Tuesday, May 31, 2011

Selamat Pengantin Baru Abg Jam @ Salih Yaacob.......

KM baru je berjumpa dengan Abg Jam aka Salih Yaacob sabtu lepas di Karnival Bank Rakyat di Sg Petani. Siap sempat bergambar lagi dengan dia aritu...Tup...tup...arini dengar berita dia dah pun selamat bernikah sorang lagi hehehe....yang ke-4 & kira penuhla kouta dia.


KM tak sempat nak bersembang ngan dia aritu di tepi pentas sebab dia sibuk mengacarakan pentas. Anyway, KM ucapkan selamat pengantin baru kepada Abang Salih & isteri. Dengar kata dia & semua isteri akan berbulan madu di China minggu depan....


* Nak kawen lebih ni bukan senang beb hatta kalau mampu sekalipun, keredhaan isteri yang ada sangatlah diperlukan.....Kalau isteri yang ada nak kasi ko terajang, camna nak kawen lebih??? Kekekeke........Kepada Cikgu Watie yang cuti tp kena pergi sekolah jugak, KM bagitau 'abg tak mampu & tak berhajat lagi nak kawen dua hehehe...tetambah bila dapat 'hadiah baru' dari syg.....'




Tariff letrik naik: rakyat kena bohong lagi.........

Mungkin ada antara kita yang menarik nafas lega dengan pengumuman kerajaan menaikkan tarif letrik dengan berkata 'Fuhhh selamat....sebab caj eletrik hanya naik bagi penggunaan melepasi penggunaan 300 kWj sebulan...Kita yang guna bawah dari tu tak kena caj tambahanla...hehehe (sambil gelak gumbira)'.


Tapi sedarkah mereka ini dengan kenaikan caj letrik itu akan memberi kesan besar kepada sektor perniagaan perkhidmatan & barang. Kos perniagaan samada kedai, kilang & segala macam perniagaan lain akan meningkat & kos itu akan dipindah kepada siapa??? Kepada kitala yang seronok tadi tu....So pasni harga barang & perkhidmatan pasti naik lagi.....so cm usaha nak bendung inflasi???


Jadi bohongla kalau kerajaan mendakwa kenaikan tidak memberi kesan kepada 70% pengguna eletrik di negara ini.....Jadi rakyat ni selalu jadi mangsa bohongla kan hehehe......terutama yang selalu terima je takpa berfikir.....


Thursday, May 26, 2011

Lama tak menulis..........

Hampir 4 hari KM tak menulis....biasala bila idea tak mari hehehe....Banyak sangat benda dok fikir kot....Masih takdak idea...Nasib baik semalam harga minyak tak naik tapi percayalah dia akan naik juga tak lama lagi sebab janjinya bulan Jun mahu direview harga bahan bakar.....


Hari ni & esok, hari persekolahan terakhir bagi bebudak sekolah. Mereka akan bercuti 2 minggu. Orang yang nak kawen pun sibuk ngan kerja2 kawen. Khemah2 pun banyak yang dipasang utk kenduri hujung minggu ni.


KM berhajat nak ke Sungai Petani Ahad ni untuk Karnival Bank Rakyat bahagian Utara yang berlangsung 28 & 29 Mei ni. Kalau berkesempatan blehla jumpa penyampai2 Sinar.FM terutamanya Abang Jem @ Salih Yaacob minta petua hehehe...........


Saturday, May 21, 2011

Tanah runtuh rumah anak yatim Batu 14, Hulu Langat....

Manusia datang dan pergi. Kadang2 nyawa kita diambil di atas katil. Kadang-kala nyawa manusia diambil melalui tragedi2 yang menyayat hati seperti tragedi gempa bumi Jepun 2 bulan lepas. Petang tadi sekali Allah mengambil nyawa manusia melalui takdir diturunkan peristiwa tanah runtuh.


KM mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah & harap bersabar buat semua mangsa & keluarga mereka yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Al-Takwa, Batu 14, Hulu Langat. 5 orang dipercayai terbunuh & dibawa kuar manakala 10 lagi masih hilang.

* Moga Allah mendatangkan kesabaran buat semua yang terlibat............

Friday, May 20, 2011

Tarif elektrik dijangka naik dulu sebelum harga minyak???

Menurut akhbar cina, Nanyang Siang Pau, kerajaan dijangka akan menaikkan dulu tarif elektrik sebelum menaikkan harga petrol RON95. Laporan itu menyatakan kalau naikkan harga minyak dulu ia akan memberi kesan yang membimbangkan pada kerajaan terhadap sokongan rakyat yg makin tersepit dengan kenaikan kos hidup kini.


Jadi untuk pilihan lebih selamat, kerajaan dijangka akan menaikkan tarif elektrik dulu sebelum memikirkan untuk menaikkan harga bahan bakar. Pengumuman tarif elektrik baru dijangka dibuat pada 25 Mei ini. Betui atau tidak, kita tunggu je........

Thursday, May 19, 2011

Bidaan Topi Puteri Beatrice dah cecah RM92 ribu!!!

Kalau anda gi jalan2, anda rasa mau tak pakai topi gitu? Kekeke....kalau jumpa orang Malaysia pakai topi gitu sure kena gelak....Anyway topi yang dipakai oleh Puteri Beatrice, sepupu Putera William semasa perkahwinan diraja bulan lalu telah pun dilelong di e-Bay & jangan terkejut bahawa nilai bidaan tertinggi setakat ini ialah $18,400 pound (RM92,000!!!).



Kalau korang pun rasa nak bida topi tu, bolehlah cepat2 bida sekarang kerana lelongan itu akan berkahir 22 Mei nanti. Mungkin bleh simpan dalam muzium or koleksi anda yang mungkin akan lebih bernilai di masa depan!!!





* KM plak yg kumpul opi tapi tengah kumpul gelas. Arini dah start yang ke-4 warna pink. Kalau da sesapa yang rajin gi McD tapi xminat koleksi gelas tu blehla sedekah kat KM dengan tulus hati yang ikhlas hehehe..........

Wednesday, May 18, 2011

Masa berkualiti untuk anak-anak....anda bagaimana?

Kelmarin Wesak Day adalah cuti umum. Kalau dulu ada beberapa negeri yang tak cuti tapi sekarang semua dah cuti. Acara pagi KM ialah bersarapan di taman sambil melayan anak-anak bermain.


Kadang2 bila fikir, orang cam KM selalu takde masa berkualiti untuk anak2. Awal2 pagi kol 6.30 dah kuar rumah. Anak2 waktu tu kadang2 masing lagi tido. Petang balik keja, after kutip semua anak dari umah babysitter sampai umah dah hampir kol 7 mlm.


Pendek kata, kuar gelap, balik pun gelap. Adam kol 8 dah tido. So bila fikir memang kekadang takde masa berkualiti untuk anak2. Yang berkesempatan ialah bila weekend atau masa cuti. Inilah rasa cabaran bagi ibu bapa yang bekerja..........

Tuesday, May 17, 2011

RON 95: Berapa sen & bila akan naik?

Selepas menaikkan harga gula, Kerajaan PM Najib dah memberi signal pada rakyat yg harga minyak RON 95 akan naik tidak lama lagi. Pasai berapa banyak subsidi yang kena tanggung & berapa murahnya minyak Malaysia berbanding negara lain rasa orang tak mau tahu.


Yang ramai mau tau ialah bila RON 95 akan naik? minggu depan? bulan depan? atau after next general election?


Kemudiannya berapa banyak akan naik? 5 sen? 10 sen? 20sen? 25sen?


Golongan BERPENDAPATAN TINGGI takkan kisah dengan semua kenaikan ni........Tapi aku sangat2 kisah sebab aku orang tak BERPENDAPATAN TINGGI...........


* KM dalam kempen "Mencari sebuah kerajaan yang benar2 efektif & takmau tiris di mana sebab Malaysia yang kaya-raya ini tapi rakyatnya majoriti masih tak berapa nak senang sebab duit banyak yang tiris merata-rata........"

Thursday, May 12, 2011

Selamat pengantin baru bekas isteri Datuk K!!!

Bekas isteri Datuk Khalid Muhd Jiwa @ Datuk K, Tengku Zawyah Tengku Izham harini melangsungkan perkawinannya dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Rayyan Joseph King. Majlis pernikahan mereka dilangsungkan di sebuah hotel pagi ni.


Walaupun berstatus ibu tunggal tapi hantarannya besar beb, RM38,888 tu......Pasangan ni bertunang pada Februari lalu.


Majlis resepsi kedua-dua pasangan akan diadakan malam ni. Malam pertama di malam Jumaat tu hehehe...........


Tengku Zawyah sebelum ini pernah berkawen dengan Datuk selama 20 tahun dan dikurniakan 4 orang anak lelaki & bercerai pada 2005 & Datuk K kemudiannya berkawen dengan penyanyi tersohor tanahair, Datuk Siti Nurhaliza....


* Selamat pengantin buat sesiapa saja yang baru & akan berkawen dalam masa terdekat ni. Hujung bulan ni pasti ramai yang akan berkawen sebab cuti sekolah 2 minggu!!!

Sesak di Jambatan Pulau Pinang semalam.....

Petang semalam, semua pengguna Jambatan Pulau Pinang & feri yang menuju ke Tanah Besar terperangkap dalam kesesakan. KM yang kuar ofis 5 ptg hanya melepasi Jambatan hampir pukul 6.45. Pemandu lain selain penunggang motosikal pun sama jugak sangkut dalam jam tu yang start dari kol 4 lagi.


Semua ni gara-gara sebijik keta yang dikejar polis dari Batu Feringghi lagi. Katanya suspek tu ada bawak dadah. Yang angin keta tu pi terbabas kat KM 0.3 (selepas tayar belakang ditembak) betul2 kat susur kuar Jambatan ke Seberang. So, sementara polis nak selesaikan keja mereka maka keta tu xbleh dialihkan hinggala kol 7 malam.

So, semua orang stress semalam. KM kat kol 8 baru sampai umah. Hampeh betui!!!

* Jambatan Kedua dah 50% siap, harap pasni ada alternatif untuk kurangkan masalah sebegini nanti........

Wednesday, May 11, 2011

Hadiah Hari Ibu dari BK....



Beberapa hari lepas, Budak Kacak ada bisik kat KM. Dia nak ambik duit dalam tabung nak belikan sesuatu kat umi sempena Hari Ibu. Semalam dia bawak balik sekuntum bunga plastik yg dia beli kat sekolah. Kemudian suruh KM singgah beli kertas pembalut hadiah.


Naik je atas rumah terus dia dibalutkan hadiah tu. Walaupun tak seberapa & balutan pun sempoi je tapi budak ini mengerti juga penghargaan untuk ibu dia.


Bila KM tanya mana hadiah tok KM? Dia cakap "sampai masa nanti kakak bagila kat abah plak".


Hadiah KM tok Cikgu watie plak dah diserahkan.....Harap dia gembira hehehe.....jgn tarik muka lagi tau....


* Hadiah sebenarnya bukan segalanya tapi sebagai rencah menambahkan kegembiraan dalam kehidupan. Walaupun kecik, kadang2 hadiah membuat seseorg seperti sangat dihargai.....


Tuesday, May 10, 2011

Arnold Schwarzenegger: 25 tahun kawen & akhirnya berpisah......

25 tahun kawen akhirnya bercerai juga. Itulah yang berlaku pasangan pelakon & bekas Gabenor California, Arnold Schwarzenegger dan isterinya, Maria Shriver yang mengumumkan perceraian mereka semalam.


Inilah dikatakan jodoh mati itu di tangan Allah. Kita ni hanya berusaha & berdoa, ketentuan akhir di tangan Dia. Kadang2 kita tengok pasangan itu bahagia ja di mata, tak penah tengok gaduh2 pun, tup..tup dah bercerai.


Bukan senang nak mempertahankan sesuatu perkahwinan ini. Kita bukan saja kawen ngan pasangan tp secara automatik kita juga bertaut talian saudara dengan ibu-bapa mertua, ipar-duai & kerabat2 dia yg lain. Maka terlalu sukarlah sebenarnya sesuatu perkahwinan itu.

Kepada semua, nak berkawen itu pun susah (jodoh xde, duit xcukup dll) dan nak mempertahankan perkawinan itu lagi susah. Berapa ramai yg kawen akhirnya bercerai???


* KM baru kawen 7 tahun, so kalau umo panjang lama lagi nak mempertahankan perkawinan ini. Harap Cikgu Watie terus bersabarlah ye hehehe..........

Aku sayang kamu!!!!

Bangun tido arini KM rasa makin sihat le. Nak tahu kenapa? KM bertekad menyahut seruan kerajaan supaya mengurangkan pemgambilan gula hehehe......


Dalam dunia ni rasanya, Malaysia antara kerajaan yang paling sayang pada rakyatnya. Sebab tu dipernaikkan selalu harga gula. Tak percaya? Harini naik lagi 20sen hehehe....


So kepada pengguna2 di Malaysia ni, hentikanlah ambil gula. Kalau tetamu datang tu, hidangkan je sky juice hehehe demi kesihatan....


* Baru je dok heboh ayam naik sampai sekilo RM8.50, tup..tup gula plak naik harga hehehe.......caiyok!!!

Sunday, May 8, 2011

Big Mac takde!! McD pun takde!!! MacKM adela......



Hari ini hari minggu & Hari Ibu...


Cikgu Watie teringin nak makan burger pagi2 ni....


Nak gi beli breakfast kat McD pun jauh....maka KM berbesar hati menyajikan MacKM kat cikgu watie hehehe.............


So layan.................


* KM tengah fikirkan nak francaiskan burger MacKM di kat Lesotho....agak2 laku ke???


Friday, May 6, 2011

Kalau tak jadi Perdana Menteri mungkin bleh jadi DJ??

Sesuai atau tidak anda rasa jika KM katakan PM Najib boleh jadi DJ radio jika dia tidak jadi Perdana Menteri atau tidak lagi menjadi Perdana Menteri? Dari gaya tu memang bleh kot hehehe....


Sebenarnya beliau sempat meluahkan masa ke udara di siaran pagi HOT FM hari ni.......

* KM teringat kat DJ DAVE hehehe.......

Selamat Hari Ibu kepada anda semua wahai IBU!!!

Sambutan Hari Ibu or Mother Days disambut berbeza-beza di sesetengah negara. Namun majoriti negara termasuk Malaysia menyambutnya di Ahad kedua di bulan Mei. So maknanya Ahad ni adalah Hari Ibu di Malaysia...


Bukan senang nak menjadi ibu ni....Kalau KM jadi ibu rasanya anak2 KM dah tersangkut kat ceiling kekeke.....sebab tak sabaq punya pasai. So, ucapan terika kasih tak terhingga dari KM kepada mak KM sebab banyak berkorban utk KM sejak dari alam rahim lagi. Juga kepada my mother in law yang sporting & melahir serta membesarkan isteri KM sehinga sihat bagai johan hehehe.....And juga special dedication & thanks to my wife AKA Cikgu Watie yang telah menjadi umi keada anak2 KM. Takyahla dilistkan segala pengorbanan mereka ini sebab tak terhitung banyaknya.


Buat kawan2 termasuk teman2 blogger yang bergelar ibu seperti DEE, Kak Wos, Ayuraza, MamaRempit, Suw, Syazadina & lain2 yang tak sempat dilistkan.....KM mengucapkan Selamat Hari Ibu!!!


Kepada yang bakal menjadi ibu pertama kali atau menambah lagi anakanda anda, KM juga mengucapkan tahniah pada anda & suami. Rasanya tahun ni ramai gak sedara & kenalan KM yang bakal menimang cahayamata baru. Dalam family, 2 adik KM tengah tunggu anak sulung & anak ke-5 hehehe.....Kakak ipar KM pun dah nak due bulan 6 nanti.....kepada teman ofis KM, Iena yang baru mendapat perkhabaran baik tu, tahniah & alhamdulilah. KM rasa dalam rumahtangga, berita bakal menjadi ibu & ayah adalah berita paling hepi yang ditunggu bagi setia pasangan....


* KM dah dapat idea tok present Hari Ibu ni tok Cikgu Watie hehehe..............so tungguuuuuuuuuuuuu.....tak mahal pun tapi memang dia idamkan sejak beberapa hari ni....









Semakan keputusan ke IPTA bagi lepasan SPM & Setaraf



Kepada adik2 lepasan SPM & Setaraf yang memohon untuk program2 di IPTA bagi sesi akademik 2011/12 dikhabarkan boleh mulai menyemak keputusan permohonan mereka mulai 12 tengahari ini menurut kenyataan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).


Semakan melalui website boleh melalui link berikut:








Atau boleh menghubungi hotline berikut untuk semakan:

* 03-8883 5858


Atau menyemak melalui SMS dengan menaip UPU RESULT_(No K/P) & hantar ke 15888


* Kepada yang gagal boleh mengemukakan rayuan melalui e-rayuan atau mencuba lagi di masa hadapan hehehe..........


Thursday, May 5, 2011

Bank Negara menaikkan Kadar dasar Semalaman atau OPR sebanyak 25 mata asas!!!

Bank Negara hari ni menaikkan OPR atau Kadar Dasar Semalaman sebanyak 25 mata asas kepada 3%. Keputusan ini pastinya akan mendorang bank2 komersil menaikkan kadar faedah mereka. Tak percaya esok atau isnin depan pasti ada pengumuman kenaikan kadar faedah oleh bank2 ni.


Kenaikan kadar faedah oleh bank2 ni plak pasti akan meningkatkan kadar bulanan bagi pinjaman2 yang anda tanggung dengan bank seperti pinjaman umah ke, ASB ke or everything pinjaman yg bergantung pada perubahan kadar faedah semasa.

Kelantan bakal mendapat Raja Perempuan....

KM sebenarnya tak pernah pun tahu yang Al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah berpisah dengan bekas isterinya, Tengku Zubaidah Tengku Norudin. No wonder masa permashyuran baginda sebagai Sultan Kelantan tahun lepas takde Raja Permaisuri.


Tahu2 dah ada khabar yang menyatakan baginda akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Baginda sendiri tidak menolak kemungkinan itu ketika diajukan soalan oleh media.


Dengan perkhabaran ini maka negeri Kelantan pasni akan adala Raja Perempuan hehehe....alhamdulilah..

Wednesday, May 4, 2011

Aman Bayu....kalaulah aku mampu....

Lokasinya memang menarik berhampiran laut. Di sebelahnya ada sekolah menengah, di seberang jalan plak ada sekolah rendah, petrol station & masjid daerah Seberang Perai Utara. Kurang 1km daripada balai polis.

Projek ni tak silap KM launched sejak 2008 or 2009 dan nilai projek around RM300juta lebih & unit yang dioffer lebih 200 unit. Waktu launch dulu katanya, harga unit 3 tingkat ni around RM350k je tapi sekarang dah nak siap & harga more than RM400k. Memang senak kalau ngan pendapatan isirumah cam KM ni nak beli umah above RM300k.

So, memandangkan tak mampu lagi ngan harga umah sebegitu maka admired pun jadilah hehehe.....

* Kebanyakan orang bimbang bila melihat harga rumah yang naik cam sky rocket tapi jika tahu cara & kaedahnya, insyaallah semua orang mapu memiliki rumah sendiri......Kalau tak tahu tu banyakkan bertanya pada orang2 berpengalaman seperti Abangensem atau membaca hal2 berkaitan hartanah ni......


We are not Barca fan but we like their style even their players suka dive hehehe.....

Hari ni KM tak keja, Muhammad Adam Irfan demam sejak semalam. Last week dah demam selsema. Membuat sungguh perangai dia sejak semalam. Kejap2 tido, jaga & menangis. Perkara yang KM risau bila anak sakit & paling pening kalau sampai masuk wad & pastu selang beberapa bulan kena pi follow up.

Anyway kalau anak ke isteri sakit, KM cuti...cutila kan....Kalau jadi papa kat anak isteri aku ada sesapa peduli?? Tentula tidakkan............KM respect bos lama KM yg sgt mengerti hal anak2 sakit ni tapi orang lain KM tak taula....bos korang camna?

Balik klinik pun masih buat perangai. Bagi ini tak kena, bagi itu pun tak kena. So, KM bagi dia layan tv. Korang rasa rancangan pa yang dia layan?? Katun ke?

Hehehe.....sebenarnya dia ngah layan bola tu. Ulangan game Barca lawan Madrid yang main awal pagi tadi. KM dah predict, its impossible for Madrid to past Barca with the recent form.....So pagi esok kita tunggu lagi satu spot ke final & KM rasa Man U takde masalah kot....kalau Schalke 04 yang layak akan rugila para pemegang hak2 komersil nanti & mungkin disifatkan anti-climax sebab majoriti nak Barca fight ngan Man U di Wembley 28 hb ni......

* sejak 2-3 tahun ni passion KM tok menonton live games di waktu awal pagi dah merosot.....Mungkin dah tua kot hehehe....


Tuesday, May 3, 2011

Menjawab soalan misteri Abangensem...hehehe

Mungkin tajuk ni akan menimbulkan query di kalangan pengikut2 Abangensem sebab kebiasaannya orang bertanya, AE menjawab. Tapi ini terbalik court plak. Sebenarnya, KM pun nak jawab pada AE pasal property sebab dia lebih master-jie hal2 tu.


KM nak jawab ni just past cover depan majalah Personal Money keluaran May ni. AE query napa cover yang KM publish kat entry lepas tak sama ngan cover yang dia beli. Memangla tak sama sebab apa yg KM publishkan tu diambil dr Google & itu merupakan keluaran Oktober 2009 la bro....


Cover asal tok issue May 2011 adalah cam kat bawah......samakan AE? So, misteri anda telah terjawabkan & jgn confused lagi hehehe................


Personal Money May Issue: Tryla baca.....



KM dah sempat beli Personal Money keluaran Mei 2011 kelmarin. Edisi Mei ni ada beberapa artikel menarik tentang sektor hartanah yang korang bleh baca & jadikan rujukan khusus bagi yang meminati & melabur dalam bidang.


Diceritakan samada sektor property di Malaysia sedang menuju gelembong atau tidak, bagaimana nak berhadapan situasi kenaikan harga hartanah yang bagaikan tak terkawal & juga pengalaman daripada beberapa individu yang berjaya memiliki pendapatan pasif dari pemilikan hartanah. Banyak lagi yang tak sempat KM baca...

So, kalau ada masa, beli & bacala. Sebab pelaburan ilmu paling penting sebelum anda memasuki mana-mana bidang khususnya pelaburan.


* Harga dia RM9 ja & mungkin boleh jadi salah satu bahan bacaan bulanan anda....


Monday, May 2, 2011

1 Mei: Banyakla plak kenduri...........

Kelmarin cuti public 1 Mei Hari Buruh, ramaila orang mengadakan kenduri. Samada kenduri kawen, kenduri akad nikah, kenduri arwah, kenduri bersunat (ada ke ekk) & segala macam kenduri lagi la....


KM semalam mendapat 3 jemputan & ketiga2nya sempat KM pergi. Yang pertamanya kenduri jjiran KM yang anaknya bernikah. Abis kenduri dia, KM gerak ke jemputan kedua, kenduri kawen anak seorang kenalan....


Abis kenduri tu, KM gerak ke lagi 1 jemputan. Kali ni jemputan Pakcik Elvis yang mengadakan kenduri aqiqah keluarganya. Jemputannya bleh tahan jugak ramainya. Dan paling menariknya, Pakcik Elvis sendiri bertindak selaku AJK Sambutan hehehe....berpeluh2 KM tengok Pakcik Elvis meraikan para jemputan hehehe.....


* Next time KM suruh Mamat Khalid jemput Pakcik Elvis membintangi filem dia selaku AJK Sambutan macam dalam filem Man Laksa bleh??? hehehe....

Terbunuhkah Osama Ben Laden???

Berita paling panas harini ialah Amerika Syarikat mengumumkan berjaya membunuh satu icon yang telah hampir 10 tahun menghantui mereka sejak peristiwa pengeboman World Trade Center 11 September 2001.

US secara terus meletakkan peristiwa itu sebagai kerja buat Osama & kumpulan Al-Qaeda walaupun buktinya agar meragukan. Apa saja kejadian pengeboman, serangan & seumpamanya selepas tragedi itu akan diletakkan di atas kepala Osama sebagai puncanya walau lepas disiasat orang lain punya keja.

Osama bin Mohamed Bin Awad Bin Laden @ Osama Ben Laden yang US & sekutu2nya gelar pengganas no.1 dikatakan dibunuh di Pakistan melalui operasi ketenteraan oleh US & sekutunya.
Dengan berita kematian Osama ini, majoriti rakyat US keluar ke jalan2 utama meraikan kegembiraan mereka.......

* Osama antara contoh insan yang bertindak balas terhadap segala kekejaman Yahudi & Nassara di seluruh dunia......Dia dilabelkan pengganas melalui justifikasi US & sekutu2nya yang menghalalkan pembunuhan umat Islam di seluruh dunia.......Apa yg kita buat ada perhitungannya di sisi Allah & Allah akan menghakimkan manusia termasuk Osama samada dia betul atau kita yang salah menuduh dia........

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin