Selepas ramai yg menunggu2 selepas diumumkan dalam perbentangan Bajet 2011 tahun lalu, akhir Skim Rumah PertamaKu dilancarkan semalam. Antara main point skim ini ialah:
1) Individu khususnya golongan muda yang berpendapatan bawah RM3,000 layak membeli rumah pertama dengan pembiayaan sehingga 100% berbanding pembiayaan ketika ini sehingga 90% dari nilai harga rumah. Yang dah ada rumah tak layak!!
2) Pembeli akan layak memohon utk pembelian harga rumah antara RM100k hingga RM220k dengan tempoh pembayaran balik sehingga 30 tahun.
3) Untuk pembelian rumah siap atau dalam pembinaan. Subsale @ belian dari tangan org mungkin tak kira kot.
4) Bagi pekerja swasta mesti sekurang2nya telah 6 bulan disahkan jawatan. Bagi yang bekerja sendiri tidak layak memohon tapi permohonan bersama dibenarkan dengan kedua2nya bekerja di sektor swasta & merupakan ahli keluarga seperti suami isteri atau adik-beradik.
5) Bayaran balik bulanan mestilah tidak lebih 1/3 drp pendapatan kasar pemohon tetapi boleh sehingga 50% jika ada sumber2 kredit lain yang layak dengan syarat2 bank.
6) Kerajaan melalui Cagamas Berhad akan menyediakan baki 10% terhadap harga rumah tersebut dengan kadar faedah yang biasa dikenakan....
7) Skim ini tidak boleh untuk tujuan refinance rumah......
Itulah serba-sikit maklumat yang bleh KM kongsi ngan anda.....Tak faham pi tanya bank sendiri sebab 25 institusi kewangan & bank mengambil bahagian dalam skim ini......