Tuesday, October 13, 2009

Adam yang kuat isap nenen.......

Pejam celik, pejam celik....usia Muhammad Adam Irfan dah nak masuk 3 minggu. Dah besar pun anak KM. Walaupun tak dpt melihat dia membesar setiap hari tp setiap hujung minggu, KM & Budak Kacak akan balik melihat adik dia. Lepas pantang ni, KM bawakla balik Mem ngan Adam. Ikutkan mak mertua KM, Adam ditinggalkan terus 3-4 bulan lagi pun takpe......hehehe....xble..xble...

Menurut Mem, Adam sentiasa saja mahu nenen dalam mulut dia. Bila Mem cakap, Adam menetek sampai nenen pedih...KM senyum saja...adoilah aku jantan aku ni hehehe........

* Minumlah susu ibu untuk jd sihat & kuat..................

Tuesday, October 6, 2009

Harga rokok naik lagi tp yg menghisap begitu juga.....

Berkuatkuasa arini, ada company rokok yang sudah mula menaikkan harga antara 20-30 sen untuk sekotak rokok. Ini ekoran kenaikan duti rokok sekitar 3 sen sebatang oleh kerajaan berkuatkuasa khamis lepas. Ekoran kenaikan ini, pengeluar memindahkan kosnya kepada penghisap rokok.

Bagi yg merokok surelah kos menghisap rokok anda akan meningkat pasni. Itu belum kira jika Belanjawan 2010 pd 23 Oktober depan, jika kerajaan mahu menaikkan lagi duti tembakau. Mungkin ada yg merungut tp tabiat tu rasanya sukar nak diatasi jugak....Mungkin sehingga rokok berharga sekotak RM20 barulah yg betul2 berhajat nak berhenti hehehe....

* Pa kata pasni jgn hisap rokok tp hisap plak ranting kayu ke, jari ke..hehehe.....bleh gitu?

Monday, October 5, 2009

Ada sesapa yg sudi nak jd parttime housewife kt umah KM?

Kalau Mem baca tajuk entry ni sure KM akan kena baling ngan kayu api....paling kurang pun ngan kasut hahaha...........untuk pengetahuan dia dan pembaca2 yg yg rata2nya dr kalangan kaum Hawa, sesungguhnya di hati kecil KM ini tidaklah terdetik sedemikian. Percaya tau....jgn korang tak percaya plak....

Walaupun ketika ini, semua kerja umah akan KM tanggung bersendirian tp selagi hayat dikandung badan, KM akan teruskan jua hehehe...ayat cam org nak gi perang.....

Dh dekat seminggu Mem ngan baby Adam balik kampung utk berpantang maka KM di sini terpaksalah ambik alih tugas dia sebagai suri rumah sepenuhnya. KM kena basuh baju....(tugasan yg biasa...KM bleh buat punya)....masak (tugasan faveret KM)....mengemas rumah (ikut keadaan)......basuh pinggan mangkuk( xjadi hal sangat tp kekdg tunggu pinggan sampai tinggi KOMTAR).....pendek kata memang sebulan ni KM akan jd cm Labu Labi la......hehehe...

Pastu nak kena layan Budak Kacak lagi.....pagi2 nk kena antar gi umah Maktok dia sebelum gi sekolah........dahla besar cam gajah......nak suruh KM dukung lagi....Tapi KM dah pesan kat dia, nanti KM tua2, dia plak dukung KM, apamacam? Dia sengih ja............hambes betui....

Thursday, October 1, 2009

Muhammad Adam Irfan.........Kelahiran yang dinanti............

Mungkin ada yg perasan ke mana lama KM menghilang. Sejak sebelum raya hingga kini, Calculatorbuta belum diupdate. Sebenarnya KM agak sibuk sedikit dgn hal2 keluarga hingga lupa mengucapkan Selamat Hari Raya kepada anda semua.


Sebenarnya, Jumaat lepas ketika hendak masuk waktu Zohor, dengan izin Allah, KM menerima kelahiran orang baru dalam keluarga kami. Mem selamat melahirkan seorang bayi lelaki dengan berat 3.97kg.

Dengan kelahiran bayi yg kami namakan Muhammad Adam Irfan maka berserilah lagi sambutan hari raya kali ni. Walaupun dia sempat ditahan di wad jagaan bayi selama hampir 4 hari kerana gangguan pernafasan & juandis tp alhamdulilah semuanya selamat. Mem wpun kehabisan tenaga utk melahirkan bayi seberat hampir 4kg secara normal namun semuanya ok.

Ketika entry ini dikuarkan, Mem & Adam dah pun berada di kampung memandangkan KM akan mula bekerja esok & Budak Kacak plak perlu menyambung persekolahannya.

Kelahiran ini memang cukup menguja sebab dah hampir 5 tahun KM & Mem tak merasai memiliki anak kecil. Tak sabar nk kembali ke kampg esok petang bertemu kedua2......


Monday, September 14, 2009

Liverpool: Standard Chartered ganti Carlberg's musim depan..

Mulai musim 2010, penyokong2 setia The Red's yang sebelum ni sensitif ngan logo tajaan arak di jersi pasukan itu mungkin boleh menarik nafas lega. Kontrak tajaan pengeluar arak Denmark sejak 1991 itu akan digantikan dengan penajaan baru dengan Standard Chartered Bank dengan kontrak selama 4 tahun itu dianggarkan sekitar 80juta Pound.



Thursday, September 10, 2009

Caster Samenya, Bonus & Kapal Selam Scorpene.......


Pagi ni waktu belek2 newspaper, KM terpandang wajah baru Caster Samenya (gambar atas), atlet olahraga Afrika Selatan yg juga merupakan juara dunia acara lari 800meter. Di Kejohanan Dunia di Berlin, bulan lalu, Samenya dipertikaikan jantinanya oleh sesetgh pihak.

Ada yg mendakwa dia dilahirkan seorang lelaki & mereka meminta badan sukan yg bertanggungjawab untuk menyiasat & melakukan ujian terhadap dakwaan tersebut. Namun, pihak Samenya & keluarganya menafikan dakwaan tersebut. KM pun tak pasti kesahihan dakwaan tersebut. Kena check ni hehehe.....sebab KM dengar dia cakap garok cm lelaki.....



* Semlm, PM Najib mengumumkan pemberian bantuan khas sebyk RM500 kepada kakitangan sokongon kerajaan. Implikasi kewangan kepada kerajaan, tegas Najib berjumlah RM430 juta.

KM plak nak menegaskan pada dia, bagaimana plak ngan komisen lebih RM400juta kerajaan kepada PeriMekar Sdn. Bhd. berhubung pembelian 2 kapal selam Scorpene? Sapa yg baham? Nak bagi duit kat rakyat, ungkit sana sini tp baham duit rakyat, semua buat bodo ja...........

Tuesday, September 8, 2009

Tema Berbuka Puasa Hari Ni: Roti Canai


Adapun mendapatlah KM pagi ni 1 sms daripada isteri tercinta yg sarat mengandung yg berbunyi " Ira rasa cam nk makan roti canai la buka posa nanti". Maka balaslah akan KM bahawa tema berbuka kita petang ni ialah Roti Canai or lebih sinonim lagi menu arini di Restoren Nasik Kandar hehehe......

I follow je......hehehe....

Pagi2 buta ni, Batrisya sudah bikin gelak sama KM ngan wife. Dalam separa sedar ketika dikejutkan pagi tadi, Batrisya teraba2 cari cermin mata hitam & terus pakai. Hahahaha.........memula dia nak pakai custom Spiderman yg Acunya beli semlm. Tp ubah fikiran, pakai cermin mata hitam...............aduhai anakku.....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin