Friday, February 3, 2012

Scuderia Ferrari lancarkan jentera F1 2012

Selepas terpaksa membatalkan pelancaran model jentera lumbanya di Maranello ekoran masalah salji tebal yg melanda beberapa kawasan di Eropah, Scuderia Ferrari akhirnya melancarkan pengenalan jentera lumbanya F1 untuk musim 2012 melalui atas talian hari ini.

Ferrari yang dianggap pasukan paling glamor & berprestij dalam dunia perlumbaan F1 akan tertekan dengan prestasi mereka untuk beberapa musim yg lalu. Kali terakhir pemandu jentera Ferrari menjuarai kategori pelumba ialah 2007 melalui Kimi Raikkonen yang turut membantu mereka menjuarai kategori pengeluar.

Jentera tahun ini dinamakan F2012 & disifatkan Ferrari sebagai jentera yang mampu manamatkan kemarau kejuaraan mereka. Apapun kita nantikan pembuka tirai F1 nanti di Australian pada 18 Mac nanti. Mampukah mereka mencabar juara bertahan dari Red Bull Racing atau musim utama mereka, McLaren...
* KM meminati team Ferrari sejak awal era 90-an lagi dengan driver mereka seperti Alain Frost, Jean Alesi, Gerhard Berger hingga Schumacher membantu mereka mendominasi kejuaraan.....

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin