Friday, July 10, 2009

CHE DET....che det....


Apabila kerajaan mengumumkan pemansuhan beransur2 PPSMI mulai 2012, orang yg paling kecewa tentunya orang yg mengasaskannya. Tidak lain dan tidak bukan, org yg dimaksudkan ialah, Tun Dr. Mahathir Mohamad aka Che Det.
Dia yang selalunya akan mengeluarkan kata2 sindiran bg setiap satu isu yg dia xpuashati, tidak ketinggalan utk mengulas perubahan dasar kerajaan itu di blog beliau. Untuk menambahkan lagi kenyataan bahawa ramai yg menentang pemansuhan PPSMI itu, blog beliau turut mewujudkan poll berhubung perkara berkenaan. Jika anda lihat result poll tu sehingga kol 11, hampir 80% menentang pemansuhan itu.
Tapi ada yg mungkin ada xperasaan kalau anda xuji poll itu. Awal2 pagi tadi, kwn KM dr Terengganu maklum bhw poll tu penipu besar. Sekali anda undi Yes utk sokong pemansuhan itu, 4 atau 5 undi untuk No meningkat. Mulanya, KM tak percaya sgt cerita kwn tu. Tapi bila KM try memang sungguh poll tu PENIPU!!!!!!!!!!!!!!!!! No wonderla resultnya majoriti besar menolak pemansuhan PPSMI...........
KM berharap semoga sesiapa yg banyak membuat angkara durjana semasa hidup terutamanya pemimpin, supaya bertaubatla............Jgn terus menipu sesungguh bukan semuanya rakyat bleh diperbodohkan..........AKU BUKAN BODOH!!!!!!

Thursday, July 9, 2009

Kerja Kosong/ Vacancy !!!


Gambar di atas tidaklah berkenaan ngan tajuk & maklumat yg hendak disampaikan hehehe....

Sekarang ekonomi Malaysia & dunia, lembab, suram & masih dibelenggu kesangsian bila sebenarnya ia akan pulih. Ramai orang takde kerja. Ramai yang kena berhenti kerja. Ramai jugak yg kerja makin xstabil. Kepada kawan-kawan yang mencari kerja sesuai, blehla cuba dilink2 berikut:

i) Universiti Sains Malaysia -tarikh tutp 19 Julai rasanya....

ii) JobMalaysia.gov.my -kerja kosong ngan RISDA, MATRADE, JKR dsbnya....

iii) Majlis Perbandaran P.Pinang -tarikh tutup 21 Julai...

korang cubala ye kalau minat...mana tau ada rezeki kt situ......

Wednesday, July 8, 2009

Math & Sains Kembali Ke Bahasa Malaysia! Apa pandangan anda?

Kabinet hari ini memutuskan pengajaran Matematik & Sains kembali ke Bahasa Malaysia mulai 2010. Maknanya PPSMI akan dimansuhkan memandangkan pelaksaannya menyebabkan jurang yg makin melebarkan antara pelajar bandar & luar bandar.

Tentu perubahan polisi ini akan menimbulkan pelbagai reaksi dari semua golongan masyarakat. Anda bagaimana????

* KM teringat kwn-kwn di Jerman yg terpaksa buat persediaan bahasa Jerman sebelum further study di sana.....KM sekolah atap je huhuhu...........

Man U Beli 9 Bintang Ternama Dunia? Siapa?

Tajuk dia tak hingat hehehe..........Tirai Liga Inggeris 2009/2010 akan membuka tirainya 9 Ogos ini dengan perlawanan pembuka tirai Perisai Komuniti antara Man U ngan Chelsea. Seminggu kemudian semua pasukan akan berentap pada perlawanan sulung musim. Ketika ini semua peminat pasukan berharap pasukan mereka dapat memikat pemain terbaik utk menggalas cabaran musim depan.



Secara keseluruhan, kelab2 Inggeris belum lagi benar2 menabur duit mereka utk membeli pemain2 yg menjadi intaian ramai. Hanya Real Madrid ja tampak bernafsu utk mengulangi zaman Galacticos mereka dgn membawa masuk pemain2 termahal di dunia. Mereka berjaya memikat Christiano Ronaldo & Karem Benzema dr Lyon utk menyertai bintang2 mereka. Kemungkinan besar juga mereka akan mendapatkan Frank Ribery.

Liverpool sehingga kini belum ada major transfer. Benitez hanya baru meletakkan bidaan ke atas pemain2 bawah umur. Mungkin Benitez ingin membuat pembelian terakhir utk mengelakkan pemain sasarannya dirampas kelab2 yang lebih transfer money-nya. Suka atau tidak, Liverpool berkemungkinan akan kehilangan Xabi Alonso & Xavier Mascerano yg menjadi buruan Madrid & Barcelona.


Musuh tradisi Liverpool, Man U juga belum mebuat kejutan dlm pepindahan pemain. Mereka kehilangan Ronaldo, kemudian Sir Alex mendapatkan bekas sensasi The Red's, Micheal Owen yang beberapa musim lebih banyak memanaskan bangku simpanan kerana kecederaan. KM pernah mengagumi Owen sejak dia bermain di peringkat bawah umur lagi. Dia hampir menjadi idola sepanjang zaman Liverpool namun pemergian dia ke MAdrid mungkin telah memadam semua kenangan itu.



Dalam pertembungan di Eropah musim depan mungkin lebih hebat. The Galacticos Real Madrid mempertaruhkan pemain2 terbaik dunia untuk mengharungi kancah Liga Juara-Juara. Kepada semua peminat bolasepak Inggeris & Eropah, stay tune...........Bolasepak Malaysia? Itu biar Raja Bola yg tentukan...........Siapa Raja Bola? Anda sendiri cari.........hehehehe.......

* Kepada peminat Man U & liverpool, jangan lupa siri Jelajah Asia kedua-dua pasukan ni di Malaysia, Singapore & Thailand.

Tuesday, July 7, 2009

Buah..buah..mai..mai...

Tahun ni, musim buah alhamdulilah, byk sekali hasil yg Allah kurniakan pada manusia. Di tepi2 jalan, di pasar2, di pasar malam byk sekali orang meniaga buah-buahan. Durian, rambutan, manggis, langsat antara yg paling byk mengambil tempat.


Bagi yg ada kebun, hasil yg ada mungkin melebihi keperluan. Mungkin ramai yg jadi tokei segera. Bagi yg takda, tak perlu risau. Banyak yg bleh beli kat pasar. Janji duit mau ada. Penawaran buah-buahan tahun makin byk ekoran kemasukan buah-buahan import terutama daripada Thailand.


Musim buah-buahan ni, ramaila ahli keluarga yg jumpa jalan balik ke kampung. Kalau dulu time raya je nampak muka tp sekarang ujung minggu dh tersenyum sipu. Kalau boleh jgnla begitu. Jangan semata2 ada habuan baru nak menjenguk keluarga di kampung. Eratkan silaturrahim itu takpa mengira masa.


Time gini, ramai la yang jatuh sakit akibat terlebih makan. Demamla, tekanan darah naikla, diabetes pun naik. Pendek kata, doktor pun tersenyumla juga time gini. Masyuk..masyuk...

Thursday, July 2, 2009

Belajar dengan kemampuan...belajar selagi mampu.....

Lama tidak bercerita tentang budak ini. Usianya akan menjangkau 5 tahun bulan Disember ini & insyallah bulan Oktober, dia akan memegang tanggungjawab sebagai kakak. Nur Batrisya @ Budak Kacak ketika sedang menuntut ilmu di Pra-Sekolah, sekolah kebangsaan biasa. Perkembangannya sangat bagus sejak bertukar drp Tabika Perpaduan ke Pra-Sekolah.

Dulu setahun lebih di Tabika Perpaduan, kerjanya main..main..main. Homework semua tak mau buat. Sekarang kerja sekolah semua siap tanpa dipaksa. Mengeja pun sudah pandai. Kata org, so far so good hehehe....KM tak pernah push dia belajar sangat sebab takmau dia suatu masa mencapai tahap kebosanan sebab kita kan manusia bukan robot. Tp Mem mungkin banyak tolong mengajar dia. Pendek kata....dia yg byk inisiatif mengajar Batrisya selain di sekolah.

Kesedaran ibu bapa sekarang, bimbang takut anak ketinggalan bila menempuh alam persekolahan sebenar Darjah 1 nanti. Zaman sekarang xsama ngan era KM di tahun 80-an dulu. Dulu2 budak2 umur 5-6 tahun, rata-rata berlari sana sini lagik. Ada beberapa kerat je nak start gi tadika pada usia tu. KM sendiri tak penah gi tadika. Dengar crita kawan-kawan ja.

Sekarang sejak baby lagik mak-bapak dah mula nk cari pendidikan utk anak2. Memang betul pun pendidikan itu sepatutnya bermula sejak bercantumnya benih di alam rahim lagik. Semuanya terpulang pada kita. Bagaimana kita bermula & bagaimana plak kaedah2nya. Pada KM, kita penah merasai zaman & emosi menjadi kanak2. Maka berikan peluang itu kepada mereka juga. Jgn terlalu strict tp terokai kemampuan minda mereka. Bukan semua manusia ditakdirkan lahir utk menjadi pandai. Kerana terdapat kes2 ibu bapa terlalu mendesak anak2 belajar tapi kemampuan mereka terbatas. Ada juga kecenderungan anak2 berbeza2 ngan kehendak ibu bapa.

Wednesday, July 1, 2009

Michael Jackson: Antara Hakikat & Kenyataan

Jika penduduk dunia sekarang tengah kalut dengan penularan wabak Selsema Babi, Khamis lalu mereka lebih kalut dengan berita kematian Raja Pop dunia, Michael Jackson @ Jacko. Pelbagai perasaan timbul ngan kematian icon pop dunia ini. Ramai yg sedih, rata-rata tempat org bercerita tentang lagenda & hebatnya Micheal Jackson termasukla pembaca2 blog ini. KM taula hehehehe...


Lelaki yg dilahirkan sebagai Negro-America ini telah mentransform dirinya menjadi seorang berkulit putih (bukan jd Transformer ya). Dia telah membuat pelbagai ubahsuai pada dirinya utk kelangsungan, kehebatan diri di atas muka bumi Allah ini. Namun, di usia 51 tahun dia mati jua (tak sempat dia nk merasa duit simpanan EPF).


Berita kematian Jacko ini bukan saja panas di Amerika tp di Malaysia juga heboh. Ada juga memperingatinya seakan-akan org Barat memperingati idola-idola mereka. Ada rangkaian stesen radio yg berulang kali memainkan lagu Jacko. Pendek kata, mereka memperingati Jacko mengalahkan pemergian ulama yg berjasa memimpin umat. Sebagai contoh, amat sikit sekali org memperingati pemergian ulama tersohor Lubnan, Al-marhum Ustaz Fathi Yakan yg meninggal dunia 13 Jun lepas yg byk menulis kupasan ilmu yg bermanfaat pada ummah. Antara tulisan beliau yang terkenal ialah, Apa Ertinya Saya Menganut Islam.

* Moralnya pada manusia yg masih hidup, kematian itu pasti. Takdir kematian itu tidak akan tercepat atau terlambat walaupun sesaat. Kuasa manusia sesungguhnya tidak mampu menahan kematian.

* Michael Jackson mengingatkan KM pada kehebatan tarian break dancenya di era 80-an. Ketika itu aku masih kanak2 lagi......

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin