Tuesday, July 14, 2009

Manek Urai: Antara memilih 'rakyat diutamakan' atau terus bersama tok guru???

Apabila pihak polis semalam memberi amaran agar parti yang menang dlm pilihanraya kecil N41 Manek Urai tidak mengadakan sebarang perarakan menyambut kemenangan, KM terfikir apakah BN @ Kerajaan Malaysia telah mengetahui bahawa mereka akan kalah? Ini kerana amaran sedemikian hanya dikeluarkan apabila diketahui pembangkang akan menang (di Kelantan, BN adalah pembangkang).


Hari ni, 14 Julai 2009, hari selasa, hari bekerja di Kelantan (sebelum MB mengumumkan cuti umum negeri) adalah hari mengundi bagi DUN Manek Urai ekoran kematian wakil rakyatnya hampir 2 bulan lalu. Ada segelintir org khususnya penyokong BN mempertikaikan tindakan TG Nik Aziz memberi cuti umum hari ni. Tp mengapa mereka tidak pernah mempersoalkan kenapa SPR tidak menjalankan pengundian pada hujung minggu? Itu sepatutnya lebih sesuai utk pengundi & petugas. Namun, dalam usaha menyuburkan demokrasi, SPR masih dirantai & menjadi juak2 yg patuh pada kerajaan.


Walaupun secara umumnya, keputusan PRK Manek Urai tidak akan memberi impak pada kerajaan negeri yg memerintah. Namun ia akan menguji sokongan rakyat Kelantan di kawasan itu yg rata2 orang Melayu sama ada mereka terus setia bersama kepimpinan TG Nik Aziz atau mereka meyakini dasar & wawasan PM baru, DS Mohd Najib khususnya "Pencapaian didahulukan, Rakyat Diutamakan" mampu memberi impak maksima kepada kehidupan rakyat Kelantan (bleh ayat gitu? hehehe).


Siapapun yang akan dipilih (sama ada Tuan Aziz (BN) or Abe Uji (PAS), akan ditentukan oleh lebih 12,000 pengundi berdaftar mulai jam 8.00 pagi ini sehingga tempat mengundi ditutup pukul 5 ptg ini. SELAMAT MENGUNDI!!!!

* Walaupun hasrat negara kita ke arah negara maju, namun layanan kerajaan terhadap rakyat yg tidak memilih @ menyokong mereka amatlah mengecewakan. Rakyat di golongan ini dinafikan hak mereka utk menikmati segala kemudahan or privillage yang sepatut or layak mereka dapat. Fikir2 kanlah.......bagaimana layanan negara2 Barat terhadap rakyat wpun tidak menyokong parti memerintah..........

5 comments:

Unknown said...

kawe tumpang cuti jeee... masalahnye lepas ni sah kena ganti sekolah hari sabtu

Kak Lia said...

sudah terang lagi besuluh....

tipahvogue said...

lambat jek kuar keputusan ari nih....penat bertapa depan tv....

dah boleh agak la, bila lambat jek kuar keputusan, pasti PAS yg menang....kui kui kui....

dan sangkaan ku tepat belaka...

sekian, terima kasih.

KM said...

shifu67- sure tak gantila cikgu...sbb penang pun besa cuti begitu....

mamarempit- mama suluh ngan lampu moto ekk? KM suluh ngan toslight :D

tipah- tahu..takpe...kuang..kuang....

Dee said...

siap ckp tu nk jambatan undi BN..wei..terang2nyer rasuah tu..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin