Monday, December 20, 2010

Konsert Gemuruh DT Seberang Jaya 18 Disember 2010...........


Seperti yang dijanjikan, Konsert Gemuruh DT Search & Wings mengambil tempat di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang 18 Disember 2010, Sabtu lalu. KM selaku pemegang 2 tiket percuma turut serta menyaksikan konsert tersebut. Rasanya dianggarkan antara 2-3 ribu otai2 rock yang hadir malam tu termasuklah abg2 & kakak2 yang dah veteran.

KM yang tak otai, hadir malam tu bawak sapa lagi kalau bukan buah hati KM, Mem....Budak2 tinggal kat pengasuh (sporting pengasuh anak KM tu hehehe). Lagu2 yang dipersembahkan mengenang kembali zaman2 muda kami berdua (sekarang pun takla tua pun hehehe...........) KM sempat record beberapa klip sepanjang konsert berlangsung tp kualiti rakaman sangatlah menghampakan hehehe.........sebab sound system kuat sangat....

Anyway, secara keseluruhannya konsert memang tak menghampakan dari segi susunan muzik, kesan bunyi & lampu & yang paling penting, Search & Wings masih mampu mengekalkan kehebatan & keotaian mereka selaku kumpulan rock tersohor di negara ini......Dari 5 bintang, KM bagi 4.5 utk konsert malam tu........

* Thanks Nuffnang yang sudi bagi KM 2 tiket tu................Video takleh load plak, internet lembab hehehe.......esokla gua upload beb!!

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin