Monday, May 3, 2010

Ronda 1Mei.....Part II

Dari Matang, KM menghala ke Taiping, bandar yang menerima taburan hujan paling banyak di Malaysia. On the way ke Taiping, di persimpangan Seri Kota/Kmpg Boyan, kelihatan signboard Sekolah Menengah Kebangsaan Dr. Burhanuddin (SMDB). SMDB merupakan salah satu old school KM. KM sempat bersekolah di sini dari form 1 hingga form 3 (ambik SRP kat sini le).


Tiba di Taiping, hujan dah mula turun. Daripada rintik2 menjadi lebat. Sapa dok Taiping sure dah mangli ngan situasi camni. Bila petang je...mulala hujan.

Kali ni KM xmasuk dah Zoo Taiping sebab sebulan yg lepas dah masuk. So, bawak Mem, Budak Kacak & Mat Spring ronda2 Taman Tasik hingga ke kaki Bukit Larut.

Untuk pengetahuan anda, dalam surat beranak KM tertulis tempat kelahiran KM di sinila hehehe....
Singgahan seterusnya, Kuey Teaw Goreng Doli yang memang fames di Taiping ni. Sejak KM sekolah di awal tahun 90-an lagi, Doli ni dah ada dah masa tu. Masa tu standard warung je tp bisnes dia dah memang bagus dah waktu tu.


KM masih ingat kami budak hostel yg baik ngan pak guard selalu kirim bungkus kuey teow ni waktu pak guard nak kuar beli makan. Rasanya masa tu sebungkus baru RM1.50 kot. Tapi sekarang, dia dah buka restoran cam KFC. Itulah dikatakan rezeki orang.

After makan di Doli, KM bergerak lagi menghala balik. Destinasi seterusnya kampung KM. To be continue.......................

3 comments:

pB said...

Taiping .....

lokasi hanimun pB dengan aBear 15 tahun lalu ....

risanur said...

kat mana lokasi char kow tiaw tu yea..nati nak ajak hubby gi terjah makan kat sane....

Kebencian_Maharaja said...

pB- walaupun dah 15 tahun tp Taiping tak terlalu byk berubah....masih mengekalkan identitinya.......xcaya cubala dtg balik....

risanur- nanti sya cari map, kalau dpt sya upload tp lokasinya xjauh dr Majlis Perbandaran Taiping.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin