Wednesday, July 8, 2009

Man U Beli 9 Bintang Ternama Dunia? Siapa?

Tajuk dia tak hingat hehehe..........Tirai Liga Inggeris 2009/2010 akan membuka tirainya 9 Ogos ini dengan perlawanan pembuka tirai Perisai Komuniti antara Man U ngan Chelsea. Seminggu kemudian semua pasukan akan berentap pada perlawanan sulung musim. Ketika ini semua peminat pasukan berharap pasukan mereka dapat memikat pemain terbaik utk menggalas cabaran musim depan.



Secara keseluruhan, kelab2 Inggeris belum lagi benar2 menabur duit mereka utk membeli pemain2 yg menjadi intaian ramai. Hanya Real Madrid ja tampak bernafsu utk mengulangi zaman Galacticos mereka dgn membawa masuk pemain2 termahal di dunia. Mereka berjaya memikat Christiano Ronaldo & Karem Benzema dr Lyon utk menyertai bintang2 mereka. Kemungkinan besar juga mereka akan mendapatkan Frank Ribery.

Liverpool sehingga kini belum ada major transfer. Benitez hanya baru meletakkan bidaan ke atas pemain2 bawah umur. Mungkin Benitez ingin membuat pembelian terakhir utk mengelakkan pemain sasarannya dirampas kelab2 yang lebih transfer money-nya. Suka atau tidak, Liverpool berkemungkinan akan kehilangan Xabi Alonso & Xavier Mascerano yg menjadi buruan Madrid & Barcelona.


Musuh tradisi Liverpool, Man U juga belum mebuat kejutan dlm pepindahan pemain. Mereka kehilangan Ronaldo, kemudian Sir Alex mendapatkan bekas sensasi The Red's, Micheal Owen yang beberapa musim lebih banyak memanaskan bangku simpanan kerana kecederaan. KM pernah mengagumi Owen sejak dia bermain di peringkat bawah umur lagi. Dia hampir menjadi idola sepanjang zaman Liverpool namun pemergian dia ke MAdrid mungkin telah memadam semua kenangan itu.



Dalam pertembungan di Eropah musim depan mungkin lebih hebat. The Galacticos Real Madrid mempertaruhkan pemain2 terbaik dunia untuk mengharungi kancah Liga Juara-Juara. Kepada semua peminat bolasepak Inggeris & Eropah, stay tune...........Bolasepak Malaysia? Itu biar Raja Bola yg tentukan...........Siapa Raja Bola? Anda sendiri cari.........hehehehe.......

* Kepada peminat Man U & liverpool, jangan lupa siri Jelajah Asia kedua-dua pasukan ni di Malaysia, Singapore & Thailand.

2 comments:

Sofira said...

salam ziarah.

Dee said...

lagi2 bola..bg mkn bola siang mlm pg petang baru tau..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin