Thursday, August 9, 2012

Pandelela Rinong mungkin harapan terakhir pingat Malaysia di Olimpik London 2012??


Selepas sebutir pingat perak melalui Lee Chong Wei, Malaysia masih berharap kalau Pandelela Rinong menjelmakan sebutir pingat tambahan selepas harapan ke atas pelumba keirin, Azizulhasni Awang tidak kesampaian.

Pandelela yang beraksi baik dengan tempat kedua dalam kelayakan terjun 10m platform semalam harus mengekalkan momentum beliau hari ini di peringkat separuh akhir jam 5 petang waktu Malaysia dan akhir jika layak pada awal pagi esok. Pembawa bendera di acara pembukaan itu mungkin merupakan harapan pingat terakhir Malaysia selepas semua atlet lain (kecuali LCW) gagal meraih sebarang pingat.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin