Wednesday, December 10, 2008

Kalaulah..........

Mesyuarat ekonomi kerajaan Malaysia hari ni akan menentukan mekanisme baru sama ada menetapkan terus harga lantai minyak atau membiarkan terus harga ditentukan oleh harga minyak dunia. Jika ditetapkan harga lantai maka setakat RM1.90 je la yg kita leh merasa walaupun harga minyak dunia telah menyusut di paras US$40 setong.

Jika harga lantai ditetapkan pada RM1.90 & harga dunia kekal di bawah US$70 setong, secara langsung pengguna/rakyat akan membayar premium kepada kerajaan setiap kali menuang minyak utk kenderaan anda. Setiap liter mungkin anda membayar kepada kerajaan lebih kurang beberapa puluh sen.

Dengan jumlah kutipan besar yg kerajaan dpt ini, kita tidak terlalu marah jika dipulangkan kepada rakyat dlm bentuk perbelanjaan pembangunan serta insentif2 sesuai kepada rakyat terutama menjelang krisis kemelesetan ekonomi dunia yg nampak jauh dr penyelesaiannya. Namun jika keuntungan besar ini digunakan untuk tujuan lain yg membazir serta tidak berfaedah kepada rakyat, kita sgtlah merasa marah.

Walaubagaimanapun, kita still berharap harga minyak dikurangkan lagi memandangkan kenaikan harga barang lain sukar dibendung. Harga brg yg naik disebabkan kenaikan harga minyak yg lepas, ada yg turun sedikit dan ada yg tidak turun langsung. Dengan ramalan pertumbuhan ekonomi yg perlahan tahun depan, kadar bonus serta kenaikan gaji tahun depan juga dijangka rendah. Syarikat-syarikat luar mula mencongak perngecilan saiz operasi serta pengurangan pekerja. Semlm, syarikat gergasi Jepun, Sony Corp merancang memberhentikan lebih 8,000 pekerjanya di seluruh dunia.

Apa lagi ye nak ulas? hehehe...terbuntu plak hehehe....anyway semoga tulisan/ulasan ni dpt manfaat serba sikit kt korang hehehe....cau cin cau...

8 comments:

ita.itu said...

masuk kan air je la lam tangki minyak leh x? kah.kah.kah

dakgilachoc a.k.a nani said...

Adakah aku jg akan kena buang keje KM? Huaaaaaa...tolonggggg...

Dee said...

riso arghh..adik ipar dee ngan hubby dia dua2 keje samsung..sian kalo kena buang..

azreen said...

sorryla td komp biol la km...aduh hai...tp itulakan harga minyak dah turun tp harga barang tak turun2 pun...la ni pulak ramai nak kene buang keje....sian ek...

mamarempit said...

mama lagi sedehhhhh...rega barang naek tk reti nk turun2...harge segerap semalam dh tggl 1.10...huwaaaaaaaaaaaaaaa.....tk larat nk noreh.....

Neeza Shahril said...

bila minyak turun mendadak. dan dan nak letak price ceiling.. esok2 bila minyak naik mendadak pulak, ooo... kita tak mampu kekalkan harga minyak ni.. kerajaan terpaksa bla bla bla... jadi kena naikkan lagi... entahlah labuuuuuu....

risanur said...

jadi takut bile sykt besar cam gitu pun membuang pekerja...camne la dgn sykt kecik plak kan...

KM said...

ita- drp masukkan air dlm tangki keta, baik aku masukkan air dlm telinga ko..hehehe...

nani- ko patut kena buang negeri hehehe...

dee- memang riso sbb dlm tv n paper, ari2 ada biznes nak katup...

azreen- memang sian wpun keja kita selamat....insyaallah...

mamarempit- takyah toreh..tebang terus je buat kayu api hehehe...

neeza_shahril- saya tumpang marah sekaki ngan akak hehehe...

risanur- memang tenat kali ni....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin