Monday, July 2, 2012

Malaysia vs Myanmar...Harimau Muda perlu menang!!

Kisah EURO 2012 sudah pun melabuhkan tirai. Walaupun kecewa dengan perlawanan akhir awal pagi tadi yg berat sebelah selepas Italy bermain 10 pemain tapi hakikatnya Sepanyol telah dinobatkan selaku juara 2 edisi berturut-turut.

Tumpuan sekarang terarah kepada cabaran skuad Harimau Muda di Kelayakan Piala Asia Bawah-22 di Myanmar. Skuad kendalian Ong Kim Swee akan berdepan dengan tuan rumah pada perlawanan terakhir esok dengan tekad perlu menang untuk sekurang-kurang layak secara automatik selaku runner-up Kumpulan G.

Cabaran Myanmar dilihat agak sukar terutama bermain di laman mereka & mereka berkedudukan ke-2 di belakang pendahulu kumpulan, Korea. Manakala kita berada di kedudukan ke-3. Menang adalah keputusan wajib kerana jika gagal Malaysia mungkin sukar untuk pusingan akhir berdasarkan format kelayakan hanya 1 pasukan tempat ketiga dari kesemua kumpulan akan ke pusingan akhir nanti.

Semoga ROzaimi Abd Rahman dan rakan-rakan akan meledak lagi esok!!!!

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin