Saturday, November 22, 2008

Majilis Fatwa Kebangsaan Mengharamkan Yoga, Ada Sesapa Tak Puashati?


Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik, yang melibatkan unsur-unsur fizikal dan spiritual kerana ia bertentangan dengan syariat Islam.

Pengerusinya Datuk Dr Abdul Shukor Husin bagaimanapun berkata, amalan fizikal iaitu senaman dalam yoga, tanpa adanya unsur-unsur mentera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan.

Namun, katanya, ia tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim memandangkan ia merupakan salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu.

“Amalan yoga yang berasal dari masyarakat Hindu mempunyai tiga peringkat, peringkat pertama adalah fizikal iaitu senaman, peringkat kedua adalah mentera dan pemujaan bagi mendapatkan ketenangan dan peringkat ketiga adalah penyatuan diri dengan tuhan.

“Oleh itu ahli muzakarah bersetuju memutuskan bahawa apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang dan bertentangan dengan ajaran Islam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Abdul Shukor berkata perkara itu diputuskan dalam persidangan Anggota Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan ke-83 yang bersidang 22-24 Okt lalu di Kota Bharu, Kelantan, dan akan dipanjangkan kepada majlis-majlis agama negeri untuk diwartakan.

Selain Malaysia, amalan yoga telahpun diharamkan di Singapura dan Mesir, katanya. Abdul Shukor berkata, pada peringkat ini, program kesedaran mengenai amalan itu akan diperluaskan ke seluruh negara melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Beliau turut menasihatkan masyarakat Islam supaya berhati-hati dan berwaspada dengan perkara-perkara yang boleh memesongkan akidah, serta perlu mengkaji secara mendalam mengenai sesuatu amalan sebelum melakukannya.

Beliau berkata terdapat banyak amalan lain dalam Islam yang boleh dilakukan bagi menjaga kesihatan dan mendapatkan ketenangan termasuk mengamalkan sembahyang dan berzikir.

Yoga merupakan satu pakej senaman yang telah diamalkan sejak 3,000 tahun sebelum Masihi dan dikatakan boleh melambatkan penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, lelah dan penyakit jantung.

* Pasni kita tengok sapa yg memula akan melompat untuk menyanggah fatwa ni seperti mereka mempertikaikan pengharaman amalan pengkid.

12 comments:

azreen said...

perlu ke nak melompat bila dah dgr tentang pengharaman ni....entahla kan...tepuk dada tanya iman...hikss..

Neeza Shahril said...

akak okay aje tentang pengumuman tu.. pada akak, kalau benda tu kita ragu2 sangat, baik tinggalkan aje. Apatah lagi ada amalan yang serupa dengan agama lain kan..

yang akak musykil banyak... nape kena letak gambar pompuan yang tak cukup baju tu kat sini haaa??? hehee.. saje je nak tanya.. :P

butterflytwinlove said...

pasti ada yang melompat untuk mempertahankan aktiviti ni..itu sudah pasti..

Kebencian_Maharaja said...

azreen- masyarakat yg jahil & engkar cenderung menentang wpun ketetapan itu dtg dr Quran, Sunnah mahupun Ijmak....

Neeza_shahril- saya trima kritikan akak ngan rasa bersalah & terus menukar gambo tersebut....thanks krn ingat-mengingati...

butterflytwinlove- KM KETAK dah sedia, sesapa melompat sbb ni KM nak tempeleng je....ko support dr belakang ye.....

suw said...

sy tak kisah sgt pasalni..gipon sy ni lam kategori mls nk bersenam..apetah lagi la nk buat yoga ni..haih, mmg menyiksa jiwa raga kekkeke

dakgilachoc a.k.a nani said...

aku idokler amik kisah...jgnkan beryoga..nak suh aku senam aerobik pun aku malas...ok kan gitu..muahahahaha....

Neeza Shahril said...

akak ingat ada entry baru sebab gambor lain.. KM tak marah kan... :)

hUmmY said...

asal ek sampai nak pk sampai gtu skali?

kite eksesais!

ade niat lain ke?

lgpon kite ade bace mentera pape ke?

papepon..

serah pd yg pakar!

wallahu'alam

kuIna Jentayutiara said...

islam dh ada guidelines yg terbaik... klu ragu2 buang, ketepikn.. buat apa nk bising2...

yg penting niat kita tp niat tak menhalalkn cara ya!

Kebencian_Maharaja said...

suw- ko malas senaman ekk? nanti KM ajar ko senaman yogurt. Tiap2 kali nk bersenam, syaratnya kena bawak nasik hehehe...

nani- bagus..bagus...ko sesuai masuk acara bina badan ni...

neeza_shahril- tak marahla...teguran yg baik kita trima ngan hati terbuka...

hummy- akidah membabitkan ittikad, percakapan & perbuatan. Jika salah satu tergelincir maka runtuhlah akidah tu. Fatwa yg ikhlas dr ulama jgn kita pertikaiankan. Jgn jadi spt SIS (Sister in Satan?)

Kuina- saya setuju ngan pandangan anda.....

Dee said...

solat adalah senaman lahiriah dan batiniah yg terbaik..x gitu km?

Kebencian_Maharaja said...

dee- ya, saya sokong buat YB hehehe....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin