Sunday, January 18, 2009

Sepintas lalu pilihanraya kecil Kuala Terengganu ........

Terlebih dahulu, KM ingin mengucapkan tahniah kepada Hj. Mohd Abdul Wahid Endut, PAS & Pakatan Rakyat yang berjaya merampas kerusi P36 Parlimen Kuala Terengganu daripada BN dengan majoriti lebih 2000 undi.

Jika dalam PRU ke-12, pengundi Kuala Terengganu memberi peluang kepada Allahyarham Datuk Razali untuk mengalahkan Naib Presiden Pas, Hj. Mohamad Sabu dengan majoriti lebih 600 undi. Tapi menyedari kesilapan mereka yg tidak mengikut arus politik semasa yang berlaku pada PRU-12, mereka kali ni membuat overturn untuk memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat.

BN khususnya UMNO, walaupun menggunakan sepenuhnya kuasa 3M (machinery, money & media) masih gagal menawan hati rakyat yg kecewa sejak lebih 50 tahun BN memerintah, gejala salah guna kuasa serta korupsi makin buruk di bumi Malaysia ni. Rakyat hanya disogokkan dgn wang ringgit, projek pembangunan, janji2 bantuan hanya bila nak pilihanraya. Tapi bila takde pilihanraya, yang senangnya pemimpin2 di atas.

Lebih besar lagi faktor kekalahan UMNO kali ni ialah bagaimana ia memberi gambaran buruk hukum HUDUD di mata orang bukan Islam. Sepatutnya UMNO yang mengaku parti orang Melayu Islam memainkan peranan menjelaskan kepada org bukan Islam khususnya pada parti dlm komponen BN (MCA & MIC) tentang Hudud yg sejak dulu mahu dilaksanakan oleh Pas. Tp amat malang apabila hudud dijadikan isu untuk menakut2kan orang bukan Islam.

Ingatkanlah umat yg mengaku Islam, mempermainkan Hudud bermakna kita mempermainkan kekuasaan Penciptanya. Hudud bukan ciptaan Pas tapi diturunkan Allah kepada Baginda Rasullullah & termaktud dalam Al-Quran yang kita yakin & imani. Ia menjadi tanggungjawab kepada umat Islam yg berkuasa & mampu untuk melaksanakannya. So, awas, jgn sesekali mempermainkan hudud semata2 untuk kelangsungan kuasa kita di dunia. Bala Allah itu sangat dekat...........

* Agak lama gak KM tak menulis. KM mungkin sibuk ngan keja, aktiviti urusniaga saham & juga kekurangan idea menulis & KM juga baru ja pulang dr KL....

6 comments:

prebetsabu said...

TAKBIR...!!!!

Kemenangan akhirnya pasti milik yang benar...

azreen said...

tahniah kepada PAS....takziah kepada BN.... :-)

Dee said...

tahniah buat pas..sy perasan akhbar2 harian di hari minggu cuma seconet je berita kemenangan pas di muka dpn..yg besar gambar perang palestin..cuba kalo bn menang..gambar dorang besar gedabaklah dh tentu...

berita keputusan pilihanraya pun di letak di bwh skrin tv...jalannyer pun skejap je..kehkehkeh..

km..kupaslah psl hudud..setau sy org bkn islam x tertakluk ngan hukum hudud..betul ke? sedih bila tgk org Islam sendiri yg beriyer-iyer menentang hudud tanpa mempelajari tentangnyer terlebih dahulu...

kakpiah said...

syukran..
tu la.. aku rasa sbb terbesar diorang kalah tak lain tak bukan kerana diorang mempersendakan/mempersoalkan hukum Allah..
tu pon tak sedar2 lagik..
kelabu mata tertimbun dek harta dunia..

Kebencian_Maharaja said...

prebetsabu- tAKBir kembali....semoga kemenangan tidak melalaikan tujuan asal perjuangan.......

azreen- hehehe....tiap kemenangan & kekalahan perlukan pengajaran....

dee- perkara macam tu adalah kebiasaan berlaku di Malaysia ni hehehe....Saya bleh terang tp panjang berjela. Saya ada 1 buku bab hudud & qisas yg ditulis oleh bekas mufti sabah. Nanti saya ulaskan.......

kak_piah- Saya setuju tanpa membantah kenyataan Kak sepiah hehehe.....

mebby a.k.a ezza said...

huhuhu..daku di GANU waktu itu dan sekarang..bendera PAS pnyer lah bnyak besor2 leh buat selimut taw...ekekeke mana lah x menang kannn.....Kuala GaNU di TAKLUK oleh PAS smula....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin