Wednesday, August 1, 2012

Rafizi Ramli ditahan berikutan pendedahan skandal NFC??


Pemimpin muda PKR yg semakin meningkat naik, Rafizi Ramli dilapor ditahan polis awal pagi ini atas pendedahan butiran akaun yang membabitkan skandal lembu NFC yang akhirnya pemimpin wanita UMNO, Shahrizat Jalil terpelanting kerusi menteri.

Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR menjadi duri dalam daging kepada parti pemerintah dengan rentetan pendedahan demi pendedahan berhubung penyelewengan dalam tadbir urus negara. Yang terbaru ialah campurtangan PM Najib dalam proses tender LRT yang membabitkan syarikat George Kent.

Beginilah nasib di Malaysia, pendedahan kemungkaran/kejahatan akan dihumban ke dalam lokap manakala penyamun & penipu akan disuruh berehat diam-diam....So macamna kadar jenayah nak turun kalau prinsip mengatasi kejahatan itu tidak berlaku secara adil? Orang bawah2 pun bleh kata, kenapa org besar buat salah xkena? tapi org bawah buat kena dakwa???

So, marilah bersama2 menjadi warga negara yg lebih prihatin terhadap apa yg berlaku dalam negara ini.....

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin