Terlebih dahulu, KM ingin mengucapkan tahniah kepada Hj. Mohd Abdul Wahid Endut, PAS & Pakatan Rakyat yang berjaya merampas kerusi P36 Parlimen Kuala Terengganu daripada BN dengan majoriti lebih 2000 undi.Jika dalam PRU ke-12, pengundi Kuala Terengganu memberi peluang kepada Allahyarham Datuk Razali untuk mengalahkan Naib Presiden Pas, Hj. Mohamad Sabu dengan majoriti lebih 600 undi. Tapi menyedari kesilapan mereka yg tidak mengikut arus politik semasa yang berlaku pada PRU-12, mereka kali ni membuat overturn untuk memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat.
BN khususnya UMNO, walaupun menggunakan sepenuhnya kuasa 3M (machinery, money & media) masih gagal menawan hati rakyat yg kecewa sejak lebih 50 tahun BN memerintah, gejala salah guna kuasa serta korupsi makin buruk di bumi Malaysia ni. Rakyat hanya disogokkan dgn wang ringgit, projek pembangunan, janji2 bantuan hanya bila nak pilihanraya. Tapi bila takde pilihanraya, yang senangnya pemimpin2 di atas.
Lebih besar lagi faktor kekalahan UMNO kali ni ialah bagaimana ia memberi gambaran buruk hukum HUDUD di mata orang bukan Islam. Sepatutnya UMNO yang mengaku parti orang Melayu Islam memainkan peranan menjelaskan kepada org bukan Islam khususnya pada parti dlm komponen BN (MCA & MIC) tentang Hudud yg sejak dulu mahu dilaksanakan oleh Pas. Tp amat malang apabila hudud dijadikan isu untuk menakut2kan orang bukan Islam.
Ingatkanlah umat yg mengaku Islam, mempermainkan Hudud bermakna kita mempermainkan kekuasaan Penciptanya. Hudud bukan ciptaan Pas tapi diturunkan Allah kepada Baginda Rasullullah & termaktud dalam Al-Quran yang kita yakin & imani. Ia menjadi tanggungjawab kepada umat Islam yg berkuasa & mampu untuk melaksanakannya. So, awas, jgn sesekali mempermainkan hudud semata2 untuk kelangsungan kuasa kita di dunia. Bala Allah itu sangat dekat...........
* Agak lama gak KM tak menulis. KM mungkin sibuk ngan keja, aktiviti urusniaga saham & juga kekurangan idea menulis & KM juga baru ja pulang dr KL....






Zionist Israel sekarang ibarat budak jahat yg membuat onar tp sentiasa akan dibela oleh 'bapaknya' iaitu US. Setiausaha Negara US, Condolezza Rice telah mengeluarkan kenyataan sokongan terhadap Israel yg menyifatkan serangan Israel wajar utk membalas serangan roket pejuang Hamas.



