Wednesday, March 9, 2011

Skim Rumah PertamaKU akhirnya dilancarkan......

Selepas ramai yg menunggu2 selepas diumumkan dalam perbentangan Bajet 2011 tahun lalu, akhir Skim Rumah PertamaKu dilancarkan semalam. Antara main point skim ini ialah:

1) Individu khususnya golongan muda yang berpendapatan bawah RM3,000 layak membeli rumah pertama dengan pembiayaan sehingga 100% berbanding pembiayaan ketika ini sehingga 90% dari nilai harga rumah. Yang dah ada rumah tak layak!!

2) Pembeli akan layak memohon utk pembelian harga rumah antara RM100k hingga RM220k dengan tempoh pembayaran balik sehingga 30 tahun.

3) Untuk pembelian rumah siap atau dalam pembinaan. Subsale @ belian dari tangan org mungkin tak kira kot.

4) Bagi pekerja swasta mesti sekurang2nya telah 6 bulan disahkan jawatan. Bagi yang bekerja sendiri tidak layak memohon tapi permohonan bersama dibenarkan dengan kedua2nya bekerja di sektor swasta & merupakan ahli keluarga seperti suami isteri atau adik-beradik.

5) Bayaran balik bulanan mestilah tidak lebih 1/3 drp pendapatan kasar pemohon tetapi boleh sehingga 50% jika ada sumber2 kredit lain yang layak dengan syarat2 bank.

6) Kerajaan melalui Cagamas Berhad akan menyediakan baki 10% terhadap harga rumah tersebut dengan kadar faedah yang biasa dikenakan....

7) Skim ini tidak boleh untuk tujuan refinance rumah......

Itulah serba-sikit maklumat yang bleh KM kongsi ngan anda.....Tak faham pi tanya bank sendiri sebab 25 institusi kewangan & bank mengambil bahagian dalam skim ini......

8 comments:

CaDLyNN said...

skim ini terlambat..dah beli umah pon~

Ayuraza said...

besss nyer...
hopefully rumah takkan mengecil dan semakin mahal la kan...kalo tak..sama je la..ader skim ke takda..

tak saba nak dapat umah pertamaku..heee :P

onniey84 said...

alamakkk..rumah kedua tk leh ker...

risanur said...

salam KM,
risa mmg tgh mencari umah...tp nak kena tanya kat org yg ada pengalaman beli umah mcm KM..kalu nak tanya apa2 pasal umah, loan atau pa saje boleh kan dgn KM??tapi camne nak tanya ye...KM ada YM tak??atau FB??

Anonymous said...

follow me back

soccerrat said...

Cadlynn-selamat kerna telah membeli...enjoy ur new home...

Ayuraza-muda2 bagus beli sbb leh apply loan dgn tmpoh bayaran balik lebih panjang & ansuran bulanan lebih rendah.....

onniey- kalau umah pertama atas nama suami, umah ke-2 blehla beli atas nama anda....

risa-saya pun masih belajar tp apa yg tahu tu blehla dikongsi...kalau nak YM, KM ada kat nazeri_serat@yahoo.com

srikandi cinta- insyaallah....i follow...

.::WaNiE::. said...

ciss terlambat

KM said...

wanie- takpe...banyak kekurangan skim tu....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin