Wednesday, May 5, 2010

The 80's tv series............

Terdapat banyak tv series yang mengimbau kenangan di era 80-an. Antaranya cerita CHIPS, kisah aksi polis bermotosikal yang mengawal Lebuhraya California & jalan sekitar pekan LA. Diterajui oleh ERIK ESTRADA sebg Pegawai Francis 'Ponch' Poncherello & Larry Wilcox sbg Sarjan Jon Baker, cerita ni memang jadi kegilaan dengan aksi tunggangan Kawasaki 1000, mereka membanteras jenayah & memberi bantuan kepada org awam.
Satu lagi cerita polis yg sempoi time tu ialah The Misadventures of Sheriff Lobo. Dibintangi oleh Claude Akins sebg Sheriff Elroy p. Lobo dan dibantu oleh beberapa pembantunya yg gila2 bahasa terutamanya Deputy Perkins, memang gelak habisla ngan cerita ni. Trademark cerita ni bila beberapa keta polis akan berlaga sesama sendiri.


Satu lagi komedi series yg sempoi time tu ialah B.J And The Bear, kisah seorg pemandu trak dengan petnya seekor cimpanzi. Dengan penampilan Greg Evigan sbg Billie Joe Mckay aka B.J disertai Bear, seekor cimpanzi, mereka berkelana di sepanjang lebuhraya dengan trak Kenworth K-100. Cerita ni ada berkaitan langsung ngan Sheriff Lobo sebb Lobo selalu mengganggu mereka ni.
Selain cerita aksi & komedi, ada juga cerita menarik cam Daktari ni. Daktari dalam bahasa asli afrika bermaksud 'doktor'. Mengisahkan sekeumpulan manusia yg bertindak melindungi hidupan liar di sebuah tempat di Afrika. Watak binatang yg cerdik dalam cerita ni ialah Judy, seekor cimpanzi & seekor singa bernama Clarance.

Banyak lagi cerita2 lain yg menarik time tp kalau nak listkan memang berjela2 & ada yg KM sendiri pun dah lupa hehehe......maklumla KM masih kanak2 lagi di era 80-an.........ada sesetengah umah tv pun belum ada warna. KM masih ingat tv pertama di umah KM jenama SINGER, bukan penyanyi tau hehehe.




Tuesday, May 4, 2010

DANGER!!! Harimau terlepas..........


Harimau zaman internet ni dah pandai cilok. Tengok yg sekor ni, sempat lagi landing dalam bonet keta. Mungkin ni singa PADDLEPOP kot hehehe.............KM dah lama tgk ekor harimau ni tp last2 Mem yg snap gambaq ni.........sapa punya keta ekkk?


Ronda 1Mei.....Last Part

Dari Taiping, KM bergerak balik melalui Kamunting. Dalam kesejukan hujan yg turun, Adam @ Mat Spring dalam terlena syahdu dlm keta. Singgah sebentar Non Bihun Sup di Simpang 3, Selinsing, kasi tapaw sebab nak makan pun masih kenyang & ujan pun makin lebat.


Satu kilometer dari situ, KM singgah di tepi jalan mengimbau kenangan. Rumah itu, setahun lebih yang lalu, KM akan singgah bila melaluinya. Tapi sekarang hanya tinggal kenangan sebab pemiliknya dah tiada.

KM sekeluarga sempat menghadiahkan al-fatihah, moga rohnya selamat di sisi Allah. Rumah tu sebenarnya, rumah nenda KM @ ibu kepada mak KM. Sekarang dah tak berpenghuni kecuali bapak saudara yg kdg2 dtg menjenguk. Di belakang rumah tu, ada sebuah rumah milik mak KM. Disewakan sebab belum berhajat nak balik menetap di kampung.


Berapa ratus meter dari situ, KM berhenti lagi. Ini salah satu sekolah KM juga, Sek. Kebangsaan Sungai Kepar, Simpang 4, Semanggol (nama pun tak komersil langsung hehehe......). KM sempat sekolah di situ antara Darjah 5 hingga UPSR. Walaupun sekolah ni bertaraf kampung je tp KM jaya jugak dapat result bagus. Terima kasih cikgu2 semua yang mengajar KM dulu & kawan2 yg totally dah lost contact.

Ada lagi satu sekolah KM yg xsempat nak lalu iaitu, Maahad El-Ehya Al-shariff, Gunung Semanggol. Sekolah agama yg penah fames ngan tokoh spt Ustaz Abu Bakar Al-bashir kalau korang belajar sejarah tentang zaman pra kemerdekaan. Penjajah British pernah menggelarkannya sebagai "Api Dari Bukit".

Dari situ, KM bergerak melalui Bagan Serai terus ke Parit Buntar. KM sempat menemui tempat yg dinamakan Pasar Kemboja di Parit Buntar. Tp pasar tu hanya buka pada hari Isnin & Jumaat, so xlehla Mem nak bershopping.

Dari Perak balik ke Penang, terus ke menuju ke Pesta Buku di Bertam dengan hajat nak survey buku2 untuk dibeli. Namun, memandangkan orang terlalu ramai memenuhi Dewan Milenium & que panjang utk membayar maka KM sempat ushar2 je.

Hasil perjalanan sepanjang 1 Mei tu, inilah:



Adam pengsan sampai pagi.


Monday, May 3, 2010

Ronda 1Mei.....Part II

Dari Matang, KM menghala ke Taiping, bandar yang menerima taburan hujan paling banyak di Malaysia. On the way ke Taiping, di persimpangan Seri Kota/Kmpg Boyan, kelihatan signboard Sekolah Menengah Kebangsaan Dr. Burhanuddin (SMDB). SMDB merupakan salah satu old school KM. KM sempat bersekolah di sini dari form 1 hingga form 3 (ambik SRP kat sini le).


Tiba di Taiping, hujan dah mula turun. Daripada rintik2 menjadi lebat. Sapa dok Taiping sure dah mangli ngan situasi camni. Bila petang je...mulala hujan.

Kali ni KM xmasuk dah Zoo Taiping sebab sebulan yg lepas dah masuk. So, bawak Mem, Budak Kacak & Mat Spring ronda2 Taman Tasik hingga ke kaki Bukit Larut.

Untuk pengetahuan anda, dalam surat beranak KM tertulis tempat kelahiran KM di sinila hehehe....
Singgahan seterusnya, Kuey Teaw Goreng Doli yang memang fames di Taiping ni. Sejak KM sekolah di awal tahun 90-an lagi, Doli ni dah ada dah masa tu. Masa tu standard warung je tp bisnes dia dah memang bagus dah waktu tu.


KM masih ingat kami budak hostel yg baik ngan pak guard selalu kirim bungkus kuey teow ni waktu pak guard nak kuar beli makan. Rasanya masa tu sebungkus baru RM1.50 kot. Tapi sekarang, dia dah buka restoran cam KFC. Itulah dikatakan rezeki orang.

After makan di Doli, KM bergerak lagi menghala balik. Destinasi seterusnya kampung KM. To be continue.......................

Ronda 1 Mei......Part One

1 Mei (Labour Day) tahun ni jatuh ari sabtu, so xdapatla extra cuti. Rancangan awal nak ke utara tp last minute tukar, kita menghala ke selatan. Journey untuk mengimbau kenangan silam.


Mula-mula, kita pi basuh keta dulu hehehe........sebab keta dah nampak cam baru balik dari rali. KM masuk auto wash yg pakai mesin sebab cepat sikit.


Next stop, KM singgah kat Tasco Seberang Jaya, beli barang dapur sikit.

Destinasi bajet seterusnya, Warong Mee Udang Mak Teh kat Matang, hampir sudah ngan Kuala Sepetang. Rasa biasa2 je tp harga boleh tahan jugak. Mungkin sebab dh pernah masuk tv.

Kalau bawak kerabat ramai mai makan kat sini, sure bleh kopak. Tapi kalau sekali sekala nak mencuba apa salahnya. Mencuba pengalaman baru. To be continue.............

Thursday, April 29, 2010

Kolot ke naik gerabak kaler pink ni?

Apabila Keretapi Tanah Melayu (KTM) mula memperkenalkan gerabak merah jambu (pink coach) khusus untuk penumpang wanita untuk perjalanan Sentul-Port Klang, ada juga segelintir manusia yg menyifatkannya idea bodoh. Ada yang menyifatkan usaha ini merendah2kan taraf kaum wanita. Ada yg kata sapa yg naik gerabak ni golongan yg kolot dan macam2 lain. Suara2 ini datangnya daripada puak2 yg kononnya memeperjuangkan kesamarataan hak gender.

KM pun xretila ngan otak2 manusia cmni. Adakah ngan menaiki koc yg disediakan khas utk keselesaan, keprivasian serta mengelak gangguan2 yg sering berlaku terhadap wanita ketika menaiki kenderaan awam ini dianggap boleh merendahkan martabat wanita?

Apakah mekanisme atau kayu ukur yg mereka pakai utk membuat justifikasi begini, KM pun xpasti.

* Tahniah KM kepada KTM yg prihatin pada permasalahan wanita yg menggunakan perkhidmatan awam. Thump up to KTM!!!!

Wednesday, April 28, 2010

Anak-anak..jgn nakal2 ye


Apa yang berlaku terhadap arwah Aminul Rasyid Amzah, 15 tahun di Shah Alam beberapa hari lalu amatlah menyedihkan terutama keluarga mangsa. Bagaimana ia berlaku & salah siapa biarlah ia disiasat seadil2nya. Kalau ada pihak cuba nak cover up ini cerita, terpulangla. Sebab di dunia, manusia bleh lepas punya tp bagaimana di akhirat kan?
Bukan kali pertama kejadian org awam ditembak atau terbunuh semasa dlm tahanan pihak berkuasa di Malaysia ni tp bila melibatkan budak2 amatlah menyayat hati. KM sebagai bapak terasa sedihla. Bayang mak dia yg besarkan dia dr dlm kandungan tiba2 polis tembak mati dia dan dakwa budak ni geng penyamun & bawak parang.
Apa2pun pasni jgnla keluar statement dr pihak berkuasa cakap budak ni menembak diri sendiri plak mcm Teoh Beng Hock yang didakwa terjun bunuh diri hehehe.......Kepada anak2 di luar sana jgn nakai2 sangat, tetambah kalau naik moto xde lesen. Jangan lari kalau polis nak tahan sebab yang bayar saman bukan anda tp bapak anda hehehe......
* KM harap negara ni tak jd cam High Charparal (cerita koboi yang 90-an yang KM suka tengok)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin