Friday, September 30, 2011

Golf Garden...bukannya nak pi main golf

KM just tertarik ja ngan projek umah ni tapi masih belum pergi buat pemerhatian kawasan lagi. Lokasinya berhampiran sebuah kelab golf di Jawi, Seberang Perai Selatan. Berdekatan dengan kawasan pentadbiran daerah tersebut. Juga tidak jauh daripada susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang.


Mungkin harga property di situ masih rendah berbanding Seberang Perai Tengah & Utara tapi untuk perancangan jangka sederhana segalanya mungkin dengan mengambil kira keterbatasan tanah negeri yang kecik ini. itu just penilaian kecil KM ja.


Walauapapun kena pi melawat kawasan dulu sebelum buat apa2 keputusan. Lagipun KM mencari lokasi landed dengan harga below RM100k ja...yang murah2 sudahla....nak apply kos rendah mungkin dah xlayak sebab masing2 dah ada rumah atas nama sendiri. Kalau bleh aku nak je sebat teres kos rendah below 50k....senang cerita.


Sambutan 60 tahun PAS ibarat sireh pulang ke gagang...

Seperti sireh pulang ke gagang....PAS akan menyambut ulangtahun ke-60 di tanah kelahiran parti itu di Pulau Pinang. Selepas UMNO diharamkan pada era 80-an bermakna PAS merupakan parti politik tertua selepas ditubuhkan di Dewan Bandaran Butterworth (sekarang Dewan Pemuda Merdeka) pada tahun 1951.


Sambutan 60 tahun penubuhan PAS akan berlangsung 2 hari mulai hari ini di Dewan Millineum, Kepala Batas. Sambutan ini akan jua mengenang para tokoh yg merencana, mengemudi serta membawa cabaran parti itu dalam medan politik parti itu sejak penubuhannya. Nama2 seperti Tn Hj Ahmad Fuad, Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Dr. Asri Muda, Tuan Guru Yusof Rawa, Ustaz Fadhil Mohd Noor dan termasuk pemimpin2 PAS semasa.


Tidak ketinggalan juga anda mungkin boleh mengetahui peranan tokoh2 yg pernah berada dalam PAS di awal penubuhannnya seperti ayahanda bekas Perdana Menteri, Haji Ahmad Badawi & nendanya, Tn Guru Hj Abdullah Fahim.


Banyak lagi sejarah yg anda boleh anda selidiki jika dpt meluangkan masa ke majlis sambutan tu. KM jika kelapangan akan ke sana juga memandangkan lokasi kurang 10km daripada rumah KM.

Thursday, September 29, 2011

Amazon: Kindle Fire untuk saingi iPad



Syarikat perniagaan online terbesar dunia, Amazon mula melancarkan tablet berwarnanya yang dipanggil Kindle Fire untuk cuba meraih sebahagian pasaran tablet yg ketika ini dikuasai oleh Apple melalui produk iPAd.

Kindle Fire ini bersaiz lebih kecil iaitu 7 inci ja iaitu sama saiz dgn Samsung Tab & berat lebih kurang 400gram++. Penerimaan & penghantaran data untuk Fire generasi awal ini akan melalui WIFI dan belum ada 3G lagi.

Yang menjadi kelebihannya mungkin dari segi harga. Di US, Fire ditawarkan minima pada US$199 berbanding iPad pada US$499.

Pembeli di US yg membuat tempahan dijangka akan mula mendapat unit mereka mulai 15 November akan datang. Di Malaysia tak tahula bila Fire akan mula dipasarkan.





Thursday, September 15, 2011

Semakan Keputusan Rayuan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2011/12 Bagi Lepasan STPM/Diploma

Kepada adik2 lepasan STPM/Diploma yg masih menunggu peluang untuk ke IPTA Awam sesi akademik 2011/12 boleh membuat semakan mulai harini di

Sistem semakan keputusan rayuan permohonan

kepada yg berjaya, tahniah diucapkan!!!

Wednesday, September 14, 2011

Duit Raya...apa yg boleh kita buat dengannya?

Nama saya Muhammad Adam Irfan....setiap kali raya, budak2 mesti akan dapat duit raya. Tak kirala byk atau sedikit, pasti dapat punya. Tahun ini, saya dapatla dalam seratus lebih duit raya. Dengan duit raya tu, abah saya (KM) belikan saya sebuah motor mainan sebab motor yg dulu telah tercabut handle sebab kakak saya (Budak Kacak) suka belasah naik walaupun dia dah besar.

Kali ini, abah saya dah warning kakak saya. Kalau dia belasah naik motor ini, abah saya akan tarik telinga dia.

Dengan motor ini, dapatlah saya bersiar2 di dalam rumah sahaja & acara bermain di jalan raya tidaklah dibenarkan sama sekali.

25 September ini, saya akan berusia 2 tahun. Saya berdoa2 supaya umi & abah saya dapat membeli hadiah motor yang pakai bateri plak sebab motor ni saya kena kayuh...susah sebab kaki tak sampai. Sekian, harap maklum.

GST after next general election....hehehe

Bercakap kepada pemberita kelmarin PM Najib memaklumkan Cukai Barang & Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan bila tiba waktu yang sesuai....

Bila waktu yang sesuai? Jawapannya ialah bila BN dah menang dah PRU ke-13 nanti hehehe......

Begitu juga cukai perkhidmatan prepaid 6% yg hanya ditangguhkan....after election tak mustahil akan dilaksanakan kembali.....

So, negara kaya, hasil macam2 tapi rakyat makin lama makin tersepit (pemimpin & kerabat2 tak plak susah) !!! fikir2kanlah....

Tuesday, September 13, 2011

Ratu Angola menang Miss Universe 2011




Miss Angola, Leila Lopes dinobatkan sebagai Miss Universe 2011 mengatasi 88 peserta yang lain termasuk Ratu Malaysia, Deborah Henry. Edisi kali ni dilangsung di San Paulo, Brazil.


Syarat penyertaan Miss Universe ni mesti berumur sekurang2nya 18 tahun & tidak melebihi 27 tahun. Mesti tidak pernah berkawin @ mempunyai anak hehehe......virgin or not, itu tak jadi syarat hehehe.......






Monday, September 12, 2011

Agihan Dividen Bank Persatuan 2010

Bank Persatuan Malaysia Berhad sebelum raya aritu mengumumkan agihan dividen untuk tahun 2010 kepada pemegang2 sahamnya sebanyak 6.5% sahaja. Rasanya itu antara agihan terendah bank koperasi tersebut kerana sebelum ni maintain sekitar 10%...


Agihan kebykan dana dijangka akan terus menurun berikut keadaan ekonomi yg semakin tidak menentu terutama krisis ekonomi yg melanda US & Eropah ketika ini.

Saturday, September 10, 2011

Sia2 ja sambut MERDEKA tiap2 tahun kalau kita tak pernah dijajah!!!

Berkatalah akan beberapa prof kangkung dalam satu wacana di Ipoh kelmarin bahawa Malaysia sebenarnya tidak pernah dijajah..just hanya dinaungi oleh Inggeris....Kalau begitulah kesimpulan mudahnya maka sia2lah rakyat kita ni setiap tahun sambut hari merdeka & melaung MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!!!






Buang masa & buang duit ja tiap2 tahun sambut MERDEKA sedangkan depa2 ni kata kita tak pernah dijajah & sia2 jugalah mereka yg dulu2nya berjuang menentang Inggeris sebelah mereka tak boleh dikatakan berjuang kemerdekaan....kah..kah...kah....gelak besaq aku arini!!! Pasni suruhla anak2 kita lempaq buang buku2 sejarah yg dipelajari di sekolah!!!

Thursday, September 8, 2011

Mat Sabu, Mat Indera, Komunis, Bukit Kepong.....Sejarah yang boleh dimanipulasi!!!

Sudah lebih 2 minggu isu ini berlarutan, daripada Ramadhan hinggalah dah lepas raya. Terkini, dah sampai hingga tahap ugutan nak simbah anak bininya dengan asid. Itulah yg dihadapi sekarang oleh Timbalan Presiden PAS, Hj Mohamad Bin Sabu @ Mat Sabu.


Dalam ceramah beliau di Pongsu Seribu, Pulau Pinang pada bulan puasa yg lalu, takde plak dia dia cakap dia sokong komunis tapi bila sebuah akhbar (yg aku pun melugai nak baca) mengulas & memanipulasi maka cerita sudah jadi lain.


Dalam hal ini, siapa Mat Indera? siapa penentang penjajah? siapa pejuang kemerdekaan? siapa talibarut Inggeris? Semua kita bleh jawab jika kita bersedia berbincang. UMNO tak perlu cepat melatah sangat dengan kenyataan Abg Mat Sabu tu kalau anda rasa andalah pejuang sebenar kemerdekaan hehehe......


Apa yang aku faham sekrg ialah SEJARAH boleh dimanipulasi dari pelbagai dimensi!!!!


* Arini juak2 yg mempersoalkan kenapa Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) membiayai bil hospital Mat Sabu sudah diam setelah PBAPP mengeluarkan kenyataan.....MAT SABU tu antara Ahli Lembaga Pengarah PBAPP & dia layak menuntut claim rawatan.....hehehe....(aku sendiri pun sebelum ni confuse sebelum ni kenapa PBAPP bayar claim ubat dia). Harap Reezal Merican bleh cari isu lain plak pasni kekekeke............


Syabas!! Pengguna prepaid menikmati kadar cukai perkhidmatan 6%!!

Berkuatkuasa 15 September ini, pengguna telco yg menggunakan perkhidmatan prepaid akan menikmati cukai perkhidmatan sebanyak 6% daripada kerajaan hehehe......samada anda tambah nilai prepaid atau membeli start up pack baru, anda akan dicaj cukai tersebut.


* kerajaan cakap nak cari jalan mengurangkan beban sara hidup tapi kerajaan sentiasa cari jalan nak bagi kos sara hidup jadi tinggi!!! Kes kenaikan bil Astro aritu pun senyap ja....walaupun pada awal menteri Rais Yatim cakap Astro takleh naikkan kadar bil tapi sekarang dah senyap....

Wednesday, September 7, 2011

SMDB Class 89-93: Meet again after 20 years........

Selepas 20 tahun tidak bertemu....Alhamdulilah...Syawal ini menemukan semula rakan2 & guru2 yang telah lama terpisah....terpisah antara jarak & masa....


Sebahagian guru & rakan2 sebelum acara bergambar....


DJ Dee & CO. yg bertungkus lumus memeriahkan suasana....


Banner acara........


antara guru yg awal datang...thanks cikgu



Tuesday, September 6, 2011

Besarnya buaya air masin ini........

Dengan panjang 21 kaki serta berat melebihi 1 tan, buaya air masin ini akhirnya berjaya ditangkap penduduk di sebuah pekan, Bunawan di Selatan Filipina setelah lebih 3 minggu memburu reptilia tersebut.


Buaya tersebut bukan sahaja membaham kerbau tetapi juga dipercayai membaham manusia. Buaya tersebut akan dijadikan tarikan untuk eco-pelancongan di kawasan tersebut.....

Saturday, September 3, 2011

Wartawan Malaysia ditembak di Somalia!!

Seorang jurugambar BERNAMA maut ditembak manakala seorg lagi cedera dalam satu insiden di bumi bergolak, Somalia kelmarin. Noramfaizul Mohd Nor yang dalam tugas memberi liputan terhadap misi bantuan Malaysia ke negara itu dilaporkan ditembak oleh tentera yg bernaung di bawah panji Kesatuan Afrika, AMICOM.

AMICOM dengan kekuatan lebih 9,000 anggota berada di sana atas nama peacekeeper tetapi lebih kepada tentera upahan Barat untuk menghalang kemaraan militia Islam, Al-Shabaab yg US & sekutunya labelkan sebagai militia pro Al-Qaeda....

Kepada yg terkorban, semoga Allah memberi balasan yg baik atas kebajikan yg telah dilakukan...semoga ahli keluarga yang terlibat juga bersabar atas dugaan Allah ini.....

* Nasib baik Datuk Azeez tak kena papa....tidak riuh satu kampung hehehe......


Kita raya di kampung...penyangak beraya di umah kita!!

Bila raya org balik kampung, nak berseronok dengan sedara mara & sahabat handai.

Tapi bila pulang dari kampung, umah plak kena kopak..hampeh betui!!

Itulah yg terjadi pada jiran KM yg umahnya dimasuki pencuri bila dia balik ke kampung beraya.

Bila ini terjadi dalam kejiranan kita maka kita rasa tak selamat & bimbang nak meninggalkan umah dalam tempoh yg lama....

So, be carefully... jadilah jiran yg prihatin pada kejiranan anda...


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin