Friday, September 30, 2011

Sambutan 60 tahun PAS ibarat sireh pulang ke gagang...

Seperti sireh pulang ke gagang....PAS akan menyambut ulangtahun ke-60 di tanah kelahiran parti itu di Pulau Pinang. Selepas UMNO diharamkan pada era 80-an bermakna PAS merupakan parti politik tertua selepas ditubuhkan di Dewan Bandaran Butterworth (sekarang Dewan Pemuda Merdeka) pada tahun 1951.


Sambutan 60 tahun penubuhan PAS akan berlangsung 2 hari mulai hari ini di Dewan Millineum, Kepala Batas. Sambutan ini akan jua mengenang para tokoh yg merencana, mengemudi serta membawa cabaran parti itu dalam medan politik parti itu sejak penubuhannya. Nama2 seperti Tn Hj Ahmad Fuad, Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Dr. Asri Muda, Tuan Guru Yusof Rawa, Ustaz Fadhil Mohd Noor dan termasuk pemimpin2 PAS semasa.


Tidak ketinggalan juga anda mungkin boleh mengetahui peranan tokoh2 yg pernah berada dalam PAS di awal penubuhannnya seperti ayahanda bekas Perdana Menteri, Haji Ahmad Badawi & nendanya, Tn Guru Hj Abdullah Fahim.


Banyak lagi sejarah yg anda boleh anda selidiki jika dpt meluangkan masa ke majlis sambutan tu. KM jika kelapangan akan ke sana juga memandangkan lokasi kurang 10km daripada rumah KM.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin