Tuesday, July 3, 2012

Malaysia 1 Myanmar 2...Harimau Muda pulang hampa!!

Kekalahan 1-2 ke atas tuan rumah, Myanmar menyaksikan Malaysia terlepas peluang untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia Bawah-22. Kegagalan ini memang memeritkan serta menghampakan harapan penyokong & peminat yg menaruh harapan tinggi terhadap skuad kendalian Ong Kim Swee.

KM pun tak pasti apakah ramuan atau rancangan yang perlu dilakukan lagi sekiranya dengan pasukan Asia Tenggara seperti Myanmar pun tak mampu kita tundukkan. Pendedahan demi pendedahan sehingga ke luar negara tapi kita masih gagal. Yang pasti kita telah terlepas peluang untuk beraksi di satu pertandingan kompetatif yang lebih baik daripada persaingan Piala AFF.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin