Wednesday, September 2, 2009

Ramadhan: Manusia datang & pergi.........


Pantas juga masa berlalu. Sedar atau tidak, kita sudah memasuki hari ke-12 berpuasa. Ada yg terjaga puasanya. Tapi ada juga terpaksa ditinggalkan kerana keuzuran atau halangan yg tiba. Ada juga yg sengaja tak berposa dengan seribu satu alasan yg mengarut.
Sedar atau tidak, di bulan yg penuh keberkatan ini juga banyak sekali orang yg pergi meninggalkan dunia & perhiasannya. Saban hari, di sekeliling kita & di dada akhbar, ada saja berita ttg kematian manusia di bulan puasa ni.
Mungkin, mereka tidak berkesempatan mengharungi keberkatan bulan ini dan bulan Ramadhan di tahun2 akan datang. Namun, sama2lah kita berdoa agar Allah terus memberkati kita semua sama ada yg hidup mahupun yg telah pergi bertemu dia. Sedih bila membayangkan mereka yg menyambut Hari Raya nanti tanpa org tersayang di sisi.
* Apakah tahun ni, KM akan menyambut Syawal bersama orang baru? Bukan isteri baru ye tp mungkin ngan anak baru hehehe......Kalau ikut perkiraan doktor, duenya pas raya tapi Allah punya kuasakan. Keadaan Mem sekarang pun dh makin berat & teruk hehehe............

Monday, August 31, 2009

Hadiah Hari Merdeka ke-52

Hari ni ulang tahun kemerdekaan negara yg ke-52. Sebagai hadiah hari merdeka kepada rakyat hari ni, kerajaan yg Mendahulukan Rakyat ini telah menghadiahkan kenaikan harga minyak petrol mulai esok hehehe.................tahniah. RON 95 yg sebelum ini dijanjikan akan dijual pada harga RM1.75 seliter telah dinaikkan kepada RM1.80. Manakala RON 97 yg dijanji akan dijual pada RM2.00 telah diup kepada RM2.05 berkuatkuasa mulai esok. Maka sejak petang tadi berebut2 orang ramai mengisi minyak mengatasi perasaan ingi berbuka puasa kerana mendapat hadiah daripada kerajaan Najib.

Syabas sekali lagi buat PM Najib yg mndahulukan rakyat dalam menghadapi sebarang kegetiran ekonomi. Syabas juga buat rakyat2 yg dulu, kini dan selamanya akan terus memilih kerajaan Barang Naik ini setiap kali pilihanraya.

* Patutla kawan2 KM di Permatang Pasir memilih untuk mengalahkan kerajaan Barang Naik ni. Kalau Barang Naik ni menang di Permatang Pasir sure mereka2 yg mengundi hari tu akan menyesal.

* Hari ni juga merupakan hari Parti Liberal Demoratik (LDP) hilang kuasa di Jepun. Parti ni antara parti yg lama memerintah sebuah negara seperti juga parti Barang Naik. Apakah parti Barang Naik juga akan mengalami nasib seperti mereka selepas 7 pilihanraya kecil masih belum menang? Kita nantikan...............

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadan.......

Selepas setahun, Ramadan kembali lagi. Buat org beriman yg masih hidup, anugerah Ramadan ini memang ditunggu2. Sebab ganjaran Ramadan tidak terdapat di bulan2 lain. Bagi org2 yg tidak beriman, kehadiran Ramadan kelihatan seperti beban yg berat utk ditanggung.

KM mengambil kesempatan ini utk mengucapkan selamat beribadah di bulan mulia ini. Mungkin Ramadan ini yg terakhir buat kita. Salam Ramadan n Selamat berpuasa.........

Thursday, August 20, 2009

Inikah Calon Anda??? N11 DUN Permatang Pasir

In response to inquiries from the media, we wish to clarify Rohaizat Othman's status as an advocate and solicitor.The Advocates and Solicitors Disciplinary Board struck Rohaizat Othman off the Roll of Advocates and Solicitors on 7 March 2008 after he was found guilty of misconduct.


The Disciplinary Board's decision arose from an investigation into the complaint lodged against Rohaizat Othman by the purchaser of a piece of real property. According to the complaint, Rohaizat Othman failed to refund almost RM 161,000 to the complainant after the transaction was aborted.


Rohaizat Othman appealed against the decision of the Disciplinary Board to the High Court, and the appeal was dismissed on 12 August 2009. He is therefore legally disqualified from practising as an advocate and solicitor.


The finding of misconduct is personal to Rohaizat Othman, as the Disciplinary Board would not hold a lawyer liable for the actions of his/her law partner(s).

George Varughese

Secretary Malaysian Bar

* Dalam tv & paper sekarang ni, ada pihak yg sibuk mensucikan calon mereka yg telah terpalit ngan najis hehehe.....Ada beberapa soalan timbul drp tindakan itu:

1. Adakah BAR atau Mahkamah Tinggi telah terkhilaf kerana menghukum seorg hero (hero konon)?

2. Apabila kita menyeleweng amanah org, penyelewengan itu tetap dikenang sebagai penyelewengan wpun wang itu dipulangkan.

3. Bagaimana mungkin hero ini dihukum jika dia tak bersalah? Sedangkan kehakiman itu juga hampir2 menjadi milik mereka?

4. Dah takde calon lain ke nak pilih Tok Din? Penyamun tarbus juga yg ko pilih hehehe......

5. Kalau calon wakil rakyat pun dah pandai seleweng duit org ribu raban, mcmana plak pak menteri ye? Juta jutanla duit diseleweng kot hehehe.........

6. Last sekali persoalannya, adakah bersumpah boleh mensucikan diri? Org yg suka2 main sumpah ni ialah geng2 penyanyak. Tak percaya tangkap budak yg curi moto, sure sumpah2 dia tak mengaku buat begitu.

Tuesday, August 18, 2009

Siapa sebenarnya mengkniati org Melayu?

Kebelakangan ni hangat bila segelintir org Melayu (lebih tepat org Umno) heboh membicarakan Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Melayu. Sana-sini berdemo dgn sepanduk & laungan menyatakan kemarahan mereka kononnya terhadap Anwar Ibrahim ini. Katanya pelbagai tindakan Anwar Ibrahim telah mengkhianati orang Melayu di Malaysia ini. Ini belum kira serangan melalui media massa.

Tetapi yg anehnya, segala macam keistimewaan org Melayu seperti tanah, bahasa, biasiswa, pegangan ekuiti & saham dan segala mcm kuota2 & keistimewaan org Melayu hilang atau semakin mengurang adalah berlaku ketika 50 tahun lebih UMNO atau parti yg kononnya memperjuangkan nasib org Melayu memerintah & berkuasa di negara ini. Anwar Ibrahim rasanya takleh buat begitu sebab dia tidak berkuasa.

Paling terkini, kerajaan sedang menimbang untuk menghapuskan ruangan/kolum BANGSA dalam setiap borang/dokumen. Maknanya, pasni takde lagi perlu tulis korang bangsa pe bila isi form atau dokumen. Yang pasti mungkin kita semua adalah 1 Malaysia hehehe........

* Kalau nak tulis siapa yg sebenarnya yg mengkniati Org Melayu, aku boleh senaraikan tp anda bagaimana? Adakah anda sedar kita sedang merempat di bumi sendiri?

Thursday, August 13, 2009

Pergi Tak Kembalinya Ust. Asri Ibrahim........


Salam takziah buat keluarga serta al-fatihah buat saudara Asri Ibrahim yg kembali ke rahmatullah pagi td. Sesungguhnya drp Dia, kita datang, kepadaNya jua kita akan kembali. Takziah juga utk para keluarga mangsa2 H1N1 yg terkorban. Setakat entry ini ditulis, sudah lebih 50 org terkorban manakala berpuluh2 sedang bertarung nyawa di ICU.
Andaikata ini takdir bala besar dr Allah, adakah kita mampu nak mengharunginya?

Sunday, August 9, 2009

Betulkah Rakyat Diutamakan? Atau Sekadar Retorik Menyedapkan Perasaan??

Khamis lalu, KP MOH yang bertanggungjawab terhadap perkembangan wabak H1N1 mula marah2 terhadap rakyat bawahan yg mula memenuhi hospital2 kerajaan utk melakukan pemeriksaan kesihatan. Katanya rakyat terlalu panik utk dtg melakukan pemeriksaan hingga menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kos yg tinggi. Utk pemeriksaan penuh bagi mengesan jangkitan H1N1, kerajaan terpaksa menanggung kos lebih kurang RM180 bg setiap ujian. Katanya, kalau betul2 mempunyai tanda2 positif barulah datang utk pemeriksaan. KM dgn nada marah ingin menjawab balik terhadap mamat yg bernama Mail Merican itu termasuk Menteri Liow itu beberapa soalan:

1) Wabak ni bukan sebarangan penyakit & ia melibatkan nyawa manusia. Ia dah membunuh ramai orang termasuk di Malaysia sendiri (hingga entry ini ditulis sudah 26 orang terkorban). So amatlah wajar utk semua rakyat yg waras utk merasa bimbang sebab belum ada pihak yg berjaya menghasilkan vaksin utk menentang H1N1.

2) Penyakit ini juga unik kerana ada pesakit yg hanya masuk ke hospital sehari dua & terus meninggal dunia. Tak perlu tanda2 atau siptom2 seperti yg diberitahu, terus boleh padam. So, siapa yg tak rasa gementar? Kalau Ultraman ada pun dia akan rasa gementar heheheehe.

3) Takkan dgn hanya kos RM180, kerajaan susah merungut kos membebankan? Bagaimana dgn slogan keramat PM Najib "Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan"? Bagaimana dengan duit rakyat yg sebelum ni kerajaan bazirkan utk projek2 yg tidak memberi faedah kepada rakyat? Bagaimana dengan duit2 rakyat yg kerajaan habiskan utk memancing undi di tiap2 kali pilihanraya kecil? Bagaimana dgn duit2 yg bini2 menteri gunakan utk bershopping sakan di luar negeri?? Pernahkah fikir ttg soal membazir utk perkara2 begitu?

Sebenarnya banyak lagi yg KM nak hamburkan pada pihak2 yg bertanggungjawab ini tp KM deserved utk masa2 akan dtg. Panjang2 pun org boring nak baca. Sebelum abis entry ini, korang layanla gambar dibawah dgn soal, Apakah yg org ramai atau media2 pro kerajaan akan ulas jika yg terpampang itu gambar Anwar Ibrahim or TG Nik Ajiz? Fikir2kanlah..........


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin