Monday, April 27, 2009

Virus Selsema Babi (A/H1N1) or Swine Flu Menyerang, Pilihanraya Kecil Penanti Serta Temuduga KPLI

Belum pun wabak Selsema Burung benar-benar berakhir di seluruh dunia, dunia dikejutkan serangan wabak Selsema Babi di Mexico minggu lalu yg mengorbankan lebih 86 orang. Pihak tentera dilaporkan telah menghantar 6 juta topeng muka surgikal untuk menghadapi wabak ini yg dipercayai telah menjangkiti 1,400 orang sejak 13 April lalu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mula memberi amaran supaya semua negara mengambil langkah berjaga2 berhubung penyebaran A/H1N1 Swine Flu atau virus Selsema Babi. Di US, kerajaan telah mula menyistiharkan kecemasan serta mengambil langkah mengesankan kehadiran wabak tersebut terutama melalui pintu2 masuk utama negara itu.

Kepada kita di Malaysia, walaupun jauh tapi bila wabak ni menyerang pastinya kesannya amat dashyat. KM takut...anda bagaimana????

* SPR menetapkan hari penamaan calon serta pembuangan undi untuk Pilihanraya Kecil Penanti pada 23 dan 31 Mei 2009.

* Manakala kepada yg menunggu keputusan MTest untuk temuduga KPLI ambilan Jun 2009, boleh menyemak mulai 29 April 2009 (tertakluk pada Kementerian Pelajaran).

5 comments:

Anonymous said...

dulu kami dok main2 sebut selsema babi..rupanya ada gak ye
selsema babi..
taktahu pasni ada selsema unta plak kot

armouris said...

lagi info tentang swine flu kat sini - FAQ on Swine Flu

mRs.aJaQue said...

huh...bek berjaga2..bhaya tuh..lg2 pngantin bru cm i nih...hehehehehhe..ad kaitan kew??

Dee said...

takuttttnyer...!!

alia said...

dolu selsema burung...molek sikit bvunyinya...la nie selsema bagi...isk...isk..isk...sunnguh tidak enak mendengarnya

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin