Friday, April 10, 2009

Lu Fikirla Sendiri Labi...............

Semalam al-Perdana Menteri Najib menamakan 29 menteri dari 25 kementerian termasuk juga timbalan perdana menteri & timbalan menteri2 kabinet yang lain. Yang paling kecewa mungkin menantu mantan PM, KJ yg langsung tak tersenarai hatta sebagai timbalan menteri sekali pun. Sedangkan dia ni merupakan ketua sayap pergerakan Pemuda Ameno yg baru dipilih (camna dia menang korang jgn tanya KM). Patutnya dia terpilih juga seperti ketua2 sayap lain seperti wanita & puteri.

Di sini timbul persoalan awal, adakah PM Najib juga jenis yg kena tarik hidung? Jika di zaman Pak Lah, beliau sering dilabelkan sebagai PM yang suka menurut cakap & nasihat 'Budak2 Tingkat 4'. Bagaimana plak ngan Najib? Belum pun beberapa hari menjadi PM, dia dilihat telah mengikut telunjuk 'Seorang Tua Berhidung Besar'! Sesungguhnya ada sokongan or nasihat yg boleh membawa seseorg rebah...hati-hatilah.....

Ada pun mantan PM yang bernama Mahathir ini tak reti dok diam hatta walaupun dah 5-6 tahun telah pencen. Dia banyak beriaksi semacam Malaysia selagi dia hidup, semuanya kena dengar cakap dia. Patutnya orang begini kena menginsafi kesilapan2 lalu yang dia lakukan semasa pemerintahannya serta memberi nasihat2 yang baik kepada pemimpin2 masa kini.


Semalam juga mahkamah telah menjatuhkan hukuman mati kepada 2 tertuduh yang sabit kesalahan membunuh Altantuya Shariibbu wanita Mongolia. Kepelikan yang KM lihat daripada kes ini ialah:
# keluarga pesalah tampak relax & bersahaja je bila ditemuramah wartawan seperti ahli keluarga tu cam kena hukuman denda RM100 je. Pelik kan sebab selalunya ahli keluarga pesalah yg dihukum gantung ni, korang tahula cmna reaksinya bila hukuman begitu dijatuhkan.

# tentang soalan yg sering keluar daripada peguam pemerhati wanita malang itu, Mr. Kapal Singh iaitu APA motif atau sebab 2 orang ni pi bunuh Altantuya? sedangkan mereka tidak pernah ada hubungan dengan dia? Adakah sesaja suka2 bunuh & bom orang? Orang yg ada otak waras mungkin bleh fikir perkara ni.........so lu fikirla sendiri Labi.........hehehe...

7 comments:

kakpiah said...

rakyat mesia sedang menyaksikan program realiti raja lawak yang sebenar..

Nabil pon tak mampu nak buat lawak seklakar nih :D

Dee said...

kehkehkeh..lawak2..lawak paling power ini tahun..

.::WaNiE::. said...

huhu anggap jek itu pesalah saja2 nak test pistol ngn nak test bom tu betul boleh meletup ke tak :p

kata mereka rakyat skrg tidak bodoh, rakyat sudah pandai menilai..jadi suruh dorg pikir balik la rakyat bukan senang sgt kene tipu..lg2 yg dah terang lagi bersuluh mcm kes altantuya ni ha:P xkan laaa tetiba jek org tu nak bunuh sesuka hati..

Neeza Shahril said...

wonder gak.. baru naik jadi PM.. terus hukum mati.. dan kenapa serta kenapa muka diorang tu tutup kan?? mungkin ada udang dalam meeeeee... ;)

Unknown said...

lu pikir sendiri la labuuu.... asal jgn tambah fitnah sudahh... kalau jadi cam tu.... lu tanggung sendiri la labuuu... hehehe

Kak Lia said...

Hidop Nabil...!!!!!!!!...

Eeh..tebabas plak....

Kite letih arr..nk nonton rancangan lawak antarabangse ni...baik tgk Tom & Jerry...

Ruby said...

Sekurang-kurangnya najib dgr ckp yg yg lebih tua, lebih byk pengalaman. Banding dgn pak lah, dgr ckp bdk hingusan.
Tapi rasanya kalau Najib buat benda bodoh dgn alasan2 yg bodoh (seperti apa yg pak lah pernah buat), mesti kena hentam dgn mahathir jugak.
Mahathir tu mcm juri dlm tv tu la. Dia boleh komen, kritik, tapi keputusan ttp 100% pd pengundi sms.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin