Wednesday, May 5, 2010

The 80's tv series............

Terdapat banyak tv series yang mengimbau kenangan di era 80-an. Antaranya cerita CHIPS, kisah aksi polis bermotosikal yang mengawal Lebuhraya California & jalan sekitar pekan LA. Diterajui oleh ERIK ESTRADA sebg Pegawai Francis 'Ponch' Poncherello & Larry Wilcox sbg Sarjan Jon Baker, cerita ni memang jadi kegilaan dengan aksi tunggangan Kawasaki 1000, mereka membanteras jenayah & memberi bantuan kepada org awam.
Satu lagi cerita polis yg sempoi time tu ialah The Misadventures of Sheriff Lobo. Dibintangi oleh Claude Akins sebg Sheriff Elroy p. Lobo dan dibantu oleh beberapa pembantunya yg gila2 bahasa terutamanya Deputy Perkins, memang gelak habisla ngan cerita ni. Trademark cerita ni bila beberapa keta polis akan berlaga sesama sendiri.


Satu lagi komedi series yg sempoi time tu ialah B.J And The Bear, kisah seorg pemandu trak dengan petnya seekor cimpanzi. Dengan penampilan Greg Evigan sbg Billie Joe Mckay aka B.J disertai Bear, seekor cimpanzi, mereka berkelana di sepanjang lebuhraya dengan trak Kenworth K-100. Cerita ni ada berkaitan langsung ngan Sheriff Lobo sebb Lobo selalu mengganggu mereka ni.
Selain cerita aksi & komedi, ada juga cerita menarik cam Daktari ni. Daktari dalam bahasa asli afrika bermaksud 'doktor'. Mengisahkan sekeumpulan manusia yg bertindak melindungi hidupan liar di sebuah tempat di Afrika. Watak binatang yg cerdik dalam cerita ni ialah Judy, seekor cimpanzi & seekor singa bernama Clarance.

Banyak lagi cerita2 lain yg menarik time tp kalau nak listkan memang berjela2 & ada yg KM sendiri pun dah lupa hehehe......maklumla KM masih kanak2 lagi di era 80-an.........ada sesetengah umah tv pun belum ada warna. KM masih ingat tv pertama di umah KM jenama SINGER, bukan penyanyi tau hehehe.




4 comments:

mamarempit said...

wawawa...erik estrada...hero pujaanggg...

tk bleh blah..verangan nk bela singa cam clarance...kekekek...

pB said...

ada Dallas
ada Dynasty
ada Gilligan Island
ada Fantasy Island
ada Mok n Mindy

saya said...

yeaa..world cup. walopon saya tak suka tgk bola ni tapi tang world cup tu rasa macam suka lak tengok. sekali sekala ye tak..

Kebencian_Maharaja said...

mamarempit- hero pujaan KM time tu ialah OS..jgn mare ye...

pB-mcm2 ada masa tu wpun xde Astro lg.....

saya-camtu pun ade ke? hehehe.......

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin