Wednesday, December 10, 2008

Kalaulah..........

Mesyuarat ekonomi kerajaan Malaysia hari ni akan menentukan mekanisme baru sama ada menetapkan terus harga lantai minyak atau membiarkan terus harga ditentukan oleh harga minyak dunia. Jika ditetapkan harga lantai maka setakat RM1.90 je la yg kita leh merasa walaupun harga minyak dunia telah menyusut di paras US$40 setong.

Jika harga lantai ditetapkan pada RM1.90 & harga dunia kekal di bawah US$70 setong, secara langsung pengguna/rakyat akan membayar premium kepada kerajaan setiap kali menuang minyak utk kenderaan anda. Setiap liter mungkin anda membayar kepada kerajaan lebih kurang beberapa puluh sen.

Dengan jumlah kutipan besar yg kerajaan dpt ini, kita tidak terlalu marah jika dipulangkan kepada rakyat dlm bentuk perbelanjaan pembangunan serta insentif2 sesuai kepada rakyat terutama menjelang krisis kemelesetan ekonomi dunia yg nampak jauh dr penyelesaiannya. Namun jika keuntungan besar ini digunakan untuk tujuan lain yg membazir serta tidak berfaedah kepada rakyat, kita sgtlah merasa marah.

Walaubagaimanapun, kita still berharap harga minyak dikurangkan lagi memandangkan kenaikan harga barang lain sukar dibendung. Harga brg yg naik disebabkan kenaikan harga minyak yg lepas, ada yg turun sedikit dan ada yg tidak turun langsung. Dengan ramalan pertumbuhan ekonomi yg perlahan tahun depan, kadar bonus serta kenaikan gaji tahun depan juga dijangka rendah. Syarikat-syarikat luar mula mencongak perngecilan saiz operasi serta pengurangan pekerja. Semlm, syarikat gergasi Jepun, Sony Corp merancang memberhentikan lebih 8,000 pekerjanya di seluruh dunia.

Apa lagi ye nak ulas? hehehe...terbuntu plak hehehe....anyway semoga tulisan/ulasan ni dpt manfaat serba sikit kt korang hehehe....cau cin cau...

Tuesday, December 9, 2008

Aku Dah Pulang........

I'M BACK. Tentu ada antara kita yg masih bercuti sempena menyambut Hari Raya AidilAdha. KM ambik kesempatan ni mengucapkan Selamat AidilAdha, maaf zahir batin. Kepada yg berkorban tahun ni, berkorbanlah ngan penuh ketaqwaan & kerendahan hati & jiwa padaNya. Jgn hanya lembu terkorban berpuluh2 ekot tp pada kita langsung takde manfaatnya.


2 hari sebelum AidilAdha, Malaysia dihadirkan ngan tragedi tanah runtuh. Byk yg boleh dikatakan tentang musibah seperti ini. Namun kita simpankan ia menjadi tajuk perbualan hangat di kedai2 kopi. Seperti biasa kita yakin setiap musibah/kerosakan itu datang dari tangan2 manusia. Sapa rasuah dlm projek, sapa kuat maksiat, sapa suka kerosakan & macam2 lagi, kita sendiri jawab.

Sehari kemudian, jalan raya plak makan korban. 10 orang rasa terkorban begitu sahaja bila bas yg dinaiki (mungkin laju sgt kot) terbabas. Seperti biasa, bila disiasat pasti akan timbul kes saman byk, pemandu ada waran tangkap dgn pelbagai kesalahan j/raya & seumpamanya. Kita tanya mereka balik, siapa yang kuat makan rasuah sampai pesalah2 dibiar begitu saja?

Bila ada satu dua tumpuan hangat dalam negara, banyak antara kita lupa permasalahan semasa. Bagaimana ngan kesihatan ekonomi kita & global? Pelan penyelamat baru idea pentadbiran Obama bleh pakai ke utk mengatasi kemelesetan ekonomi AS? Camna ngan harga minyak dunia? minggu lepas menjunam hampir bawah $40 setong. Kerajaan Malaysia mungkin setiap hari bleh tersenyum gembira ngan keuntungan lebih kurang RM20juta sehari ngan kejatuhan harga minyak dunia serta harga yg dijual pd rakyat RM1.90.

Bagaimana ngan anda plak? Ini mungkin masa sesuai utk revision perancangan kewangan tahun 2008 serta sasaran kewangan baru tahun 2009. Dengan andaian keuntungan/dividen/kadar faedah yg lebih rendah tahun dpn, mungkin ini masa sesuai untuk menilai semula perletakan pelaburan anda.

Mengambil strategi Warren Buffet, 'membeli ketika org menjual, menjual ketika orang membeli', mungkin ini masa yg sesuai utk anda meninjau kaunter2 saham yg sesuai utk dipegang. Tp mungkin boleh tunggu lagi sehingga kejatuhan ini benar2 di penghujungnya.

Kepada semua, selamat berkorban, selamat merancang kewangan untuk kalendar tahun hadapan, selamat mengharungi segala cabaran.

* kepada rakan2 yg mengomen entry2 KM semasa KM berkursus, Terima Kasih & Wannakem & akan KM balas tidak lama lagi.... KM lulus cemerlang hehehe......syabas betaji...

Wednesday, December 3, 2008

Ada perlukan bantuan CPR?

Seperti yg KM dh maklumkan, KM hilang dr alam cyber arini sebab KM attend kursus pertolongan cemas selama 3 hari. Ari pertama, KM belajar pasai pasai Pendarahan (Bleeding). Bab ni paling KM lemah semangat sbb melibat jisim berwarna merah (darah). Tak perlu tgk darah betul2, cukup ngan mendengar cerita bab pendarahan & grafik yg berkaitan sudah bikin KM tak selesa. Berpeluh sejuk je KM pagi ni. Nasib KM berjaya mengawal diri (sure ada yg akan gelak besar bila tahu kelemahan KM ni. Sebab tu KM tak jadi doktor hehehe....).


darah bleh bikin KM fainted
Sebelah petang KM belajar teori & amali CPR, salah satu bantuan kecemasan yg penting dilakukan bila seseorang tiba2 jatuh & nadi tak berdenyut serta nafas terhenti. Korang yang tak tahu pun bleh cuba belajar CPR ni sebab siapa tahu tragedi nak berlaku kan. Sedikit pengetahuan & keberanian mungkin mampu menyelamatkan nyawa org di sekeliling kita (Insyaallah).

Teknik CPR

Di Malaysia, pendedahan tentang kepentingan pertolongan cemas tidak menyeluruh. Sebab tu, bila berlaku kemalangan or kecemasan, ramai yg berhenti bkn nak menolong tp nak meyibuk je. Paling tidak pun, berenti nak tgk apa yg berlaku. So, kalau korang ada peluang, ambikla kesempatan yg ada utk belajar kaedah2 pertolongan cemas yg ada. Anda mampu mengubahnya......

* Kalau korang nak tgk keberkesanan teknik CPR yg KM belajar, korang pepurala collapse depan KM hahaha.......

Tuesday, December 2, 2008

Bila Bulan Tersenyum......

Carrotsusu minta KM ulaskan fenomena ni tp KM kecetekan ilmu & maklumat berhubung perkara ni. Tak silap KM, fenomena ni dilaporkan dlm siaran berita beberapa hari lepas. Memandangkan KM tiada di ofis untuk menyertai kursus pertolongan cemas beberapa hari, KM tinggalkan fenomena unik ni untuk perbincangan sesama kita.

* Tahun depan kalau korang datang Penang & melawat di pantai, korang akan jumpa KM tengah standby ala-ala lifeguard Baywatch hahaha.......

KM pun kena soal siasat sama...

Semalam, Mem sibuk cari pendrive dia. Yang dia letak atas meja sejak beberapa hari lalu. Dia menyedari kehilangan pendrive tersebut pagi kelmarin. Maka semalam dia pun mencarila di segenap penjuru. Apabila tak berjumpa maka dia pun memanggilla akan suspek yg dipercayai selalu menyorok brg2 dalam umah.

Suspek kebiasaannya akan menyorok brg di sesuatu tempat. Pada mulanya jika disoal, suspek cenderung tersenyum2 & sambil berkata tidak tahu. Dan apabila diulang2 pertanyaan maka dia akan mengaku. Namun, semlm suspek beberapa kali berkata seperti menyoroknya tetapi ditanya di mana dia tak tahu. Sure kali ni, bukan suspek ni yan sorok kan.

Gambar suspek

KM yang kebetulan telah pun berada dlm bilik untuk melelapkan mata, tersenyum mendengar acara soal siasat tersebut dijalankan. Tetiba, lampu dinyalakan. KM plak dipaksa utk saol siasat. KM tersenyum2 je tp KM tak sorokkan pendrive tu hehehe......Takde motif KM nak sorokkan pendrive tu sedangkan pendrive tu & 1 lagi yg KM beri pada Mem, KM yang punya.


* Lain kali, benda2 yg kecik jgn letak merata. Kalau hilang susah nak cari.

Monday, December 1, 2008

Kalau ye pun tak tahan, berhentila dulu beb....

Korang penah membaca or menghantar sms semasa memandu kereta or menunggang motosikal? Sure ada antara kita yg pernah buatkan tapi sapa nak ngaku kan? KM selalu nengok orang buat aktiviti ni semasa di jalan raya. Tak kira sama ada yg bawa kereta mahupun yang bawak motor. Selamba je diorang buat cam gitu. Apa diorang pikir, diorang dah hebat sangat pe sambil drive/ride, diorang berbalas sms.

Sebenarnya, aktiviti n bahaya beb. Bukan sahaja mengganggu tumpuan korang semasa di jalan raya tapi boleh menyebabkan kemalangan. Kalau kemalangan tu membabitkan korang saja (masuk parit or langgar pokok), lantakla. Tapi ini boleh membahayakan pemandu/pengguna jalan raya yang lain.

So, nasihat KM, kalau nak bersms sekali pun tunggu je la sampai destinasi dulu. Atau paling tak tahan dah nak sms, korang berhenti je kat mana2 yang selamat, korang sambung bersms. Sampai petang pun sapa tak marah.

* Ingat, ANDA MAMPU MENGUBAHNYA.

Sunday, November 30, 2008

KM di sini, Makcik Maimun di mana?

Terlebih dahulu diucapkan takziah & Al-Fatihah buat keluarga Timbalan Menteri Pelajaran, Allahyarham Datuk Razali Ismail yg meninggal dunia petang Jumaat lepas kerana serangan jantung. Pemergian beliau menyebabkan kekosongan buat kerusi Parlimen Kuala Terengganu (P36). Berdasarkan undang2, kekosongan tersebut perlu diisi dalam tempoh 60 hari & bermakna SPR akan mengadakan piliharanraya kecil bila-bila masa dari sekarang.


Datuk Razali Ismail

Dalam pilihanraya Umum ke-12 yang lalu, Datuk Razali yg bertanding atas tiket BN telah mencatat kemenangan dalam pertandingan 3 penjuru. Beliau mengalahkan Naib Presiden PAS, Hj. Mohamad Sabu & Maimun Yusuf dengan majoriti 628 undi.

Hj. Mohamad Sabu

Pertandingan kerusi Kuala Terengganu pada PRU-12 lepas menjadi antara tumpuan ramai dengan kehadiran calon Bebas, Makcik Maimun Yusuf. Beliau yg berusia lebih 80 tahun mencuri tumpuan ramai dengan bertanding melawan 2 calon heavyweight bagi UMNO & PAS. Kehadiran beliau bukan sahaja mendapat tumpuan dr media dlm negara tetapi juga pihak media dr luar negara. Ramai yg beranggapan beliau sengaja menjadi bahan jenaka tp beliau berjaya juga mencuri undi sebanyak 685 undi iaitu melebihi jumlah majoriti yg diperolehi oleh Datuk Razali.

Pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu ini dijangka akan sekali lagi menjadi tumpuan hangat selepas Permatang Pauh. BN tentu akan berkerja keras untuk mempertahankan kerusi ini. Manakala, Pakatan Rakyat juga tentu akan berusaha untuk merampas kerusi ini untuk meningkatkan bilangan mereka di Parlimen. Yg paling menarik, orang akan menunggu adakah calon seperti makcik Maimun akan kembali untuk memecahkan undi. Kita tunggu.....................

* KM difahamkan kebanyakan jentera pilihanraya parti telah bermesyuarat & akan digerakkan bila-bila masa sahaja....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin