Syarikat perniagaan online terbesar dunia, Amazon mula melancarkan tablet berwarnanya yang dipanggil Kindle Fire untuk cuba meraih sebahagian pasaran tablet yg ketika ini dikuasai oleh Apple melalui produk iPAd.
Kindle Fire ini bersaiz lebih kecil iaitu 7 inci ja iaitu sama saiz dgn Samsung Tab & berat lebih kurang 400gram++. Penerimaan & penghantaran data untuk Fire generasi awal ini akan melalui WIFI dan belum ada 3G lagi.
Yang menjadi kelebihannya mungkin dari segi harga. Di US, Fire ditawarkan minima pada US$199 berbanding iPad pada US$499.
Pembeli di US yg membuat tempahan dijangka akan mula mendapat unit mereka mulai 15 November akan datang. Di Malaysia tak tahula bila Fire akan mula dipasarkan.
No comments:
Post a Comment