka sebelum ke Larkin & Kuala Lumpur.

Ada org bertanya, KM minat rock ke? Entahla......esok KM bawak Cikgu Watie temankan......

Thursday, November 17, 2011

The Star Bid & Win: Ada sesapa nak sedekah Star Points?

Mungkin kebanyakan pembaca Thestar tengah giat mengumpulkan Star Points untuk membida beberapa hadiah yg ditawarkan. Untuk minggu pertama, kita ada hadiah seperti PS3, Samsung Galaxy II, dlsr kamera, LED TV dan macam2 lagi. Hadiah utama nanti ialah sebijik keta Peugeot.

KM pun start collect point dgn harapan tipis untuk menang bidaan. Bayangkan kalau ada pembaca yg sanggup beli 200 naskhah dgn setiap satu bernilai 500 mata. Bersamaan ngan 100000 mata tu...sedangkan mata KM tak sampai 5000 hehehe...

So, dengan rasminya KM melancarkan rayuan pada kawan2 yg sudi tok mendermalah kalau da point2 terbiar di rumah atau di pejabat anda hehehe....




Semak keputusan UPSR melalui SMS....

Semlm ramai ibu-bapa membanjiri sekolah sebab nak collect duit bantuan RM100 untuk anak2. Hari pasti akan ramai juga yg akan datang khususnya ibu bapa murid darjah 6 yang ingin mendapatkan keputusan UPSR anak mereka.

Cemerlang atau tidak keputusan mereka, terimalah dengan hati yang terbuka. Kanak-kanak darjah 6 mempunyai masa yg panjang lagi untuk mereka belajar. Gagal atau kurang cemerlang di peringkat UPSR bukan penamat masa depan mereka. So be cool....

Tak silap KM, keputusan UPSR juga boleh disemak melalui sistem pesanan ringkas dgn menaip MYSMS ke 15888.

* tahniah kepada yg berjaya & bersabar bagi yg kurang berjaya.....

Wednesday, November 16, 2011

Portugal, Croatia, Ireland & Czech Rep mara ke final EURO 2012

Portugal berjaya mara ke pusingan akhir EURO 2012 setelah membelasah Bosnia 6-2 pada perlawanan play-off pagi tadi. Perlawanan nampak berat sebelah apabila Bosnia terpaksa beraksi 10 pemain pada babak kedua. Kemaraan Portugal mungkin melegakan tuan rumah & pihak yg mahu mencatat keuntungan daripada kejohanan besar ini. Sebab semua tahu Portugal antara pasukan yg mempunyai peminat yang ramai di seluruh dunia....

Turut mengiringi Portugal ialah Ireland yang membuat penampilan selepas kali terakhir beraksi pada 1988. Czech Republic dan Croatia juga mengesahkan kemaraan masing-masing. Undian akhir akan dilakukan pada 2 Disember depan di Kiev, Ukraine.

Wednesday, November 9, 2011

Korban & Aqiqah tahun 1432......

Mungkin belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha & selamat menjalani ibadah haji & korban pada yg menunaikannya. Zulhijjah 1432 ni, KM dan Cikgu Watie mengambil kesempatan untuk menunaikan tuntutan aqiqah & korban untuk anakanda kami, Adam Irfan.


Alhamdulilah seekor lembu berjaya ditumbangkan setelah cukup bahagian termasuk aqiqah anak serta & bhg korban ayah & bonda.


Semoga Allah menerima sembelihan kami tersebut..amin. Di lain tahun jika ada rezeki, kita buat lagi......



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin