Thursday, April 30, 2009

Semakan Temuduga KPLI & KPLI jQaf 2009

Kepada rakan-rakan yg telah mengambil ujian MTest untuk permohonan KPLI & KPLI jQaf ambilan Jun 2009, anda bleh mula menyemak panggilan untuk temuduga yg akan bermula 4 Mei ini di alamat berikut:

http://apps.emoe.gov.my/kpli/tdugakpli/

kepada yg berjaya ke temuduga, selamat berjaya. Anda mungkin selangkah lagi untuk menjadi seorang guru. Kepada yg tak berjaya, jgn berputus asa.

Tuesday, April 28, 2009

Apa Khabar Budak Kacak Sekarang?

Sudah lama rasanya tidak bercerita tentang budak ni, Nur Batrisya a.k.a Budak Kacak. BK sekarang sihat sokmo walaupun giginya semakin buruk dimakan ulat kerana kedegilannya mendengar nasihat umi & abah supaya jgn mkn byk junk food.

Adapun BK sekarang telah pun berpindah daripada Tabika Perpaduan ke Pra Sekolah sejak awal April lalu. Alhamdulilah, penghijrahan itu memberi kesan positif kepada pembelajarannya. Dia sekarang sudah rajin membuat homework serta sudah boleh mengeja untuk 3 suku perkataan seperti KERABU, KERETA dsbnya.

BK telah disampaikan berita bahawa dia insyaallah akan mendapat adik. Maka selalulah dia sekarang berbicara dengan adiknya yg berada di dalam kandungan uminya. Namun, dr perlakuan & emosinya, dia gembira akan mendapat adik seperti org lain tp kelihatan rasa cemburu dengan kehadiran itu.
Walaubagaimanapun, BK senang difahamkan & mudah dia mengerti. Moga Allah terus memberi kegembiraan pada keluarga KM, insyaallah....






Monday, April 27, 2009

Virus Selsema Babi (A/H1N1) or Swine Flu Menyerang, Pilihanraya Kecil Penanti Serta Temuduga KPLI

Belum pun wabak Selsema Burung benar-benar berakhir di seluruh dunia, dunia dikejutkan serangan wabak Selsema Babi di Mexico minggu lalu yg mengorbankan lebih 86 orang. Pihak tentera dilaporkan telah menghantar 6 juta topeng muka surgikal untuk menghadapi wabak ini yg dipercayai telah menjangkiti 1,400 orang sejak 13 April lalu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mula memberi amaran supaya semua negara mengambil langkah berjaga2 berhubung penyebaran A/H1N1 Swine Flu atau virus Selsema Babi. Di US, kerajaan telah mula menyistiharkan kecemasan serta mengambil langkah mengesankan kehadiran wabak tersebut terutama melalui pintu2 masuk utama negara itu.

Kepada kita di Malaysia, walaupun jauh tapi bila wabak ni menyerang pastinya kesannya amat dashyat. KM takut...anda bagaimana????

* SPR menetapkan hari penamaan calon serta pembuangan undi untuk Pilihanraya Kecil Penanti pada 23 dan 31 Mei 2009.

* Manakala kepada yg menunggu keputusan MTest untuk temuduga KPLI ambilan Jun 2009, boleh menyemak mulai 29 April 2009 (tertakluk pada Kementerian Pelajaran).

Thursday, April 23, 2009

Apabila Najib memansuhkan kouta ekuiti 30% Bumiputra........

Memandangkan otak KM diselaputi topic saham kebelakangan ni maka KM ajak korang berkongsi je tulisan seorang blogger ni. Pastu pandai2 la korang fikir & buat rumusan.

Perdana Menteri yang baru, Najib Razak semalam mengumumkan satu perkara besar dimana kuota 30 peratus ekuiti bumiputera dalam sektor perkhidmatan dimansuhkan.

Persoalannya ialah dimanakah pejuang-pejuang Melayu yang kononnya ingin mempertahankan hak Melayu sehinggakan menganjurkan demonstrasi yang berbau perkauman di negeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat selepas PRU 12 yang lalu?

Apabila Najib mengumumkan pemansuhkan ekuiti Bumiputera:

Dimanakah Umno yang kononnya memperjuangkan hak Melayu?

Dimanakah Ibrahim Ali dan Perkasa?

Dimanakah Osman Bakar dan Badan Bertindak Perpaduan Melayu?

Dimanakah Prowaris?

Apa lagi yang Najib tak lakukan?

Kementerian Pembangunan Usahawan dah dimansuhkan.

Ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dah dimansuhkan.

Sahlah bahawa pertubuhan-pertubuhan yang disebutkan diatas tidak pernah berminat untuk memperjuangkan Melayu dan Bumiputera.

Mereka hanya buat bising apabila Umno dan BN kehilangan kuasa.

Wahai orang-orang Melayu, jangan jadi bodoh lagi. Jangan ditipu lagi oleh golongan-golongan pengampu ni!!!

dipetik daripada Amin Iskandar

Wednesday, April 22, 2009

Aku dah bosan.............

Kebelakangan ni KM amat malas nak mengupdate Calculatorbuta. Ada yg bertanya, adakah KM sudah kehilangan sentuhannya atau KM sibuk ngan kerja lain. Jawapannya KM sebelah kaki aktif dalam pasaran saham.

Rasanya dah 2 or 3 bulan dah KM kembali aktif dalam syer market selepas tahun lalu KM berdiam diri. Mungkin sebab ada modal sikit serta peluang menarik, KM takleh tunggu lagi. PNB pun sekarang tgh gigih nak issue RM5bilion saham amanah minggu depan sebab depa nak modal untuk beli syer. KM pun tgh tunggu suntikan modal dr pemodal2 bebas.

KM tengah berkira-kira, kalau KM dah kaya, mungkin KM rela sepenuh masa dalam pasaran. Mem tentu bersetuju ngan KM hehehe.....Kepada komen2 dari para sahabat & pengunjung setia Calculatorbuta yg tidak berjawab, KM ucapkan terima kasih & sebenarnya KM tak penah melupaikan anda. Tapi pelaburan KM lebih mencemburui masa KM dengan anda semua..........

*KM melabur tahap ciput2 ja. Menunggu modai besar yg belum sampai hehehe.......

Thursday, April 16, 2009

EXORA.......menarik?

Semalam Proton melancarkan model MPV terbaru keluarannya yg diberi nama, EXORA. Nampaknya memang menarik dari design luarnya. Tapi KM belum berkesempatan melihatnya dari dekat. Kebetulan balik dari hospital membawa Mem tersayang semalam dalam lingkungan kol 11 malam, masih ramai pelanggan yg mengerumuni bilik2 pameran Proton utk melihat model terbaru ni.
Didatangkan dengan enjin 1.6 Campro CPS serta versi 4 speed automatik, harganya di antara RM69,998 hingga RM75,998. Warna plak, tak silap KM ada 5 variasi warna.


Namun sehingga dia dilancarkan semalam, jumlah tempahan masih di bawah paras yg disasarkan iaitu 2,500 unit. Mungkin dgn penampilan sulung semalam, pembeli yg berminat mungkin boleh berkira2 untuk membuat tempahan mulai hari ni.


Bagi KM, produk Proton bukannya tak bagus tapi pengguna sering berhati2 kerana kisah lalu menjadikan setiap produk yg keluar seperti 'trial & error' iaitu sering terdapat defection atau kecacatan yg memerlukan pengguna kembali kepada pengeluar. Sebab tu ramai yg suka tunggu & lihat terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.



Walau apapun, tahniah pada Proton atas kelahiran anak baru. Semoga bukan sahaja mencapai target jualan tapi juga target price untuk saham. Sejak minggu lalu, saham Proton melonjak hingga RM2.40 berbanding harga sebelum tu yg bergerak antara RM1.60-1.70.

* Kalau free, ujung minggu ni bleh bawak keluarga tgk produk baru ni hehehe.....mana tau ada rezeki bleh beli kan.....

Tuesday, April 14, 2009

Semakan Ujian MEdSi 2009

Bagi saudara2 yang yang memohon Program Lepasan STPM/Setaraf serta Diploma Lepasan Ijazah (DPLI) 2009 boleh membuat semakan Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) mulai semalam.

Calculatorbuta menyediakan link langsung ke portal tersebut untuk memudahkan anda semua.

http://www.mpm.edu.my/medsireg/index.php

Kepada yg berjaya ke ujian tersebut, sila bersedia ke tempat2 yang ditetapkan pada Sabtu, 18 April 2009. Bersedialah ngan 300 soalan dalam masa 1 jam....anda boleh? Jika boleh....anda mungkin boleh jadi cikgu....jika tidak...anda mungkin boleh blahhhhh hehehehe.....

Friday, April 10, 2009

Lu Fikirla Sendiri Labi...............

Semalam al-Perdana Menteri Najib menamakan 29 menteri dari 25 kementerian termasuk juga timbalan perdana menteri & timbalan menteri2 kabinet yang lain. Yang paling kecewa mungkin menantu mantan PM, KJ yg langsung tak tersenarai hatta sebagai timbalan menteri sekali pun. Sedangkan dia ni merupakan ketua sayap pergerakan Pemuda Ameno yg baru dipilih (camna dia menang korang jgn tanya KM). Patutnya dia terpilih juga seperti ketua2 sayap lain seperti wanita & puteri.

Di sini timbul persoalan awal, adakah PM Najib juga jenis yg kena tarik hidung? Jika di zaman Pak Lah, beliau sering dilabelkan sebagai PM yang suka menurut cakap & nasihat 'Budak2 Tingkat 4'. Bagaimana plak ngan Najib? Belum pun beberapa hari menjadi PM, dia dilihat telah mengikut telunjuk 'Seorang Tua Berhidung Besar'! Sesungguhnya ada sokongan or nasihat yg boleh membawa seseorg rebah...hati-hatilah.....

Ada pun mantan PM yang bernama Mahathir ini tak reti dok diam hatta walaupun dah 5-6 tahun telah pencen. Dia banyak beriaksi semacam Malaysia selagi dia hidup, semuanya kena dengar cakap dia. Patutnya orang begini kena menginsafi kesilapan2 lalu yang dia lakukan semasa pemerintahannya serta memberi nasihat2 yang baik kepada pemimpin2 masa kini.


Semalam juga mahkamah telah menjatuhkan hukuman mati kepada 2 tertuduh yang sabit kesalahan membunuh Altantuya Shariibbu wanita Mongolia. Kepelikan yang KM lihat daripada kes ini ialah:
# keluarga pesalah tampak relax & bersahaja je bila ditemuramah wartawan seperti ahli keluarga tu cam kena hukuman denda RM100 je. Pelik kan sebab selalunya ahli keluarga pesalah yg dihukum gantung ni, korang tahula cmna reaksinya bila hukuman begitu dijatuhkan.

# tentang soalan yg sering keluar daripada peguam pemerhati wanita malang itu, Mr. Kapal Singh iaitu APA motif atau sebab 2 orang ni pi bunuh Altantuya? sedangkan mereka tidak pernah ada hubungan dengan dia? Adakah sesaja suka2 bunuh & bom orang? Orang yg ada otak waras mungkin bleh fikir perkara ni.........so lu fikirla sendiri Labi.........hehehe...

Thursday, April 9, 2009

Setahun sudah berlalu..............

Tanggal 9 April, Calculatorbuta menyambut hari lahirnya yg pertama. Bermakna KM sudah menulis blog selama 1 tahun & sudah lebih 200 entry yg tersiar. Mungkin ada antara tulisan KM yg berfaedah pada anda semua atau mungkin juga ada yg bersifat ajaran sesat hehehe...Apa2 pun yg baik itu datang daripada Allah & yg buruk tu dari kelemahan diri KM sendiri.

Moga KM terus diberikan kekuatan untuk menulis di halaman ni. Sesungguhnya tanpa kekuatan yg Allah kurniakan, kita tiada daya untuk berbuat apa saja. Semoga korang juga terhibur dengan entry2 KM. Kalau korang rasa panas or hangin, sesungguhnya tulisan ini mujarab untuk anda hehehe....

* Pagi tadi The Red's kecundang 1-3 di tangan Chelsea & menyukarkan peluang untuk mara ke separauh akhir Liga Juara-Juara. Tapi bekas juara jarang mengalah, kita lawan di Stamford Bridge.......hehehehe...

Tuesday, April 7, 2009

Keputusan Pilihanraya Kecil Bkt Gantang, Bkt Selambau & Batang Ai- MALAYSIAKINI

Senang Kira, Pakatan MENANG 2-1 mengalahkan BN (Agregat 4-1). So, apa petandanya kepada NAJIB, PM baru Malaysia???

1) Bukit Gantang - PAS menang majoriti 2,789 (pada 2008, PAS menang majoriti 1,566)

Mohd Jamaluddin Nizar (PAS) 21,860

Ismail Saffian (BN-Umno) 19,071

Kamarul Ramizu Idris (Ind) 62


2) Bukit Selambau -

S. Manikumar (PKR) 12,632

S. Ganesan (BN) 10,229;

Majority - 2,403


3) Batang Ai - Calon BN menang mengatasi PKR dengan majoriti lebih 1,854 undi

Selamat Mengundi Kepada Pengundi Bukit Gantang, Bukit Selambau & Batang Ai....

Selepas 9 hari berkempen, kini tibalah masanya pengundi2 berdaftar di kawasan Bukit Gantang, Bukit Selambau & Batang Ai turun membuang undi menentukan calon yg mereka rasa sesuai untuk mewakili kepentingan & suara mereka di Parlimen atau pun di DUN.

Pusat mengundi akan dibuka seawal pukul 8 pagi ni & kepada pengundi yg layak dinasihatkan keluar awal memandangkan keadaan hujan lebat yg dijangka berlaku khususnya di Bukit Gantang & Bukit Selambau.

Keputusan penuh dijangka seawal 10 malam ni. Jika berkesempatan, KM akan membawakan anda keputusan2 tersebut. Kepada pengundi yg terbabit, selamat mengundi. Undi pakai akal & ilmu, jgn ikut hati & termakan gula-gula yg ditaburkan.......

Thursday, April 2, 2009

Orang Di Malaysia Makin Kuat Merogol?

Dewan Negara hari ini diberitahu bahawa kadar jenayah ROGOL di Malaysia pada tahun 2008 meningkat hampir 300% berbanding tahun 2007.Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Chor Chee Heung memberitahu bahawa terdapat 4959 kes rogol dilaporkan pd 2008 berbanding 1241 kes pada 2007.

Ini belum diambilkira jenayah lain lagi seperti bunuh, rompak, gangsterisme dsb. Semuanya meningkat di Malaysia dari tahun ke tahun. Di Malaysia dalam laporan yg KM baca bulan lalu memberitahu setiap hari seorang penduduk Malaysia dijangkiti HIV.

Sesungguhnya musibah yg menimpa negara ini datangnya drp perbuatan kita juga. Allah telah memberi amaran melalui Quran & rasulNya, sesungguhnya manusia itu apabila dia menolak hukum2 yg Allah turunkan pd manusia maka Allah akan cabut ketakutan dari hati2 manusia untuk melakukan kejahatan & kemusnahan......

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin