
Friday, July 10, 2009
CHE DET....che det....

Thursday, July 9, 2009
Kerja Kosong/ Vacancy !!!

Sekarang ekonomi Malaysia & dunia, lembab, suram & masih dibelenggu kesangsian bila sebenarnya ia akan pulih. Ramai orang takde kerja. Ramai yang kena berhenti kerja. Ramai jugak yg kerja makin xstabil. Kepada kawan-kawan yang mencari kerja sesuai, blehla cuba dilink2 berikut:
i) Universiti Sains Malaysia -tarikh tutp 19 Julai rasanya....
ii) JobMalaysia.gov.my -kerja kosong ngan RISDA, MATRADE, JKR dsbnya....
iii) Majlis Perbandaran P.Pinang -tarikh tutup 21 Julai...
korang cubala ye kalau minat...mana tau ada rezeki kt situ......
Wednesday, July 8, 2009
Math & Sains Kembali Ke Bahasa Malaysia! Apa pandangan anda?
Tentu perubahan polisi ini akan menimbulkan pelbagai reaksi dari semua golongan masyarakat. Anda bagaimana????
* KM teringat kwn-kwn di Jerman yg terpaksa buat persediaan bahasa Jerman sebelum further study di sana.....KM sekolah atap je huhuhu...........
Man U Beli 9 Bintang Ternama Dunia? Siapa?

Secara keseluruhan, kelab2 Inggeris belum lagi benar2 menabur duit mereka utk membeli pemain2 yg menjadi intaian ramai. Hanya Real Madrid ja tampak bernafsu utk mengulangi zaman Galacticos mereka dgn membawa masuk pemain2 termahal di dunia. Mereka berjaya memikat Christiano Ronaldo & Karem Benzema dr Lyon utk menyertai bintang2 mereka. Kemungkinan besar juga mereka akan mendapatkan Frank Ribery.
Liverpool sehingga kini belum ada major transfer. Benitez hanya baru meletakkan bidaan ke atas pemain2 bawah umur. Mungkin Benitez ingin membuat pembelian terakhir utk mengelakkan pemain sasarannya dirampas kelab2 yang lebih transfer money-nya. Suka atau tidak, Liverpool berkemungkinan akan kehilangan Xabi Alonso & Xavier Mascerano yg menjadi buruan Madrid & Barcelona.
Musuh tradisi Liverpool, Man U juga belum mebuat kejutan dlm pepindahan pemain. Mereka kehilangan Ronaldo, kemudian Sir Alex mendapatkan bekas sensasi The Red's, Micheal Owen yang beberapa musim lebih banyak memanaskan bangku simpanan kerana kecederaan. KM pernah mengagumi Owen sejak dia bermain di peringkat bawah umur lagi. Dia hampir menjadi idola sepanjang zaman Liverpool namun pemergian dia ke MAdrid mungkin telah memadam semua kenangan itu.
Dalam pertembungan di Eropah musim depan mungkin lebih hebat. The Galacticos Real Madrid mempertaruhkan pemain2 terbaik dunia untuk mengharungi kancah Liga Juara-Juara. Kepada semua peminat bolasepak Inggeris & Eropah, stay tune...........Bolasepak Malaysia? Itu biar Raja Bola yg tentukan...........Siapa Raja Bola? Anda sendiri cari.........hehehehe.......
* Kepada peminat Man U & liverpool, jangan lupa siri Jelajah Asia kedua-dua pasukan ni di Malaysia, Singapore & Thailand.
Tuesday, July 7, 2009
Buah..buah..mai..mai...
Bagi yg ada kebun, hasil yg ada mungkin melebihi keperluan. Mungkin ramai yg jadi tokei segera. Bagi yg takda, tak perlu risau. Banyak yg bleh beli kat pasar. Janji duit mau ada. Penawaran buah-buahan tahun makin byk ekoran kemasukan buah-buahan import terutama daripada Thailand.
Musim buah-buahan ni, ramaila ahli keluarga yg jumpa jalan balik ke kampung. Kalau dulu time raya je nampak muka tp sekarang ujung minggu dh tersenyum sipu. Kalau boleh jgnla begitu. Jangan semata2 ada habuan baru nak menjenguk keluarga di kampung. Eratkan silaturrahim itu takpa mengira masa.
Time gini, ramai la yang jatuh sakit akibat terlebih makan. Demamla, tekanan darah naikla, diabetes pun naik. Pendek kata, doktor pun tersenyumla juga time gini. Masyuk..masyuk...Thursday, July 2, 2009
Belajar dengan kemampuan...belajar selagi mampu.....
Dulu setahun lebih di Tabika Perpaduan, kerjanya main..main..main. Homework semua tak mau buat. Sekarang kerja sekolah semua siap tanpa dipaksa. Mengeja pun sudah pandai. Kata org, so far so good hehehe....KM tak pernah push dia belajar sangat sebab takmau dia suatu masa mencapai tahap kebosanan sebab kita kan manusia bukan robot. Tp Mem mungkin banyak tolong mengajar dia. Pendek kata....dia yg byk inisiatif mengajar Batrisya selain di sekolah.
Kesedaran ibu bapa sekarang, bimbang takut anak ketinggalan bila menempuh alam persekolahan sebenar Darjah 1 nanti. Zaman sekarang xsama ngan era KM di tahun 80-an dulu. Dulu2 budak2 umur 5-6 tahun, rata-rata berlari sana sini lagik. Ada beberapa kerat je nak start gi tadika pada usia tu. KM sendiri tak penah gi tadika. Dengar crita kawan-kawan ja.
Sekarang sejak baby lagik mak-bapak dah mula nk cari pendidikan utk anak2. Memang betul pun pendidikan itu sepatutnya bermula sejak bercantumnya benih di alam rahim lagik. Semuanya terpulang pada kita. Bagaimana kita bermula & bagaimana plak kaedah2nya. Pada KM, kita penah merasai zaman & emosi menjadi kanak2. Maka berikan peluang itu kepada mereka juga. Jgn terlalu strict tp terokai kemampuan minda mereka. Bukan semua manusia ditakdirkan lahir utk menjadi pandai. Kerana terdapat kes2 ibu bapa terlalu mendesak anak2 belajar tapi kemampuan mereka terbatas. Ada juga kecenderungan anak2 berbeza2 ngan kehendak ibu bapa.
Wednesday, July 1, 2009
Michael Jackson: Antara Hakikat & Kenyataan
Lelaki yg dilahirkan sebagai Negro-America ini telah mentransform dirinya menjadi seorang berkulit putih (bukan jd Transformer ya). Dia telah membuat pelbagai ubahsuai pada dirinya utk kelangsungan, kehebatan diri di atas muka bumi Allah ini. Namun, di usia 51 tahun dia mati jua (tak sempat dia nk merasa duit simpanan EPF).
Berita kematian Jacko ini bukan saja panas di Amerika tp di Malaysia juga heboh. Ada juga memperingatinya seakan-akan org Barat memperingati idola-idola mereka. Ada rangkaian stesen radio yg berulang kali memainkan lagu Jacko. Pendek kata, mereka memperingati Jacko mengalahkan pemergian ulama yg berjasa memimpin umat. Sebagai contoh, amat sikit sekali org memperingati pemergian ulama tersohor Lubnan, Al-marhum Ustaz Fathi Yakan yg meninggal dunia 13 Jun lepas yg byk menulis kupasan ilmu yg bermanfaat pada ummah. Antara tulisan beliau yang terkenal ialah, Apa Ertinya Saya Menganut Islam.
* Moralnya pada manusia yg masih hidup, kematian itu pasti. Takdir kematian itu tidak akan tercepat atau terlambat walaupun sesaat. Kuasa manusia sesungguhnya tidak mampu menahan kematian.
* Michael Jackson mengingatkan KM pada kehebatan tarian break dancenya di era 80-an. Ketika itu aku masih kanak2 lagi......