Friday, December 19, 2008

Ronda-ronda cari Angpow...

Korang pun tahu KM tengah bermuram durja kerna ATM menelan duit sebanyak RM1k. Nak nunggu dapat balik tu entahla bila. So, dalam keadaan gini kena la byk mohon diberi kesabaran supaya tidak terlalu tertekan.

Sebagai satu cara meredakan tekanan tu, KM gi melepak di sini. Bukan lepak di pub or night club, minum2 tp gi investment bank @ broker saham. KM gi ushar2 kalau menjelang New Year & Chinese New Year ni mungkin boleh buat angpow sikit ke.

Sekarang keseluruhan share market dunia termasuk Bursa Malaysia dlm keadaan bearish. Harga2 saham majoritinya rendah berbanding masa bullish aritu. Sesetengah syer harganya lebih murah dr harga sebiji gula-gula. Mungkin sesiapa ada duit lebih mungkin sesuai utk mula mengumpul kaunter2 yg berpotensi.

* Ujung tahun banyak cuti..sesapa yg kuar bercuti tu, selamat bercuti...jaga diri baik2..

Thursday, December 18, 2008

Aku yg keSTRESSan...

Napa naik tajuk tu petang ni? Arini kan ari gaji civil servants. Tghari ni KM gi ATM sebuah bank iaitu Bank Komuniti Anda hehehe... utk withdraw duit. Apa yg berlaku anak-anak? Transaksi denial, duit tak kuar tp duit KM kurang.......Dekat seribu tu beb....

Ini masalah kan tp bersabarla...nak buat camnakan, wrong time, wrong place....KM dah isi borang aduan..tp kalau dapat balik pun mungkin ambik masa....

Bulan ni KM keja takdak gajila nampaknya huhuhu.....

Terima kasih, Thank's, Syukran, Doh Jeh, Syukriah, Gracias.....

Terima kasih buat kekwn blogger yg sudi memberi award & e-card kepada KM. KM balas pemberian ni ngan beberapa perpatah.

Kecil tapak tangan, tapak sulaiman KM tadahkan.
Org berbudi, kita berbahasa.
Org memberi, kita trimala.
Trima kasih buah kelubi.
Kalau sudi bagila lagi.


dari Tera

dari DEE

dari Mebby

dari ERA



* lain kali, korang bagila plak cash ke, flight tiket ke, vacation package ke, hehehe........


Wednesday, December 17, 2008

Sukaneka Di Kampungku

Ahad lalu, KM & Mem beserta adik KM bawak Budak Kacak & Izzuddin gi sukaneka anjuran Rukun Tetangga kawasan kampung KM. Banyak acara utk semua kategori dr peringkat kanak2 sampai org dewasa. Cuma budak ja yg join, kitaorang tgk ja. Budak Kacak join 4 acara dlm kategori 4-6 tahun.

Pose sengal sebelum acara bermula

acara pertama, tiup belon sampai pecah

cari gula2 dlm tepung gomak hehehe...

diorg siap bleh berhenti & lepak2 sambil gigit kuku time acara anak cari ibu..org semua bantai gelak tahap Gaban hahaha...

last acara, jln sambil bawa pundi2 kacang.

Walaupun gagal dlm semua acara tp KM & Mem bawak dia join utk meningkatkan kemahiran interpersonal berhubung ngan org lain dlm masyarakat. Anyway, syabas betaji.....tahun depan kita join lain hehehe...

Tuesday, December 16, 2008

Hampeh betuila....

Harga minyak turun lagi sekupang....terima kasih....kalau boleh turunla lagik ye.....

* tu je kenyataan KM arini sebab geram.....berjela2 KM draf tp tak diautosave oleh sistem & diganggu plak oleh network yg tak konsisten pagi ni membuatkan semua yg didraf hilang begitu saja.....rugi-rugi sebab ulasan KM tu panjang & mungkin berfaedah utk budak2 yg akan kembali bersekolah tak lama lagi hehehe......

Monday, December 15, 2008

Bila ada pilihanraya......

Pertengahan minggu lalu, Al-Menteri yg berambut putih itu hanya memberitahu bahawa minyak hanya akan dinaik sekiranya melepasi harga US$80 ke atas. Tidak diberitahu bahawa harga minyak boleh dikurangkan lagi memandangkan harga dunia sekarang bermain di sekitar US$40 lebih setong. Semua org yg cerdik & berfikir tahu bahawa harga minyak boleh dikurangkan lagi sesuai ngan laungan & kempen kerajaan mengurangkan harga barang.

Beberapa hari sebelum ni, golongan nelayan yg tertekan ngan harga diesel telah bertekad nak melancarkan mogok. Akhirnya jumaat lepas, kerajaan bersetuju menurunkan harga diesel subsidi sebanyak 13 sen seliter kepada RM1.30. Sehari kemudian, menteri yang berkenaan memberitahu plak bahawa harga minyak di Malaysia akan ruang untuk turun lagi. Kita hairan kenapa menteri di Malaysia suka cakap pusing2?

Bila harga akan turun lagi mungkin sebelum Krismas atau sebelum Tahun Baru atau paling lewat sebelum penamaan calon Pilihanraya Kecil KT. Jika anda perasan, ada beberapa perkar yg kerajaan cuba gula2 rakyat menjelang pilihanraya tersebut. Selain harga diesel subsidi turun, harga minyak nak diturunkan, royalti minyak diserahkan kpd kerjaan T'rengganu, bantuan2 lain kepada rakyat T'rengganu, mungkin ada byk lagi menjelang pilihanraya kecil tersebut.

Inila untungnya bila ada pilihanraya kecil di sesuatu kawasan tu. Tetambah bila kawasan tersebut peluangnya 50-50 antara pihak yg bertanding, sure penduduk tempatan akan mendapat durian runtuh. Durian runtuh memang bagus cuma yg tak bagus ditimpa pokok durian hehehe....


Saturday, December 13, 2008

Selamat Pengantin Baru......

utk release tension, kita nengok paus Beluga meniup buih di dalam air......ada sesapa bleh tiru cara dia ke?

Mungkin hujung2 tahun ni, sesetgh orang tgh sibuk ngan appraisal terutama utk kenaikan gaji serta perolehan bonus awal tahun depan. Bagi KM sebagai sivil servant, walau tak banyak tp pembayaran bonus thn ni takde masalah, cuma menanti sebahagian lagi ujung bulan ni. Cuma yg KM sibuk ngan pergerakan gaji tahun depan sebab gaji KM patut bergerak Januari. Kalau lambat submit laporan prestasi bimbang2 pergerakan tu delay sampai Februari...rugi...rugi...

Rasanya sejak minggu lepas, respon & maklum balas KM terhadap Calculatorbuta serta pembaca2 setia agak slow. Mungkin ada yg merajuk, taknak menyinggah lagi kt sini? Anyway, KM mohon maaf sebb hujung tahun, laporan kena siapkan, kerja yg pending kena tolak juga supaya siap, pendek kata bila nak tutup buku byk kerja nak diselesaikan....

Ujung tahun gini, ramai antara kita yg menghabiskan cuti tahunan. Bawa anak/isteri or suami gi jalan2. Paling kurang duduk umah lepak2. Ujung2 tahun ni, byk gak jemputan walimatul urus dr saudara & rakan2. Bagi yg dah sampai jodoh, selamat pengantin baru... Bagi yg masih merancang or mencari, terus niat murni anda. Bagi yg dah berkahwin, jgn biarkan diri anda diselubungi wajah garang isteri anda hehehe.....


Yang ni bukan pengantin baru ye hehehe.....saja enteprem.....sebelum gi kenduri.....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin