Friday, November 28, 2008

Flight Ready..Anybody To Join Me?

Hehehe...tengok tajuk cam KM dah charter satu kapal terbang plak. Insyaallah kalau KM dah jd sekaya DT ( DT islam tau...) blehla KM bawak korang semua naik satu kapal terbang gi memana yg korang suka hehehe....

Sebenar KM baru beli satu lagi miniature kapal terbang jenis Airbus A320. Bagi sesapa yg selalu naik Air Asia tahula kapal terbang ni. Model ni, KM beli yang kecil ja (RM 49) sebab yang besar harga dia RM380.

Kata orang, kalau tak memiliki kapal terbang, model pun jadilah.....

Thursday, November 27, 2008

Kalau Tak Dapat Jadi James Bond.......

Sapa yg tak kenal watak James Bond kan. Sejak kecik lagi kita mendengar kehebatan watak ni sebagai perisik. Watak fiksyen yg terkenal ngan kod rahsia Double O-7 (007) dicetuskan oleh Ian Fleming pada 1952. Watak ini bkn sahaja terkenal ngan kelicikannya mengatasi perangkap dengan pelbagai peralatan canggih & terkini tapi juga fames sebagai kaki wanita. Penah korang tengok crita James Bond takde wanita? Kalau takde itu mungkin cerita Mat Bond hehehe.....

Sempena ngan pembukaan cerita terbaru Bond awal bulan ni, Shell secara esklusifnya telah mengeluarkan replica kereta 4+1+Beg James Bond. Edisi kali ni menampilkan beberapa model kereta yg penah digunakan oleh Bond. Bagi yg takda passion, edisi ni mungkin takde sehebat edisi Ferrari hari tu.

KM selaku peminat collectibles, semalam berjaya melengkapkan koleksi penuh edisi ni ngan pembelian beg di atas ngan harga RM60 tanpa perlu isi minyak hehehe.....Untuk set kereta, KM ada 3 set & sebelum edisi ni berakhir mungkin KM akan rembat 2 set lagi sebagai simpanan.

* Entry ni khas untuk rakan-rakan yg minat collectibles....ada yg suka himpun fridge magnet, die cast, replica, souvenir dsbnya.

Wednesday, November 26, 2008

Bercakap Ngan GRO...betui ke?


Al-kisahnya, kelmarin KM ngato sms keluar tak sampai2 ke penerima. Maka bebailah akan KM ngan keadaan ini. Kalau KM ni Donald Trumps sure dah rugi juta2 sebab arahan perniagaan tak sampai hehehe..... Terus ja cari no customer center & call (khidmat pelanggan maxis 1300 820 120).
Tukang layan: Selamat petang encik. Apa yang bleh saya bantu?
Tukang lapor: Saya punya phone bleh trima sms tapi nak antar kuar sms, tak sampai2.
Tukang layan: bleh beri no encik?
Tukang lapor: 4444..tekan2 ...tak dapat hehehe....Tak no. saya 012-4151 XXX (demi keselamatan nasional, no. tak dpt dipamerkan sepenuhnya hehehe...)
Tukang layan: Encik Mohd XXXX kan? (juga tidak dipamerkan supaya korang tak tau, nanti KM bleh buat kuiz, Sapa NamaKu? hehehe.....hadiah penerbangan ke London RM499 mau ke?)
Tukang lapor: Ye..saya
Tukang layan: Bila cik antar sms, ada dah dipamerkan message sent?
Tukang lapor: Sebelum ni dia appear. Tapi sejak tadi, dia dah tak appear.
Tukang layan: ok...cik pakai hp model pe?
Tukang lapor: Nokia tp model entahla......(KM garu pala sebab KM memang taktau or terlupa model pa yg KM pakai. Aku pakai hp murah je sebab tu aku ngak peduli sangat model pa aku pakai. Member sebelah dah gelak besar siot.)
Tukang layan: Camni, cik cuba step2 ni. ( Dia bagitau dari mula hingga sampai ke nombor massage center bla..bla....bila dah siap dia suruh aku off hp & pastu on plak. )
Tukang lapor: Kalau gitu...terima kasih ye....
Tukang layan: Apa lagi yg saya bleh bantu cik?
Tukang lapor: Kalau tolong bayarkan duit umah, keta, bleh dak? hehehehe.........xdela...so far takde dah. Terima kasih ye....
Tukang layan: Heheheh.....kalau gitu, terima kasih kembali.
Bila aku godek2 hp tu pakai petua GRO tu (betui ke...pegawai perhubungan pelanggan hehhehe) maka berjayala sms dihantar kuar. Alhamdulilah...& terima kasih pada GRO yg membantu tu....
* Pengajaran arini, ambik2 taula apa jenis or model barangan yg anda pakai walaupun tidak sehebat kepunyaan orang lain supaya memudahkan keja bila anda berurusan ngan org lain. Dan supaya andatidaak menjadi mangsa ketawa orang lain.....hehehe......

Tuesday, November 25, 2008

StokinKu Tertinggal Di Mana?



Arini KM takde idea nak dipersembahkan kepada pembaca CalculatorButa yg budiman. Bila si Ita cakap pasai stokin, teringat yg KM suka pakai-buang stokin ni. Cam bebudak pakai pampers plak....bila dah basah buang.

Sebenarnya, stokin KM murah2 je. Pakai beberapa hari, bila dah rasa masam, KM buangla....hehehe...Bukannya kayo tapi malas nak basuh. Lagipun stokin KM selalu kehilangan. Selalunya sebelah akan hilang. Kalau dihimpun semuanya, rasanya dah bleh buat koleksi.

Rasanya pasni, takleh buang dah kot. Tapi kena balik basuh hehehe....berjimat menjelang kemelesetan ekonomi dunia hehehe....kalau tidak pun, KM himpun semua bagi kt korang yg rakan bloger yg budiman. Bleh buat sarung di tangan hehehe......jgn marah ye......

* Korang penah nengok org perah air soya guna stokin? hehehehe....

Monday, November 24, 2008

Big Boy Toys

Weekend dapat duit rebat, panjang langkah kaki KM & Mem gi cari barang mainan (Big Boy Toys la, korang jgn fikir ke lain plak). Hobi ni menjadi kesukaan KM & Mem sekarang. Kita orang beli robot gundam sekor, sebiji kapal terbang A320 Air Asia & set keta James Bond. Sekarang KM tengah nunggu beg james Bond je hehehe...


Ni robot Gundam yg belum dipasang

Taraaa...bila dah siap dipasang...

* memasang benda ni rumit juga tambahan bila Budak Kacak suka interframe hehehe....

Sunday, November 23, 2008

Majlis Graduasi Budak Kacak

Minggu lepas, Tabika Perpaduan Budak Kacak @ Nur Batrisya buat majlis graduasi sebelum tirai persekolahan sesi 2008 dilabuhkan. Tapi sayang sekali sebab KM takleh join sebab berada di Kelantan.
Budak Kacak di tengah & antara paling kecik. Budak Kacak baru nak mencecah 4 tahun bulan depan.

Berposing sementara menunggu acara nak bermula.

Ada ucap terima kasih dak?

Bersama teman sekelas @ her cousin, Izuddin

* Korang layan je la ye hehehe.......

Saturday, November 22, 2008

Majilis Fatwa Kebangsaan Mengharamkan Yoga, Ada Sesapa Tak Puashati?


Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik, yang melibatkan unsur-unsur fizikal dan spiritual kerana ia bertentangan dengan syariat Islam.

Pengerusinya Datuk Dr Abdul Shukor Husin bagaimanapun berkata, amalan fizikal iaitu senaman dalam yoga, tanpa adanya unsur-unsur mentera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan.

Namun, katanya, ia tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim memandangkan ia merupakan salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu.

“Amalan yoga yang berasal dari masyarakat Hindu mempunyai tiga peringkat, peringkat pertama adalah fizikal iaitu senaman, peringkat kedua adalah mentera dan pemujaan bagi mendapatkan ketenangan dan peringkat ketiga adalah penyatuan diri dengan tuhan.

“Oleh itu ahli muzakarah bersetuju memutuskan bahawa apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang dan bertentangan dengan ajaran Islam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Abdul Shukor berkata perkara itu diputuskan dalam persidangan Anggota Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan ke-83 yang bersidang 22-24 Okt lalu di Kota Bharu, Kelantan, dan akan dipanjangkan kepada majlis-majlis agama negeri untuk diwartakan.

Selain Malaysia, amalan yoga telahpun diharamkan di Singapura dan Mesir, katanya. Abdul Shukor berkata, pada peringkat ini, program kesedaran mengenai amalan itu akan diperluaskan ke seluruh negara melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Beliau turut menasihatkan masyarakat Islam supaya berhati-hati dan berwaspada dengan perkara-perkara yang boleh memesongkan akidah, serta perlu mengkaji secara mendalam mengenai sesuatu amalan sebelum melakukannya.

Beliau berkata terdapat banyak amalan lain dalam Islam yang boleh dilakukan bagi menjaga kesihatan dan mendapatkan ketenangan termasuk mengamalkan sembahyang dan berzikir.

Yoga merupakan satu pakej senaman yang telah diamalkan sejak 3,000 tahun sebelum Masihi dan dikatakan boleh melambatkan penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, lelah dan penyakit jantung.

* Pasni kita tengok sapa yg memula akan melompat untuk menyanggah fatwa ni seperti mereka mempertikaikan pengharaman amalan pengkid.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin