Tuesday, May 4, 2010

Ronda 1Mei.....Last Part

Dari Taiping, KM bergerak balik melalui Kamunting. Dalam kesejukan hujan yg turun, Adam @ Mat Spring dalam terlena syahdu dlm keta. Singgah sebentar Non Bihun Sup di Simpang 3, Selinsing, kasi tapaw sebab nak makan pun masih kenyang & ujan pun makin lebat.


Satu kilometer dari situ, KM singgah di tepi jalan mengimbau kenangan. Rumah itu, setahun lebih yang lalu, KM akan singgah bila melaluinya. Tapi sekarang hanya tinggal kenangan sebab pemiliknya dah tiada.

KM sekeluarga sempat menghadiahkan al-fatihah, moga rohnya selamat di sisi Allah. Rumah tu sebenarnya, rumah nenda KM @ ibu kepada mak KM. Sekarang dah tak berpenghuni kecuali bapak saudara yg kdg2 dtg menjenguk. Di belakang rumah tu, ada sebuah rumah milik mak KM. Disewakan sebab belum berhajat nak balik menetap di kampung.


Berapa ratus meter dari situ, KM berhenti lagi. Ini salah satu sekolah KM juga, Sek. Kebangsaan Sungai Kepar, Simpang 4, Semanggol (nama pun tak komersil langsung hehehe......). KM sempat sekolah di situ antara Darjah 5 hingga UPSR. Walaupun sekolah ni bertaraf kampung je tp KM jaya jugak dapat result bagus. Terima kasih cikgu2 semua yang mengajar KM dulu & kawan2 yg totally dah lost contact.

Ada lagi satu sekolah KM yg xsempat nak lalu iaitu, Maahad El-Ehya Al-shariff, Gunung Semanggol. Sekolah agama yg penah fames ngan tokoh spt Ustaz Abu Bakar Al-bashir kalau korang belajar sejarah tentang zaman pra kemerdekaan. Penjajah British pernah menggelarkannya sebagai "Api Dari Bukit".

Dari situ, KM bergerak melalui Bagan Serai terus ke Parit Buntar. KM sempat menemui tempat yg dinamakan Pasar Kemboja di Parit Buntar. Tp pasar tu hanya buka pada hari Isnin & Jumaat, so xlehla Mem nak bershopping.

Dari Perak balik ke Penang, terus ke menuju ke Pesta Buku di Bertam dengan hajat nak survey buku2 untuk dibeli. Namun, memandangkan orang terlalu ramai memenuhi Dewan Milenium & que panjang utk membayar maka KM sempat ushar2 je.

Hasil perjalanan sepanjang 1 Mei tu, inilah:



Adam pengsan sampai pagi.


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin