Thursday, March 8, 2012

Barca menang besar tapi bakal kehilangan Pep Guardiola??

Seperti dijangka, Barcelona tiada masalah untuk mengatasi Bayern Leverkusen bagi melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara. Namun yang menariknya, mereka membelasah bekas finalis Liga Juara-Juara itu dengan jaringan 7-1.

Lionel Messi melakar sejarah Liga Juara-Juara sebagai pemain pertama menjaringkan 5 gol dalam suatu perlawanan. Turut melangkah ke pusingan seterusnya ialah kelab dari Greece, APOEL yang menang penalti ke atas Lyon.

Kemenangan besar agregat 10-2 Barca itu meletakkan mereka sebagai pilihan di samping sebuah lagi pasukan Sepanyol, Real Madrid untuk merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara musim ini.

Persoalannya ialah adakah ini musim terakhir pengurus Barca, Pep Guardiorla di Nou Camp. Khabar angin kencang meletakkan beliau sebagai calon utama untuk Chelsea dengan gaji sekitar 12 juta pound setahun.....Kontrak Guardiola di Nou Camp akan berakhir hujung musim ini.

2 comments:

Gaara said...

barca menang 7-1? gila lah..mmg pasukan tehebat di bumi...

KM said...

hahaha...tapi saingan domestik mereka struggle dgn konsistensi Real musim ini....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin