Akhirnya perkara yg menekan perasaan KM sejak beberapa minggu atau beberapa bulan atau beberapa tahun ini sampai ke penghujung rancangan. Ada orang kata KM nekad....mungkin KM nekad kot....
Hari ni, KM susulkan notis sebulan sebelum meninggalkan perkhidmatan selama hampir 7 tahun. Perasaan boleh dikatakan bercampur-baur. Tunggu feedback boss esok sebab dia bercuti..
Kenapa & mengapa KM meninggalkan pejabat & rakan2 yang KM kasihi, biarlah rahsia (kata Dato' Siti)...
Alasan atas kertas, KM akan menumpukan pada perniagaan kecil KM serta keluarga KM yg akan berkembang....
Kalau org fikir rugi meninggalkan perkhidmatan yg menyediakan pencen di masa hadapan...tapi KM fikir lebih rugi kalau KM mati dalam tekanan...
After 12 Okt nanti, KM akan dok rumah jaga anak, masak nasik & basuh kain hahahaha....
* hidup bukannya lama & kalau boleh KM mahu hidup yang gembira walaupun tak kaya......
3 comments:
saya doakan yang terbaik buat KM & keluarga. I'Allah... Selamat Maju Jaya!
terima kasih bro...semoga anda juga terus berjaya dlm hidup!!
all the best KM!
Post a Comment