Kerajaan selalu mewar-warkan dlm media yg Korikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mahu melahirkan pelajar yg pandai/mahir dalam pelbagai segi & bidang. KM pun taktau sangat kalau nak mengulasnya. Kalau kerajaan buat pelbagai dasar/usaha, KM juga mahukan sesuatu untuk anak2 KM untuk sekurang2nya ada juga bekalan mereka di dunia mahupun akhirat.
Penghujung 2010 lalu, KM & Cikgu Watie dah setup bisnes jual gula-gula (jajan) untuk Budak Kacak (BK) run di rumah.....Selepas setahun, KM rasa BK dah takde masalah kira mengira duit, mengenal pasti harga barang & layan customer termasuk mereka yg lebih berusia dari dia....
Sebagai usaha mengembangkan bakat & kemahiran serta saiz bisnes kecil ni, kelmarin KM belikan dia sebiji freezer untuk dia jual aiskrim plak hehehe......Dan kelmarin juga KM dah loadkan stok aiskrim untuk dia jual (kalau dia nak makan...dia pun perlu bayar. Ini strategi supaya bisnes tak cpt lingkup).
Skop customer bisnes ni ialah kawan2 BK & anak jiran2 di blok yang kami tinggal. Waktu operasi bila kami ada kat rumahla hehehe....Buat masa sekarang ancaman paling besar bisnes ni ialah adik BK, Adam Irfan sebab sentiasa ja nak barang free hehehe....abis stok cmni!!
* KM berharap BK bleh jadi sesuatu berdasarkan bakat & kemampuan dia suatu hari nanti...........
No comments:
Post a Comment