Friday, November 6, 2009

Adam Tak Sihat...............

muka Adam yg tak ensem dah hehehe.....

Lama KM tak update Calculatorbuta. Bukan sebab takda idea tapi otak tepu nak berkarya hehehe.......Lagipun KM sekarang sibuk ngan anak kecik. Maklumlah dah dekat 5 tahun takde anak kecik. Bila Adam datang, hidup KM ngan Mem jadi kelam kabut balik. Tapi itulah kemanisan hidup sebagai ibu & ayah yg kdg2 sesetengah orang tak dapat merasainya.

Al-kisah, pagi tadi badan Muhammad Adam Irfan merah-merah macam melecur. Dia pun asyik merengek ja. Mem dah mula susah hati. KM gi keja pun xsenang duduk. Arini minta bos halfday, balik terus bawak Adam gi klinik. Mcm yg KM suspek, doc kata dia mungkin alergik pd something. KM suspek mungkin dia alergik pd serengga or ubat2 Mem makan. Pas makan & sapu ubat, nampak kurang sikit kelecuran tu. Harap2 esok dah kurang byk atau KM mungkin kena bawak dia ke hospital plak......

* Kalau kita kenangkan kesukaran setiap ibu bapa nak membesarkan seseorg anak tu maka kita kenangkan kembali pada 2 ibu bapa yg menjaga kita dulu............renungkan wajah2 ibu ayah kita selagi mereka masih ada..........moga kita tak mensia2kan mereka di usia..............

Tuesday, October 27, 2009

Antara keperluan bonus & sebuah team lumba........

Mungkin ramai antara sivil servants yg kecewa ngan pembentangan bajet kali ni sebab pembentangan sulung PM Najib tidak menyentuh pemberian bonus. Bagi yg berpendapatan kecil & mempunyai anak bersekolah, bonus menjadi harapan untuk mengurangkan bebanan terutama menjelang bukanya penggal baru persekolahan.


Tapi syg seribu kali syg, org kerajaan tidak didahulukan kali ni....Mungkin PM Najib lebih senang mendahulukan projek F1 1Malaysia yg dijangka akan memulakan perlumbaan sulung musim depan. Semua org yg minat F1 tahu jumlah perbelanjaan menguruskan & mengendalikan sebuah team lumba. Bukan sikit tp mampu mencecah ratusan juta semusim sehinggakan pengeluar gergasi seperti BMW sendiri terpaksa tarik diri krn xmampu lg menanggung kos besar setiap tahun. tp Malaysia Boleh....hehehe...

Selain xde bonus, Bajet 2010 juga menyentuh mekanisme baru subsidi minyak yg dijangka diperkenalkan Januari tahun depan. Bagaimana mekanisme itu akan dilaksanakan, KM tak pasti. Jika sebelum ini, Pak Lah memberi rebat tunai kepada pengguna kenderaan, kita nantikan plak bagaimana PM Najib melaksanakan mekanisme subsidi minyak yg baru..........Adakah harga bahan bakar tu akan meningkat xlama lagi? Tungguuu.........

* KM berhajat nk buat akikah n korban utk keluarga next month tp dh xde rezeki maka postpone tahun dpnla....

Monday, October 26, 2009

2-0 cukup utk menutup mulut pengkritik serta penyokong MU hehehe......


Hangin bila baca kolum sukan antara Jumaat & Sabtu lepas. Rata2 kolumnis & pengkritik 90% telah menutup peluang Liverpool utk mencabar kejuaraan Liga Inggeris musim ni. Paling aku hangin baca tulisan editor EPLx, dalam surat khabar KOSMO. Tak silap aku, editor dia nama Rizal. Kritik Liverpool mcm penyokong Red Devil's.

Tapi semlm, The Red's telah menjawab kritikan tersebut. 2-0 cukup utk memberi kemenangan ketiga berturut2 sejak musim lepas ke atas musuh ketat tersebut. Mungkin kalau ikut logiknya, Alex Ferguson mungkin telah tertelan chewing gum yg dikunyahnya hehehe........Pengadil seperti mana biasa akan melanjutkan masa tambahan yg agak panjang apabila Man U ketinggalan dlm setiap perlawanan tp Liverpool menghukum tambahan itu dgn sebiji lagi gol sekali gus menamatkan saingan Red Devil's.
* Congrat Benitez & his man..............without Gerard, we still can won.....Kemenangan ini sekurang2nya meredakan ketidakpuasan hati KM pd pembentangan Bajet sulung PM Najib.......xde pe yg golongan sept KM dpt dlm pembentangan tersebut........


Thursday, October 22, 2009

KM akan meninggalkan Liverpool...............


Ahad ni ada Yorkshire darby antara Liverpool ngan Man U di Anfield. Setiap musim, pertemuan ini memang dinanti2kan oleh peminat Liga Inggeris termasukla di Malaysia. Outcome perlawanan ini akan menjadi sebahagian petunjuk perjalanan EPL seterusnya.

Liverpool turun Ahad ni dengan 4 kekalahan berturut2 sebelum ini (The Red's xpenah kalah strait 4 kali sejak 1987). KM tau Liverpool ada masalah di atas padang & di meja pengurusan. Kalau kalah pada Man U, rasanya Lverpool dh bleh melupakan cabaran EPL musim ni.

KM setia ngan The Kop's sejak 1986 tp seperti penyokong lain, kami nak EPL title. Takde title tu, Liverpool hanyalah sekadar lagenda.



* Kalau xde gak title musim ni, KM rasa nak beralih ke minnor cam Burnley ke, Wigan ke. Sapa berani bet, KM akan meninggalkan Liverpool hehehe..........Ada sesapa penah berubah sokongan?

Wednesday, October 21, 2009

Harga 2 bijik lappy lebih RM80K!!!

Menurut Laporan Audit Negara, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dilaporkan membayar RM84,640 untuk 2 unit laptop Acer Aspire 5250 (harga anggaran RM4,500 walaupun secara kredit kerajaan).

* malas nak komen.............lu pikirla sendiri..........

Monday, October 19, 2009

16 September.....Cuti!!!!



Mulai tahun depan (2010), kerajaan mengumumkan 16 September sebagai hari sambutan di seluruh Malaysia & menjadi satu lagi public holiday. So, cuti anda tambah lagi hehehe.........

* Korang tau 16 September tu hari pe? Bukan hari raya, bukan hari jadi bapak saudara anda tp Hari Penubuhan Malaysia....hehehe...

Thursday, October 15, 2009

Argentina layak, Simpson di muka depan Playboy & Dow Jones melepasi 10,000 mata

Sebab xde pe cerita yang KM nak cerita maka kita kongsilah satu 2 berita untuk ilangkan keboringan. Awal pagi ni, pasukan faveret KM, Argentina meredakan keresahan seluruh penyokongnya dgn melangkah secara automatik ke pusingan akhir World Cup 2010 di Afrika Selatan. Pasukan kendalian Diego Maradona ini menjadi pasukan ke-4 layak automatik dr zon Conmebol setelah menumpaskan Uruguay 1-0 di Montevideo.


Manakala untuk keluaran November ini, majalah orang dewasa terkenal, Playboy menampilkan Marge Simpson sebagai penghias kulit luar. Ini sempena ulang tahun ke-20 rancangan kartun tersebut. KM pun takleh nak bayang camna Marge bleh berbogel untuk majalah tersebut hehehe............

Berita paling suka KM nak tahu ialah Index Dow Jones buat kali pertamanya mencecah 10,000 mata di penutup sesi kol 5 pagi tadi. Kenaikan yang didorang prestasi baik beberapa company gergasi US seperti Intel & JP Morgan mungkin petanda baik bahawa ekonomi dunia di landasan betul untuk kembali pulih. Pelabur2 saham seperti KM juga sure tersenyum mencari ruang utk mencipta duit hehehe............




LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin