Friday, December 26, 2008

Tsunami 2004 yg diingati......

Korang ingat lagi dak tarikh arini, 26 Disember, empat tahun yg lalu? Satu tragedi @ malapetaka @ bala besar telah menimpa bumi Asia. Satu gempa bumi besar yg dianggarkan melebihi 9 skala Richter yg berlaku di Laut Andaman akhirnya menerbitkan tsunami besar yg kesannya terkena di hampir 11 buah negara.


Bala besar & dashyat ini mengorbankan hampir 283,000 org, 14,000 yang hilang & lebih sejuta kehilangan tempat tinggal termasukla di Malaysia. Ramai yg hilang harta benda & org tersayang.....

Kesan fizikal bencana ini masih kita boleh lihat di negara2 yg terlibat sehingga hari ni walaupun telah 4 tahun ia berlalu. KM akan terus mengingati peristiwa ini sebagai bala nyata yg ditunjukkan oleh Pencipta kepada makhlukNya yg angkuh & sombong.



Beberapa hari ni, kita bimbang apabila ada segelintir manusia yg mengaku Islam yg cuba memainkan sentimen Hukum Allah (Hudud) utk kelangsungan politik mereka yg makin lemah. KM memetik ucapan Menteri Besar Kelantan pd wartawan " Kalau kita leh terima hukum sembahyang, puasa, zakat & haji, kenapa hukum jenayah seperti hudud kita tolak? Sedangkan hukum2 tu dtg dari Al-Quran yg sama?"

Kepada yg takdak ilmu or cetek ilmu tu, jgn2 cuba berlagak2 pandai komen-mengomen or mengondem hukum2 seperti Hudud ni, bimbang2 akidah kita tergelincir....dan bimbang juga bala Allah Taala menghukum kita sekali lagi......

* KM senang ingat tragedi tsunami 26/12/2004 ni sebab 2 ari pas tsunami, Budak Kacak @ Nur Batrisya dilahirkan..... Tahun ni nak kek Batman plak...adoila....

8 comments:

Kak Lia said...

mama tingat tarikh 19/12/2006...
banjir yang telah melumpuhkan negeri Johor...termasuk umah mama...SubhanAllah

Neeza Shahril said...

happy birthday Batrisyia.. dah besar anak papa.. bila nk dapat adik? ;)

pasal hukum tu.. susah nak cakap dengan sesetengah orang.. kalau dah nak tegakkan benang yang basah, apa pun dioran boleh cakap kan..

mummysyafie said...

kiter ingat lagi peristiwa tu. sebabnya time tu, flat yang kiter duduki dulu pun bergegear..dua kali lak tu. sampaikan kiter n family terpaksa bermalam kat balai raya...

dakgilachoc said...

hehehehhe...mmg suaila nama dia bdk kacak..kek pn nk yg batman...hahahahaha...cayalah ko bdk kacak...

Dee said...

sedih kan bila ingat suma2 tu..seb baik budak kacak mintak kek batman je...kalo dia nk batman betol..alamatnya km lah kena pakai baju batman..mesti kelako..hahaha..

Anonymous said...

mamarempit- kdg2 Allah menguji kita ngan dugaan yg amat besar yg rasa tak termampu kita tahan...

neeza_shahril- saya mewakili Batrisya mengucapkan terima kasih...adik? on the way hehehe...
memang dasar kebykan manusia suka pd yg bersesuaian ngan nafsu je...

mummyshafie- siannyer...

nani- tp dia takdapat kek batman sebb Menteri Kewangan cut cost hehehe..

dee- kalau KM jd Batman, sapa plak nak jd Robin? hehehe

azreen said...

oooo....happy belated birthday to budak kacak ek....smga budak kacak dikurnia kan adik yg sama kacak lagi lepas ni....hehehehe

Anonymous said...

azreen- pandaila ko reen....anyway thanks...moga Allah memberkati anda jua...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin